Sunday 31 May 2009

PDRM DAN ISO, LAGI

Baru sahaja tamat dari bengkel ISO di Sofitel Resort, Senai, Johor dari 17hb hingga 22hb Mei, kami meneruskan lagi bengkel yang sama, kali ini anjuran Cawangan Penyelidek & Perancang (entah apa yang diselidik dan apa yang dirancang, aku pun tak tahu) dari 25hb hingga 29 Mei di Legend Resort, Cherating, Pahang.

Sebagai nota sampingan, jangan buang masa dan wang menginap di Legend Resort jika anda berkunjung ke Cherating. Untuk harga yang dibayar bagi bilik yang kononnya deluxe, tidor dalam khemah lagi puas hati. Bak kata rakan sejawat aku, ASP Ang, “haprak punya hotel”. Tak payah cerita banyak-banyak. Bilik teruk, tilam melendut, makanan tak ada variety, harapkan mahal aje.

Aku bukan anak bangsawan, juga bukan seorang kaki haprak tetapi arwah datok aku sebelah emak masih lagi menerima elaun kerabat diraja dan setiap Hari Raya Aidil Fitri tidak ketinggalan menerima kad ucapan daripada arwah bapa Sultan Johor sekarang. Emak aku yang silap kahwin orang kebanyakkan. Tapi jangan salah faham, parents aku berkahwin atas dasar cinta walaupun bercinta style orang dulu-dulu dan aku bangga mendapat Idris Mohd. Nor sebagai bapa. Jadi dalam hal-hal tertentu aku rasa aku masih berjenis lagi. Boleh makan di warong tapi janganlah warong tepi longkang. Boleh tidor di hotel 3 bintang tapi biarlah bilik tidornya sama taraf dengan bilik tidor aku.

Mulanya aku ingin komen lagi pasal persijilan ISO yang telah dihentakkan ke atas kepala warga PDRM walaupun pada dasarnya sebahagian daripada kehendak-kehendak untuk perlaksanaan ISO masih, belum dan akan mengambil masa 200 tahun lagi untuk dipenuhi oleh PDRM.

Sebagai contoh, mengikut manual Quality Management Systems – Requirements edisi ke 4 bertarikh 2008-11-15 di muka surat 6 para 6 (6.1. hingga 6.4) organisasi yang hendak melaksanakan ISO hendaklah menyediakan sumber manusia yang terlatih, sokongan logistiks yang mencukupi dan suasana kerja yang selesa. Macam mana aku nak yakin dengan perlaksanaan ISO dalam PDRM kalau printer yang kami gunakan untuk cetak Manual Prosedur Kerja, mogok selepas mencetak 40 keping muka surat kerana panas, komputer riba yang dibekalkan asyik kena serangan virus kerana entah ape-ape jenis anti virus software yang dibekalkan kepada kami dan bila nak update dari internet, talian internet terlalu laju macam kilat sehingga aku sempat tanak nasi sebelum mendapat connections. Itu kalau dapat kerana selalu memang tak dapat pun. Tak percaya, tanya abang polis yang terpaksa menggunakan komputer untuk menjalankan tugas mereka. Nak ISO amenda kalau duit nak buat apa saje dalam PDRM (bukan setakat bengkel ISO) bukan polis yang pegang, kena mohon kat KDN.

Ada ustaz cakap, Allah akan menghancurkan kaum yang pemimpinnya tidak lagi amanah, ustaz ustazahnya takut berkata benar dan kemungkaran berleluasa. Itu sebab agaknya berlaku perkara yang bukan-bukan yang binatang pun tak tergamak nak melakukannya. Muka depan akhbar STAR, 28 Mei 2009, menjerit, “Hell at home” / “Neraka di rumah” , siap dengan gambar-gambar lagi mengenai kanak-kanak 5 tahun yang didera dengan teruk di hampir keseluruhan badan, muka dan kepala nya oleh ibu kandung sendiri. Yang buat aku control sangat takut termenangis depan geng-geng ISO masa breakfast tu ialah kata-kata anak tersebut kepada doktor yang merawatnya, “Saya sayang mak tapi mak pukul rotan besar”. Mana tak hiba hati.

