Monday, 12 April 2010

KENA KELENTONG LAGI DAN LAGI

KELENTONG Myprocuremet

Jika anda dilahirkan, dibesarkan dan bekerja di Malaysia dan masih memilih untuk percaya janji-janji ketelusan kerajaan melalui gimik 1Malaysia dan portal “Myprocurement” yang telah diumumkan oleh PM, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan kadar segera.

Bunyinya memang menawan. Kerajaan tidak akan berahsia dengan rakyat. Melalui portal ”Myprocurement”, rakyat boleh melihat kontrak-kontrak yang telah dikeluarkan oleh kementerian-kementerian dan ajensi kerajaan. Untuk mengelakkan dari terus tertipu, anda perlu ingat bahawa pihak yang dikehendaki mendedahkan sesuatu maklumat, boleh memilih fakta-fakta yang ingin didedahkan dan seterperinci mana pendedahan akan dibuat. Paling mudah, kelaskan semua kontrak sebagai rahsia walaupun sekadar kontrak kantin kementerian sahaja. Manalah tahu kontrak tersebut diberikan kepada sebuah syarikat pro Yahudi. Cuba tanya diri sendiri, mahukan anda dedahkan kelemahan anda kepada awek yang hendak anda pikat atau semasa temuduga pekerjaan?

Jika anda rajin membaca The Edge Financial Daily yang secara kebetulan BUKAN terbitan mana-mana parti pembangkang, anda akan dapati bahawa setakat ini, hanya 16 daripada 26 buah kementerian telah memaparkan senarai kontrak yang telah mereka keluarkan. Itu pun butiran yang dikeluarkan tidak lengkap. Kementerian Pembangunan Luar Bandar misalnya mempunyai bajet RM 2.64 billion untuk bayaran perkhidmatan, pembelian dan aset. Hanya kontrak-kontrak yang bernilai RM 15.3 juta sahaja yang didedahkan. Apa jadi dengan RM 2 billion lagi. Pulang balik kepada rakyat ke? Jabatan Perdana Menteri mempunyai bajet RM 11.2 billion. Cuma 174.8 juta didedahkan kepada rakyat. Bakinya ada masuk poket sesiapa ke? Itu belum lagi masuk perangkaan yang tersilap papar.

Tolonglah jangan beritahu saya bahawa Myprocurement adalah satu permulaan yang baik kepada good governance, bahawa kita harus beri peluang kepada kerajaan yang ada untuk membuktikan niat ikhlas dan suci mereka untuk mengtransformasikan kerajaan. Dah terlalu kerap dan naik bosan saya dengar janji-janji lapok ini. Di Malaysia, semua perkara bermula dengan slogan, pelancaran dan gembar-gembor mengalahkan Presiden Barack Obama tiba-tiba hantar ufti kepada kita kerana kagum dan takut dengan Malaysia yang dah jadi Cemerlang, Gemilang dan Terbilang ekoran slogan Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa jadi PM dulu. Akhirnya yang tinggal, Cemerlang dalam Temberang dan Kecundang.

KELENTONG 1MALAYSIA – RAKYAT DIDAHULUKAN

Kementerian Pelancongan menyokong sepenuhnya hasrat kerajaan negeri Terengganu pimpinan Barisan Nasional untuk menjadikan Pulau Redang sebuah pulau istirehat yang exklusif. Khas untuk golongan elit dalam dan luar negara sahaja. Antara langkah untuk memastikan rakyat kelas bawahan yang rata-ratanya melayu tidak dapat datang ke pulau ini ialah dengan menetapkan bayaran minima USD 500 atau tidak kurang RM 1,600 untuk 1 malam penginapan. Dengan harga bilik macam tu, saya tak fikir seorang Supt polis macam saya mampu untuk bawa keluarga ke sana. Lainlah ada tauke ekor atau kontrakter sponsor. Itu belum masuk lagi tambang bahtera mewah atau penerbangan kelas 1 untuk ke sana dan caviar, kobe atau wagyu beef serta air mineral Perrier yang akan menjadi hidangan di hotel atau chalet bertaraf 6 atau berbintang-bintang di Pulau Redang.

