Telah
satu minggu kita melangkah masuk ke tahun masehi 2014. Ke mana halatuju negara
dan bagaimana hidup kita untuk 359 hari lagi, hanya Allah Maha Mengetahui.
Sebagai insan yang sering melihat gelas minuman di Malaysia sebagai sentiasa setengah
kosong dan bukan setengah penuh, Uncle hanya nampak sebuah negara yang sedang
gila meroyan. Orang barat ada pepatah, “The light at the end of the
tunnel” yang membawa maksud, walaupun kita
berada dalam terowong yang gelap sekarang tetapi di penghujung terowong pasti
ada cahaya. Malangnya terowong di
Malaysia berbeza. Kita bina terowong yang panjang-panjang, mula mula cukup
dengan lampu lampunya, kemudian kita sendiri pecahkan mentol lampu supaya semua
yang ada dalam terowong bergelap. Lalu kita diajak berjalan ke hujong terowong
untuk mencari cahaya di hujong terowong tetapi apabila sampai di hujong
terowong, hari dah malam, gelap gulita, hujan ribut dan petir sabung menyabung
dan di hujong terowong ada curam yang dalam. Maka kita akan beramai ramai jatuh
gaung yang dalam dan bersepai tulang dan otak kerana syok menjadi
pak turut. Itulah yang Uncle nampak untuk tahun 2014, setelah hiris limau nipis
dan masukkan dalam mangkuk tilik Pak Pandir.
Jangan
salahkan Uncle kerana berpandangan pessimistic. Lihat sahaja di sekeliling
kita. Is there any semblance of law and order in our country? Mahkamah dah buat
keputusan, Sultan Selangor dah beri titahnya tetapi masih ada penganut kristian
yang kepala batu, sengaja mencari pasal. Pihak berkuasa semacam bebal, boleh ambil
tindakan kerana menghina mahkamah tetapi tetap menunggu hero hero melayu yang
crook untuk bersuara dan bertindak membela Islam, kononnya. Harga macam macam
barang naik tetapi apa yang pihak pembangkang buat, sekadar menuding jari kepada
pemerintah dan pemerintah pula sebar berita, pembangkang beli Mercedes untuk
ketua menteri. Bukankah baik, kita cari punca negara tak cukup duit sehingga 16
tahun menanggung belanjawan defisit dan sama sama membendung ketirisan wang
rakyat yang berlaku dek angkara KKN, Kroniyisma, Korupsi dan Nepotism.
Pilihan
raya telah berlalu. BN menang, PR kalah. Rakyat telah mengundi dan membuat
pilihan. Tidak kiralah ada hanky panky atau tidak. Bukankah elok, semua yang
menang, baik BN atau PR, teruskan amanah rakyat untuk mentadbir negara dan
negeri yang mereka perintah dan bukan menghabiskan masa, tenaga dan wang rakyat
untuk mengutuk antara satu sama lain. Tengok negara negara jiran yang nampak
lopus sahaja, mereka lebih
stabil politically, economically dan socially dari kita yang berangan nak jadi
negara maju menjelang 2020 walhal minda dan kaki masih melekat di kampung, di
bukit dan di estet.
Apa
pun, dalam kemurungan, keharuan, the doom and the gloom kita menyambut tahun
baru 2014 dan kenaikan belanja hidup yang terlampau, dapat juga pemimpin negara
kita, menghiburkan rakyat dengan 11 jenaka paling lucu sebagai sambutan tahun
baru iaitu memotong elaun keraian para menteri, mengurangkan subsidi tol
menteri, kurangkan perbelanjaan makan semasa mesyuarat, dll. Apa pun kesemua 11
inisiatif untuk mengurangkan perbelanjaan negara itu bolehlah kita nobatkan
sebagai the best jokes of the year 2013/2014.
Hingga
jumpa lagi, Insya Allah dengan lebih kerap di tahun 2014, salam sayang dari Uncle
B, yang yakin bahawa tidak semua kenaikan itu bersifat negatif. Naik pangkat,
naik gaji, naik kapal terbang first class, bukankah satu kenaikan yang
positif sebagaimana anu sentiasa naik.
Byeeee!!!!!