Pada aku emak bapak macam ibu dan bapa kanak-kanak malang ini tidak layak dibuat isteri dan suami. Kenapalah Allah tak mandulkan dia orang berdua ini. Kejadian di atas menguatkan lagi teori kampungan aku bahawa majoriti so called lelaki dan so called perempuan hari ini kahwin atau menjadi suami isteri bukan kerana hendak membina sebuah keluarga tetapi kerana untuk memuaskan hawa nafsu secara halal semata-mata. Anak yang terjadi selepas sesi pemuasan nafsu itu adalah satu accident sahaja bukan sesuatu yang dikehendaki.

Akhbar Star hari yang sama juga menyiarkan berita bahawa akan menjadi satu kesalahan jenayah jika si suami mengatakan isterinya hodoh atau lain-lain perkataan yang boleh menggangu emosi isteri. Mak Datuk!! itu aje ke yang Kementerian P&P ini boleh buat. Anak kecil kena both physical dan mental torture, depa buat dek, isteri kena komen sikit, sampai bawa isu ke parlimen. Habis tu kalau mula-mula kahwin dulu comel lote, sexy mexy, lepas 15 tahun kahwin dah macam tong drum 40 gelen, macam mana? Aku ingin cadangkan supaya selepas ini dijadikan satu kesalahan jenayah jika suami mengadakan hubongan sex dengan isteri secara paksarela atau hukum suami yang cari perempuan lain untuk keperluan sexualnya (suami) kerana isteri tak mampu atau terlalu busy dan penat untuk memenuhi kehendak suami. Entah, tak faham aku dengan orang perempuan ni. You can’t live with them and you can’t live without them. Pening-pening.

Cukup sampai di sini. Hingga jumpa lagi, InsyaAllah, kalau tak ada tugas outstation yang panjang-panjang, Uncle akan buat posting setiap 2 hari sekali i.e. at least 3 kali seminggu. Bukan tak boleh buat buat posting semasa outstation tapi sebagaimana lazimnya di Malaysia, semuanya mahal. Di Sofitel, charge broadbandnya RM 25 untuk 3 jam. Di Legend, betul-betul potong kepala. RM 6 untuk 3 minit pertama dan 45 sen untuk setiap minit berikutnya. Congak punya congak kena bayar RM 31.65 untuk 1 jam. Agaknya tokeh hotel kena tanggung banyak gundek atau banyak kena kowtim dengan ajensi penguatkuasa.

Bye!!!!!!

Sunday 24 May 2009

MS ISO

Bukan nak bodek boss tapi aku setuju sangat dengan pandangan beliau bahawa MAMPU nampaknya sedang berhempas pulas untuk justify kewujudan mereka. Minggu lalu (17 hingga 22 Mei) kami berada di Sofitel Resort, Senai, Johor kerana mengikut perintah MAMPU untuk mengISOkan prosedur kerja kami. Seperti biasa dalam PDRM, kita orang kerja sampai malam tanpa overtime untuk menentukan jabatan kami mendapat sijil ISO.

Asal ade aje sistem pengurusan cetusan minda matsalleh, kononnya nak canggihkan sistem pengurusan, MAMPU terkinja-kinja suruh ajensi kerajaan ikut. KPI lah, STAR Ratinglah, Blue Ocean dan ntah ape kejadah lagi sistem. Yang paling peliknya , kalau omputeh tu pandai sangat, kenapa Amerika tak boleh urus sistem kewangan dan ekonomi dia orang sehingga mencetuskan krisis ekonomi yang sedang melanda dunia sekarang.

Aku bukan tak suka sistem-menyetem ni tapi sistem hanya kerangka yang rigid dan mati sahaja. Masa aku darjah enam di Pasir Panjang Primary School, Singapura, cikgu aku beritahu, a system is as good as the individuals who manned the system. Beginilah. Lupakan sistem-sistem ini. Ajar dan didik semua kakitangan kerajaan termasuk menteri-menteri supaya menjiwai kerja yang mereka lakukan dan kaitan tugas dan tanggungjawab mereka dengan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Cuba kau orang semak dengan negara jiran di selatan tanah air kita atau dengan wak-wak di Tanah Abang. Dia orang sibuk ke dengan KPI, Blue Ocean, Star Rating, dll.

Aku bagi contoh. Ikut ISO kami, keputusan sesuatu laporan polis mesti dilaporkan kepada pengadu dalam tempoh 24 jam. Kalau kes sivil, sediakan borang tertentu, serah kepada pengadu untuk pengadu bawa jumpa majistret. ISO tak sebut pun cara mana nak sampaikan mesej tersebut kepada pengadu. ISO cuma kata, beritahu pengadu dan sediakan borang. Itu aje.