Bermakna apabila rancangan ini menjadi kenyataan, tidak ada peluang lansung untuk rakyat berpendapatan kecil malahan sederhana sekali pun untuk menikmati keindahan alam negara sendiri. Maka jadilah kita pengemis di tempat lahir sendiri. Barangkali di bawah kerajaan pimpinan BN, rakyat yang mengundi mereka jadi wakil rakyat dan menteri hanya sesuai untuk berpiknik di tepi Sungai Gombak sahaja. Tak perlulah saya sebutkan siapa agaknya yang akan buat duit berkodi-kodi apabila Pulau Redang yang dahulunya kita punya jadi Fantasy Island Malaysia milik orang kaya dalam dan luar negara.

Kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dalam program 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian DiUtamakan. Kalau nak tinggal 1 malam di Pulau Redang pun bersamaan dengan sebulan gaji seorang inspektor polis, rakyat didahulukan apa kejadahnya. Inikah yang dinamakan Rakyat Didahulukan?

Semoga anda berminat selepas ini untuk membaca selain daripada Utusan Malaysia, Berita Harian, NST dan The Star, selamat membiarkan diri ditipu bulat-bulat jika itu yang anda inginkan. Jumpa Lagi.

Wednesday, 7 April 2010

KEMULIAAN YANG DIHINAKAN


Pagi 25 Mac 2010 baru lalu, saya sempat menonton ½ jam pertama siaran lansung TV, perbarisan sambutan ulang tahun ke 203 tahun Pasukan Polis Diraja Malaysia daripada Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. Melihat pegawai-pegawai kanan dan anggota-anggota polis daripada pelbagai formasi dengan uniform masing-masing, berdiri tegak dan megah di padang kawad menunggu ketibaan Perdana Menteri, membuat saya merasa bangga menjadi satu daripada lebih 100,000 orang anggota organisasi bersejarah yang sepatutnya menjadi kebanggaan rakyat hari ini.

Naik satu macam punya semangat dalam diri saya apabila melihat susuk-susuk segak berwajah tegas dengan logo INTEGRITI tersemat di dada kerana pada mereka saya melihat wira-wira negara yang telah berkorban, tenaga, masa, keluarga bahkan wang sendiri untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara. Tanpa pengorbanan nyawa anggota-anggota polis, negara tidak akan terdaya mengalahkan kebangkitan komunis. Dengan keringat dan air mata warga PDRM lah, tauke-tauke Cina, India dan tokoh koperat Melayu dapat mengumpul kekayaan dalam keadaan yang aman dan damai.

Sedihnya apabila balik ke pejabat, saya tersentak bedebab jatuh ke bumi nyata. Wajah-wajah gagah tadi tiba-tiba bertukar menjadi muka-muka sombong, bongkak, kasar dan yang tidak tahu senyum kerana terlalu mabuk dengan kuasa yang ada untuk menahan mana-mana orang di mana sahaja tanpa mengira masa. Yang menggunakan kuasa undang-undang yang diberi bukan untuk membantu dan melindongi tetapi untuk membuli dan mengexplotasi rakyat. Tidak semua warga PDRM yang bersikap demikian tetapi dek kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Kalau dikata saya manusia yang tidak tahu mengenang budi kerana kononnya PDRM yang telah memberi saya dan keluarga rezeki untuk makan dan hidup, jangan lupa, PDRM bukan beri saya makan percuma. Setiap sen yang saya terima, saya ganti dengan tenaga, masa dan minda, malahan lebih dari itu, saya korbankan masa paling penting untuk bersama anak saya, Amira Nur Hanani iaitu semasa dia membesar.

Hairannya, sebelum ini saya pernah menyertai pasukan beruniform. Saya bekas seorang leftenan tauliah jangka pendek, Angkatan Tentera Malaysia. Tidak ada pulak saya mengkritik ATM dari hari saya menyertainya pada 10 Jun 1971 sehingga tamat tauliah pada 14 April 1975. In fact until today, I have the highest respect for the Malaysian Armed Forces. Kenapa ye?

Hingga posting seterusnya, salam dari seorang warga PDRM – Sebuah organisasi mulia yang telah dihinakan oleh perbuatan warganya sendiri.
Byeee!

Tuesday, 30 March 2010

MACAM TAK PERCAYA AJE

Membaca bahan berita yang disiarkan oleh akbar The Sun, Kosmo dan Harian Metro keluaran 29 Mac 2010, membuat saya macam tak percaya aje perkara-perkara yang dilaporkan boleh berlaku. Politik Malaysia lainlah, semua benda boleh berlaku. Jadi tak hairan kalau ada peristiwa-peristiwa merepek dan merapu menjadi realiti dalam senario politik Malaysia.