Cuma bayangkan senario ini. Pengadu berhadapan dengan pegawai penyiasat (IO). Pegawai penyiasat dah teliti laporan polis. Tak ada elemen jenayah, cuma kes sivil. Sebab nak ikut MS ISO, IO sediakan borang khas kepada majistret dan serahkan kepada pengadu. Tapi dailog masa penyerahan borang khas, macam ini. ”You betul-betul menyusahkan polis, tak tahukah ini kes sivil. Lain kali cari lawyerlah. Jangan sikit-sikit repot polis, sikit-sikit repot polis. Awak fikir kita orang tak ada kerja lainkah?”

Berbaloikah dapat persijilan MS ISO kalau budi bahasa kakitangan ajensi kerajaan mengalahkan samseng jalanan/mat rempit?

So now anda tahu kenapa kadang-kadang Uncle sampai seminggu tak ada posting baru. Hingga jumpa lagi, selamat berISO kepada semua warga PDRM. Pesanan Uncle, anda boleh kerek dengan kuasa undang-undang semasa dalam PDRM aje. Bila pencen nanti, tak ada sekor pun budak-budak polis yang akan datang rumah terbuka Hari Raya anda.

P/S : Sebut pasal sijil ISO, Uncle B tengok orang Malaysia ni, kemaruk sijil. Gotong royong dapat sijil. Jadi pak pacak pada Hari Kebangsaan, dapat sijil dan pingat. Kat pejabat Uncle, tergantong tak kurang 20 sijil. Sijil bodek sahaja yang Uncle belum perolehi. Kalau ikut sijil, paling koman Uncle dah jadi Ketua Polis Daerah di daerah polis gred A.

Chalo!


Sunday 17 May 2009

YE TAK YE JUGAK

Percubaan saya memberi pandangan mengenai kemelut politik di Perak, mengundang 3 komen dari mereka yang sudi membaca blog saya.

Komen pertama membuat kesimpulan yang saya ada identiti krisis kerana sekejap mengaku melayu, sekejap mengaku Bugis. Selain dari itu, tukang komen juga macam marah kerana saya asyik cari salah orang tetapi enggan melihat salah sendiri.

Siapa kata saya tidak tahu kelemahan sendiri. Saya katek, kelayakan akademik ala kadar, jauh dari hensem, mulut celupar, degil, keras hati, angin (sekarang dah slow sikit). Kalau saya tak ada kelemahan, gerenti saya dah jadi menteri sekarang atau sekurang-kurang ketua polis negeri atau pun tokoh koperat yang kaya raya. Tapi .... takkanlah orang buta tak boleh komen pasal suara penyanyi yang sumbang.

Tentang krisis identiti tu, gini ajelah. Siapa yang tak hilang identiti duduk di Malaysia. Masa aku kecil dulu, mamak adalah mamak. Bahasa orang melayu adalah Bahasa Melayu. Habis cerita. Hari ini mamak dah jadi melayu, dah boleh join UMNO. Bahasa orang melayu dah jadi Bahasa Malaysia. Dekat Semenanjung, bumiputera adalah orang melayu. Di Sabah dan Sarawak, bumiputera adalah pribumi i.e. Kadazan, Murut, Melanau, dll. Sekejap sebutan Bahasa Melayu ikut Pendita Zaaba, sekejap lagi ikut sebutan baku, sekarang dah caca murba. Siapa tak sewel dik dan tak kenal diri sendiri, kalau hari-hari macam ini.

Komen kedua, tak setuju supaya diadakan pilihanraya semula di Perak. Pembaca ni nak BN terus memerintah Perak walaupun cara BN ambil-alih kuasa mengalahkan lanun. Barangkali adik ini takut orang Perak tiba-tiba jadi bebal dan pilih PR semula dengan majoriti dan kawasan DUN & parlimen yang lebih banyak,

Ulasan Uncle senang aje. Bior le BN terus memerintah supaya senang wakil rakyat BN dan isteri, ziarah anak luar negeri dan lawat Disneyland pakai duit GLC (duit rakyat) macam berlaku di Selangor, satu masa dulu. Supaya rakyat boleh dibebankan dengan harga elektrik yang tinggi kerana suruh tokey bukan melayu dan para kroni buat IPP dan kaut untung ke poket sendiri atau buat berpuluh projek gajah putih dengan menggunakan wang rakyat untuk kembongkan poket sendiri. Lantaklah le, asalkan BN tetap memerintah.