The Sun dalam ruangan “Amazing Briefs” berjudul ‘Love Dies In The Cold” menyiarkan berita sepasang kasih yang sedang memadu asmara, mati dalam kereta volkswagen mereka yang dipakir dalam sebuah garaj kecil kerana tersedut gas exhaust kereta. Ketika itu cuaca sejuk (bersalji) dan pasangan dipercayai menghidupkan enjin kereta untuk memanaskan badan. Astagar!, kalau dah pakir dalam garaj bermakna dekat rumahlah. Kenapa tak masuk rumah dan main dalam rumah aje. Tidak pun pandu volkswagen ke hotel berhampiran dan tala dalam hotel. Mungkin pasangan ni budak sekolah agaknya. Nak main dalam rumah takut ibubapa marah. Nak sewa hotel tak ada duit. Kesian. Nak sedap dapat bala.

Harian Metro di mukasurat 8 pula menyiarkan cerita seorang pelajar perempuan tahun 5, sebuah sekolah di Kuala Lumpur, diraba payudaranya oleh rakan lelaki sedarjah. Ini gara-gara pelajar lelaki tersebut marah dan geram kerana pelajar perempuan tadi gagal melunaskan bayaran RM2 kepada silelaki yang menang pertaruhan dengan pelajar perempuan tadi.Tahun 5 bermakna darjah 5 lah tu. Usia pelajar-pelajar tersebut baru 10-11 tahun lebih kurang. Mak Datuk, itu baru umur 11 tahun. Dah pandai raba-raba tetek anak gadis sunti. Agaknya kalau pelajar lelaki tadi dah dewasa nanti, umur 18 ke atas atau mungkin lebih muda dari itu, ada tokoh gamaknya untuk jadi penzina bersiri.
Lagi satu. Yang pelajar perempuan tadi, baru 10-11 tahun umur, dah ada tetek yang ketara menonjol ke untuk diraba? Masa saya sekolah dulu kalau setakat umur 12 tahun, hampir 99% pelajar perempuannya, leper tang dada. Barangkali inilah hasil ransangan berbentuk sexual yang bersepah-sepah di pawagam, TV, akhbar dan majallah dalam dunia moden hari ini. Budak-budak cepat membesar dalam semua segi. Esshhh! takut uncle dibuatnya.

Harian Metro di mukasurat yang sama juga ada mengeluarkan berita seorang pemuda berumur 20 tahun membuat laporan polis kerana dibelasah oleh teman wanitanya di khalayak ramai semasa shopping di sebuah pusat membeli belah di Putrajaya. Mamat tersebut dibelasah kerana menegur kekasihnya. Ya Rabbi! Apa nak jadi dengan budak-budak hari ini. Yang perempuan berperangai brutal macam jantan, yang lelaki lemah lembut macam akua.
Perempuan macam betina kaki pukul tadi, jangan dibuat bini, biar dia andartu sampai kerepot dan melahu tak merasa. Komentar dari presiden Persatuan Wanita Islam Antarabangsa Malaysia, Dr.Rubiah K. Hamzah, kejadian di atas, apabila wanita hilang rasa malu dan berani belasah orang di tengah makhlak, menunjukkan dunia nak kiamat dan masyarakat semakin runtuh. Baru tahu ke Dr. ? Saya dah tahu sejak zaman tok adam lagi.

Macam mana masyarakat tak semakin runtuh jika pemimpin negara cakap tak serupa bikin. Apabila kepala ke hulu dan bontot ke hilir. Akhbar Kosmo di mukasurat 11, melaporkan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek telah mengumumkan bahawa kegiatan merempit akan dijadikan satu aktiviti sambutan Hari Belia pada 14 Mei 2010 nanti. Nah engkau, polis terkial-kial nak basmi aktiviti merempit, kerja tanpa overtime hingga ke awal pagi, menteri kata boleh merempit untuk galakkan lebih ramai belia menyertai sambutan hari belia. Menteri dari kerajaan pimpinan UMNO pulak tu. Apa mesej yang nak disampaikan ni? Bahawa UMNO boleh mengatasi undang-undang dan buat apa dia orang suka. Eloklah tu cara mengajar budak-budak.
Apa kata pada hari tersebut menteri arahkan Jabatan Ugama Islam negeri jangan buat serbuan khalwat atau maksiat di hotel-hotel, tak kiralah yang low class punya hotel ke atau di tempat-tempat awam. Jadikan hubongan sex bebas atau raba meraba antara belia lelaki dan wanita, antara belia gay dan antara beliawanis lesbian sebagai satu acara sambutan Hari Belia. Tapi setiap 14 Mei sahaja. Hari lain tak boleh, tangkap dan kenakan hukuman syariah. Bukan apa, saje nak buat budak-budak Malaysia rasa seronok menyambut Hari Belia dan supaya mereka sayang BN apabila dah tahu memangkah kertas undi nanti.
Pendek akal betul menteri-menteri Malaysia ni. Sebab tu selalu kena kelentong dengan tokoh-tokoh keparat Malaysia semasa sain perjanjian buat lebuhraya bertol, penswastaaan bekalan air dan letrik, dll. Itu belum kira kena dibodohkan oleh menteri-menteri Singapura apabila sain perjanjian bekalan air dan pelaburan Singapura di Wilayah Iskandar.
Salam sayang dari Uncle B yang sejak akhir-akhir ini selalu sangat terperanjat dengan apa yang terjadi pada masyarakat Malaysia terutama yang berbangsa Melayu tetapi tak semestinya berugama Islam.
Byee!

Friday, 26 March 2010

SERUPA TAPI TAK SAMA

Hari – Rabu 24 Mac 2010. Waktu – 6 petang. Tempat – Jalan Travers, dalam kereta, tunggu lampu isyarat bertukar warna. Dalam jem. Bukan strawberry tapi trafik jem. Tiba-tiba terpacul dalam otak saya yang sememangnya suka memikirkan benda-benda yang merapu, tak senonoh dan tidak berfaedah bahawa antara saya, PDRM dan Malaysia Bolehland, ada persamaan. Masing-masing makin beransur tua dan prestasi telah menurun.
Malaysia dah nak masuk 53 tahun. Kira tualah tu. Dah lebih setengah abad. Patutnya lagi mantap tapi....... Suatu masa dahulu, Malaysia berada di tangga teratas di antara negara-negara membangun dari segi perkembangan ekonomi, kewibawaan badan kehakiman, the sanctity of parliament, sukan, pembangunan dan kesepakatan masyarakat berbilang kaum. Hari ini negara sedang bergolek-golek jatuh tangga. Hanya menunggu masa untuk tersenonggeng sahaja. Kita masih terkial-kial hendak menyaingi Indonesia, Vietnam, Filipina dan Thailand dari segi pelaburan asing (FDI). Badan kehakiman kita entah sejauh mana diyakini oleh rakyat sendiri. Parlimen kita macam parlimen Taiwan, cuma belum bergasak dan baling kerusi aje lagi. Sukan jangan ceritalah. Skuad bolasepak wanita Vietnam agaknya mampu belasah kita. Pembangunan dah mula kurang, keruntuhan adalah, macam rumah-rumah tepi bukit yang lurut dan bumbong stadium Terengganu yang terbarai. Perpaduan antara kaum lagi hancus. Cina kata dia orang 2nd class citizen walaupun pegang ¾ ekonomi negara, India kata mereka terpinggir walaupun Ananda Krisnan kaya nak mampos. Melayu kampong juga yang terkulat-kulat terperuk di kampong menunggu gerombolan melayu UMNO cabut keris sambil mempoketkan komisen beli kapalterbang dan projek-projek membazir untuk membela mereka dan mendapatkan kembali hak-hak yang telah digadaikan kepada kaum pendatang.
PDRM dah tua yak amat. 203 tahun. Prestasi, lu agaklah sendiri dan imej kena kutip dari dalam longkang. Kalau dulu Chin Peng gerun juga dengan polis sampai meletakkan senjata, hari ini Mat Rempit dah berani serang kereta preronda dan penjenayah kepong balai polis. PDRM masih lagi menggunakan lambang harimau tetapi bukan lagi harimau hutan yang bebas, garang dan berani. Sekarang dah jadi harimau peliharaan yang tidak bertaring dan makan sayur sahaja. Harimau kedi.
Umur saya sekarang 57 tahun masuk 58. Macam PDRM dan Malaysia, kira dah tua lah tu. Seperti juga PDRM dan Malaysia, prestasi saya juga dah menurun. Kalau dulu 3 kali seminggu sekarang menurun kepada 1 kali seminggu. Kalau dulu panas membara, semua nak cepat, sekarang cool, slow and steady. Syukur ke Hadrat Allah, saya diberi kesihatan yang okey juga tetapi almaklum sahaja lah, sihat-sihat orang lama. Macam kereta lama juga. Engin dan body dijaga dengan baik macam mana pun, pick-up mesti kurang punya tetapi tetap boleh start dan meluncur damai ke destinasi. Untungnya naik kereta lama yang dipandu perlahan ni, adik, kakak boleh menikmati keindahan alam sepanjang perjalanan.
Walaupun serupa, masih ada yang berbeza antara negara, pasukan polis dan saya. Negara dan pasukan polis bersifat everlasting. Bagaimana porak peranda sekali pun negara, Malaysia akan tetap ujud kecualilah Malaysia ditelan bumi atau ditukar nama macam Tanah Melayu jadi Malaysia. Bagaimana sekali pun pasukan polis disumpah oleh masyarakat, PDRM akan tetap ujud. Kecualilah PDRM jadi begitu tidak releven sehingga ianya dibubar dan JPJ mengambil alih tugas Cawangan Trafik, RELA dan JPAM buat tugas KDNKA dan Bank Negara jadi penyiasat kes jenayah komersil sebagaimana Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia ambil-alih tugas Polis Merin, Agensi Dadah Kebangsaan buat kerja Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan PTD mengawamkan Jabatan Logistik.
Saya tidak serupa dengan negara dan pasukan polis. Macam mana pun saya jaga badan dan minda, berbasikal, masuk gym, makan ubat dan makjun, saya tetap manusia. Macam mana gagah perkasa dan penuh tenaga sekali pun apabila lewat usia, apabila tiba masanya, saya tetap akan meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Saya transient bukan eternal.
Saya merakamkan semua ini sekadar nak ingatkan pemimpin negara bahawa sebagai manusia, Tun, Dato’ Sri, Tan Sri, Dato’, malahan perdana menteri sekali pun akan mati. Biar apabila mereka menziarah kubur Tun, Dato’ Sri, Tan Sri, Dato’, YB-YB anda akan dikenang sebagai pemimpin yang telah merakyatkan negara dan bukan sebagai penjarah yang telah membengkrapkan negara dan menjadikan rakyat papa kedana.
Sebagai pemimpin-pemimpin tertinggi Pasukan Polis DiRaja Malaysia, apabila Dato’-Dato’ dan tuan-tuan telah meninggalkan dunia fana ini, biarlah setiap kali warga PDRM menyambut Hari Polis, mereka mengingati tuan-tuan sebagai teraju polis yang mengembalikan zaman kegemilangan dan memulihkan imej profesion kepolisan dan bukan sebagai pemimpin yang telah mengadaikan PDRM kepada the highest bidder untuk pangkat, nama dan kedudukan.
Hingga jumpa lagi, salam menyambut 203 tahun PDRM dari Uncle B yang gerenti tak ada warga PDRM akan ingat punya, selepas pencen nanti.