Komen ketiga, Uncle setuju sangat. Boring cerita pasal politik, katanya. Betul tu, hari hari tengok cerita lawak bodoh lakonan ahli-ahli politik kita, sasau dibuatnya. Tukang komen yang sorang ni, minta Uncle elaborate tentang perbezaan dara dan janda. Heesshh! takut Uncle nak ulas pasal dara dan janda. Nanti ada orang kutuk Uncle, Dirty Old Man lah, Tua Lucah lah, gila sex lah, macam-macam tuduhan walhal Uncle is a fairly biologically healthy old man.

Orang tua-tua beritahu Uncle, anak dara tu, y ang hymen nya masih intact (kurang bunyi lucahnya kalau guna bahasa omputeh). Pada pengetahuan Uncle yang cetek, perkataan anak dara tu digunakan kepada gadis-gadis yang belum bersuami, tak kiralah benar-benar dara atau sebenarnya dah janda. Confusing kan? Zaman uncle kecik-kecik dulu, sebut aje anak dara, bermakna gadis tu masih belum bersuami dan hymennya masih intact. Hari ini, lain sikit. Gadis tu mungkin belum bersuami tapi tak semestinya belum kena dot... dot... dot... secara sukarela.

Janda? Atuk Uncle beritahu, janda tu maknanya perempuan yang pernah bersuami tetapi dah kematian suami atau bercerai hidup dengan suami. Kira-kira macam single mother lah tu atau kalau belum sempat ada anak, single wife (betul ke ayat ni).

Masih lagi confuse dan bercelaru?

Sejajar dengan bicara Uncle yang jarang-jarang bertapis, inilah pandangan Uncle mengenai perbezaan antara janda dengan anak dara. Pandangan Uncle ini dibuat selaras dengan keadaan semasa atau apa yang sebenarnya sedang berlaku dan dilakukan oleh anak-anak gadis dan teruna kita sekarang. ”Anak dara adalah gadis atau wanita yang belum kena main secara sukarela (sexlah ngok. Takkan main guli pulak) sementara janda adalah gadis atau wanita, yang dah kena atau selalu kena main secara sukarela (tak kira pernah bersuami ke belum)”.

Bermakna, tak kira wanita itu muda atau tua, selagi dia belum kena suntut secara sukarela, itu kira anak dara (kalau berumur sikit, panggil kak dara atau mak dara, boleh kut). Janda pula adalah wanita, tak kira tua atau muda, sudah pernah bersuami atau belum, asalkan pernah atau selau disuntut secara sukarela, itu kira janda.

Hingga lain masa dan ketika, salam dari Uncle B yang lebih selesa dan senang dengan janda dari anak dara. Byeee.

Wednesday 13 May 2009

SIAPA PENYELAMAT PERAK

Situasi politik di Perak mengesahkan prasangka aku selama ini bahawa Barisan Nasional atau lebih tepat UMNO bukan berkhidmat untuk masyarakat dan bukan pembela bangsa Melayu. Poli-tikus UMNO sebenarnya menjadikan politik sebagai medan untuk mengembongkan bank akaun mereka dan mengumpul harta. Agaknya masih banyak hasil negeri Perak yang belum sempat dibolot oleh BN semasa memerintah Perak dahulu atau kerana kalau projek-projek pembangunan Perak dibuat bawah pemerintahan BN, komisen boleh masuk dalam kantong dia orang (siapa lagi).

Rakyat (termasuk pengundi melayu) telah memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah Perak. Kenapa tidak boleh dibiarkan Perak diperintah oleh PR. Cuma 5 tahun sahaja. Jika PR tidak boleh perform, sistem demokrasi ala malaysia yang diagung-agungkan, akan menentukan yang PR akan diteranjang keluar dari DUN Perak. Atau sememangnya UMNO bimbang mereka akan dikapankan buat selamanya oleh rakyat Perak kerana orang Perak tahu membezakan antara permata dengan kaca.

Kenapa perlu haru-birukan Perak semata-mata kerana nak letak orang UMNO jadi menteri besar. Dah tu bila mahkamah istiharkan Nizar menteri besar, dapatkan pulak stay of execution perintah mahkamah. Yang aku pelik, suruh rakyat Perak hormati undang-undang tetapi awak sendiri yang mempermainkan undang-undang. Soalan. Siapa sebenarnya yang memikirkan kehendak rakyat. BN atau PR?. Kalau akulah, dah lama aku pulangkan balik keputusan kepada rakyat Perak. Buat pilihanraya kecil Perak semula. Itu pun kalau orang-orang BN anak jantan, ada p_l_r. Ini tidak. Berselindong di sebalik undang-undang.