Tuesday, 23 March 2010

SATU MACAM PUNYA GILA

Orang Inggeris ada ungkapan yang cukup cun untuk menjelaskan kejadian-kejadian yang sukar diterima oleh akal orang siuman dan jarang sekali berlaku tetapi tiba-tiba melanda masyarakat dengan kekerapan yang menakutkan. Kata orang putih, “There Is Some Kind Of Madness In The Air”. Apabila ramai yang sepatutnya waras dan duduk dalam negara Islam yang maju seperti Malaysia Bolehland bertindak seperti orang tidak berakal, tiada penjelasan yang boleh diterima kecuali, “Ada Satu Macam Kegilaan Menerawang Di Udara”.

Cucu pancung kepala atuk dan 3 orang ahli keluarga sendiri, buang dan bakar bayi, pukul budak kecil sampai mati dan hubongan sex bukan lagi aktiviti lazim orang dewasa tetapi satu mainan rutin oleh anak gadis sejak tingkatan 1, maka nyata masyarakat telah hilang nilai kemanusiaan. Apabila mereka yang diragui integriti dan kewibawaannya dipilih untuk menjadi wakil rakyat bagi merencana hala tuju kehidupan rakyat jelata dan parlimen telah bertukar menjadi sarkas, maka sahlah kita telah memberi bunga kepada monyet.

Kalau tanya pakar itu dan ini, yang rata-rata menimba ilmu mereka dari barat, pelbagai teori akan dilontarkan mengapa sesuatu masyarakat boleh dihinggapi penyakit sawan babi. Pengaruh televisyenlah, kesan kemajuan sosial dan ekonomilah, kehakisan nilai individulah dan macam-macam lagi. Anehnya tiada satu pun daripada pakar-pakar ini dapat menghasilkan penawar yang dapat menghapuskan lansung penyakit gila babi yang sedang merebak dalam masyarakat kita.