Isu di Perak, yang sedang berlaku di Selangor, tak habis-habis di Kelantan dan ada bunga-bunga di Kedah, juga meyakinkan aku, yang UMNO bukan pembela orang melayu tetapi pelindong superbumis. Setahu aku MB Kedah, orang Melayu Islam, MB Kelantan, ulama Islam berbangsa Melayu, MB Selangor, tokoh koperat Melayu berugama Islam dan MB Perak terang-terang Melayu Islam (bukan mamak).

Kalau dah orang melayu memerintah, kenapa kacau-kacau?. Patutnya kenalah happy sebab orang melayu jadi boss, Ini tidak, tohmah sana, tohmah sini. Macam dalam PDRM. Pegawai Cina dan India jarang-jarang kena tohmah. Yang kena pegawai melayu (selalunya pegawai melayu yang strict), dah tu tukang tulis surat layang adalah orang melayu sendiri. Nasib baik aku ada iras-iras bugis, bukan melayu tulen. Kalau tidak, gerenti dah lama aku ikut tabiat tak senonoh orang melayu.

Adakah semua MB melayu bukan species UMNO, memerintah ikut telunjuk DAP atau India bukan MIC. Oleh kerana itu, orang melayu di negeri-negeri bukan bawah BN ini perlu diselamatkan. Kalau ia pun MB-MB ini boneka kaum bukan melayu, orang melayu hari ini bukan bodoh (kecuali melayu Johor dan Negeri Sembilan, yang masih blur tentang politik sampaikan beruk-beruk, ungka-ungka dan orang utan, yang bertanding atas tiket BN pun boleh menang). Boneka-boneka berbangsa melayu ini pasti akan dibungkuskan oleh pengundi-pengundi Melayu. Sebenarnya aku percaya orang melayu hari ini dah celik mata, siapa sebenarnya yang mengadai maruah orang melayu dan bangsa melayu, sehinggakan bahasa melayu tidak lagi layak menjadi bahasa ilmu.


Sebelum aku stop, aku nak ajak semua orang Melayu termasuk aku, gunakan sedikit akal yang ada untuk berfikir. Adakah apek-apek MCA dan GERAKAN, kacau-kacau kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang. Lu fikirlah sendiri, beb!!

Salam Semerluki, dari Uncle B, yang tahu membezakan antara janda dengan dara.

Saturday 9 May 2009

RAGUT DAN REMPIT

Sebenarnya malas nak beri komen seposen aku mengenai situasi sosial dan politik negara ini. Setelah 52 tahun kita diizinkan oleh Britain untuk mentadbir sendiri Tanah Melayu mengikut acuan mereka (Britain), kita masih terkial-kial, bukan sahaja dengan isu perpaduan antara kaum, bahkan yang paling kelakar sekali, masalah kesatuan antara orang melayu pun masih belum selesai.

Matlamat asal ‘Kaca MataKu’ adalah sebagai time capsule untuk cucu cicit aku. Untuk menilai semula, sama ada apa yang berlaku di zaman mereka sebenarnya adalah satu remake cerita dongeng yang pernah dicanangkan hari ini. Sekurang-kurangnya bila jasad aku dah jadi makanan cacing, cucu-cicit aku boleh berkata yang moyang mereka is ahead of his time. Jangan marah, dik. Buat lawak bodoh sikit kerana orang sekolah tak seberapa macam Uncle B, mana mungkin menjadi seorang pemikir.

Kes ragut dan merempit, heboh lagi di akhbar rakyat. Menteri, orang kenamaan, para bijak pandai, NGO, ketua-ketua ajensi penguatkuasaan pun heboh soksek soksek, akan buat seminar sana sini, tubuh jawatankuasa itu dan ini dan tidak ketinggalan mereka akan melawat (dengan duit rakyat, tentunya) ALASKA, MEXICO atau mana-mana negeri yang mereka tak pernah sampai untuk buat kajian bagaimana nak selesaikan isu kes ragut dan mat rempit ni. Maka akan dibinalah litar-litar merempat yang pastinya akan mengembongkan poket Ali & Baba.

Ini samalah dengan isu banjir kilat. Cerita bukan main. Belanja malas aku nak cerita. Buat longkang besar bawah tanah. Buat itu dan ini. Dari zaman aku inspekter percubaan sampai aku nak bersara, banjir kilat tetap berlaku.