Mana nak sihat, kalau yang diubati hanya manifestasi luaran penyakit bukan penyebab sakit itu sendiri. Persekitaran tempat anda tinggal kotor, banyak virus berterbangan di udara, dalam air, di mana sahaja. Virus singgah di tekak anda, anda kena sakit tekak, apabila anti virus badan melawan virus, badan anda jadi panas. Pergi klinik, doktor bagi panadol untuk hilangkan panas badan dan Dequadin untuk legakan tekak. Malangnya tempat tinggal anda tidak dibersihkan dari virus. Sampai dunia kiamat pun anda akan terus diserang penyakit. Yang diubati, symptoms penyakit bukan punca penyakit iaitu persekitaran yang membawa penyakit.

Cuba perhatikan negara Islam kita. Ceramah ugama banyak, kononnya supaya timbul kesedaran masyarakat. Agar tidak ada yang rasuah, yang penipu, tidak ada perzinaan. Susahnya, selepas dengar khutbah jumaat dan ceramah ugama, kita terpaksa tinggal dalam persekitaran negara Islam Malaysia yang dipenuhi dengan maksiat dan kemugkaran. Pusat hiburan berGRO, kedai judi berlambak, kelab malam macam Zouk merata-rata, hiburan TV dipenuhi dengan program yang menggalak maksiat seperti “Sex & The City”, “Friends” dan lain-lain program hiburan yang menghalalkan perzinaan.

Bolehkah hati jadi suci dan bersih jika tinggal dalam persekitaraan yang dikelilingi syaitan. “Apabila kamu duduk bersama-sama sesuatu kaum selama lebih 40 hari, maka kamu akan menyerupai kaum tersebut”. Anak kita dibesarkan dalam persekitaran dan sistem pentadbiran kafir sejak lahir lagi, bukan setakat 40 hari. Jangan pelik kalau anak gadis kita pakar beromen sejak umur 12 tahun lagi.

Bangunan yang akan roboh tidak akan roboh dengan tiba-tiba. Akan timbul tanda-tanda bahawa ada yang tidak kena dengan bangunan tersebut. Retak halus, kebocoran, dinding yang plasternya mudah lerai, dll. Semuanya sebagai amaran kepada pentadbir rumah agar memperbaiki kerosakkan sebelum terlewat.

Diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib r.a, Rasulullah bersabda: “Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka .... “ Antara perkara-perkara tersebut ialah:-
• Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja.
• Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
• Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
• Anak derhaka terhadap ibu bapanya
• Menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
• Arak sudah diminum secara berleluasa.
• Para artis-artis disanjung-sanjung.
• Muzik banyak dimainkan/didendangkan.

"Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Apakah yang sedang berlaku di Malaysia sekarang? Siapakah yang memegang hampir keseluruhan harta negara? Adakah wakil rakyat (terutama UMNO) menyertai politik sebagai amanah untuk menjaga kesejahteraan rakyat atau untuk mendapat komisen beli kapal selam dan projek lebuhraya? Suami bacul, anak derhaka, jangan sebutlah, berlambak. Cuba lihat pemimpin yang kita ada sekarang, yang antaranya perampas isteri orang, kaki putar belit, putar alam dan katak. Arak boleh didapati di 7 Eleven. Rancangan TV hanya dipenuhi dengan gosip artis, anugerah itu ini untuk artis, Mentor, Akademi Fantasia, Malaysian Idol, tak habis-habis dengan lagu dan hiburan.

Apa kata kalau perkara-perkara aneh yang sedang berlaku di negara Islam Hadhari ini adalah tanda-tanda masyarakat Malaysia akan roboh, punah ranap, hancur berkecai ditimpa bala. Bukankah Rasullullah telah menjanjikan, “maka pada ketika itu ........... mereka akan berubah menjadi makhluk lain”.
Cuba renungkan. Manusia tidak akan tergamak memenggal kepala datok sendiri atau memukul anak yang berumur 3 tahun hingga mati. Kecuali manusia telah dirubah menjadi syaitan kerana hanya syaitan dan iblis sahaja yang tergamak membuat benda-benda mungkar dan enggan menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia.

Selamat memikirkan peristiwa tidak masuk akal yang telah, sedang dan akan terus berlaku di Malaysia dari Uncle B, yang masih lagi seorang insan dengan izin Allah jua.