Kalau pembangunan tak mahu dikawal, kalau conglomerate besar dibiar memperkosa hutan dan alam sekitar, kalau nafsu serakah kapitalist enggan dikasi, inilah akibatnya. Banjir kilat. Kalau mat rempit tak mahu dirotan dan motosikal mereka yang sah merempit dihumban dalam sungai atau dilenyek dengan steamroller di khalayak ramai, gerenti aksi hero-hero kampong berbangsa melayu ini akan berterusan. Aku nak tanya, ada tidak budak Cina merempit. Selagi polis tidak dibenarkan menampar (bukan belasah sampai mati) penjenayah, selagi itu peragut yang telah memakan dan terus mengancam nyawa manusia akan bermaharajalela.

Penyelesaian aku memang simplistik kerana semenangnya aku dibesarkan dalam zaman dan dengan cara yang simplistik. Apabila menghantar anak ke sekolah, pesan mak bapak pada cikgu, mudah, “jangan butakan atau patahkan tulang anak saya, selain dari itu kalau anak saya nakal, rotan.” Hari ini cikgu yang cuba mendisiplinkan setan kecil yang menyamar jadi budak sekolah, diganyang oleh bapak setan yang menyamar jadi ibu bapa. Time aku membesar dulu., tak ada saikologi-saikologi atau kaunseling. Yang ada rotanlogi. Tapi generasi aku, jadi orang. Cuba buat kajian. Berapa ramai dari generasi aku yang pernah jadi mat rempit atau mat fit. Jangan lupa bahawa Dr,Spock yang membesarkan anaknya dengan saikologi dan tanpa rotan, telah ditembak oleh anak lelakinya yang berusia 17 tahun.

Masalah pemimpin atau para bijak pandai negara ini ialah cakap tak serupa bikin. Banyak teori dari praktikal. Itu sebabnya tiada satu masalah negara pun boleh selesai. Sesuatu keputusan dibuat bukan untuk the greater good tapi untuk kepentingan peribadi atau parti, making popular but not the right decisions.

Cukup sampai di sini dengan buah fikiran yang tak berapa nak ranum ni, Uncle B tinggalkan satu pesanan dari Capt John Hall yang pernah mengajar Uncle taktik peperangan di hutan, “In Order To Be Kind, You have To Be Cruel”.

Salam dari Uncle B, yang pernah kena rotan dengan arwah abah kerana merengus apabila mak suruh jaga adik yang menangis.
Byee... cup..cup.

Tuesday 5 May 2009

ASMARA DAN PDRM

Two news item in theSun of 5th May 2009, attracts my attention.

On page 5, is a news item, “Painful romp in the park”. Last weekend, at the East Coast Park in Singapore, a 30 year old married secretary was performing oral sex on her boss in a car at the car park. A van accidently reversed into their car, causing the secretary’s jaws to snap shut and severing the boss penis. It is not known if doctors managed to reattached the kote yang putus. The husband, however, is asking for a divorce.

Moral of the incident. One, if you want to have girlfriends and at the same time have sex with them (if they allow it), don’t be a cheap skate. Bring her to a french or italian candle light dinner at a 5 star hotel, book the executive room and then do what a man and a woman normally do, when alone together in a bedroom. But make sure she is worth every single sen. Otherwise go home to your wife.

Two. If you are the kinky type who likes to have sex in strange places like under a tree in Bukit Cerakah at midnight and you insist on having sex with your partner in a car, don’t park in a car park. Reversing cars are common in car parks. Try parking your car along a quiet stretch of the PLUS Highway in the early morning. Put out a safety beacon about 20 metres behind your parked car, then have a go at your partner. Better still, do it in a hotel car park, then if you feel like going for a second helping, you can go to the hotel room and do it in the bath tub.

*****************************
On page 9, columnist Terence Fernandez opined that PDRM is a benchmark of how we regard our public servants. According to Fernandez, even with the recent pay revision, “how can we expect our men in blue to put their lives on the line for RM900? (Entry level for a constable). Is their life worth only that much? Why can’t we tighten the requirements for joining the force to make it more professional by getting better educated and quality personnel with private sector remuneration?”

I do hope the new Menteri Dalam Negeri and the human resource experts in PDRM reads that article on page 9.

Hingga jumpa lagi, berhati-hati bila berasmara, dari Uncle B, yang tak sempat pakai SAC II, bergelar Dato’ dan tak berpeluang merasa gaji macam budak-budak sektor swasta.