Monday, 10 October 2011

ENTAHLAH, TAK TAHU AKU

The most dangerous thing today in Malaysia is to have an opinion. Basically formed by your current knowledge base, your life experience and your personality, coupled with your own perceptions and peppered, at times, with your instinct or gut feelings, an opinion is not necessarily right or wrong. An opinion is just that, an opinion, nothing more, nothing less.

Sad to opined, the way mainstream Malaysians react when you air your inner voices, is unbelieveable. They seem to have the George Bush mentality. Either you are with us or against us. How can you rationalise with people like that. Point out the weaknesses of the government, immediately you are labelled anti government or worst still a subversive or communist sympathiser. Try to show the rakyat what is really happening in the police force, you became an ungrateful SOB who forgets that the police pays for yours and your family livelihood. And the moment you show the good side of someone else, like Singapore for example, you are admonished. If Singapore is so good, why don’t you stay in Singapore. Why do you come back to Malaysia?

This is the mentality of mainstream malaysians including our so called leaders. You don’t like something a person says, attack the guy and not his opinion. How do we expect to become a first class country if we still have 3rd class mentality? No wonder the Singaporeans are beating us in every endeavour and the Thais, Indonesians and even the Vietnamese are catching up very fast with us especially in the field of economy and sustainable governance.

Talking about economy, Jumaat lepas 7hb October 2011, Najib umumkan bajet 2012. Mau tak happy. Sebagai pesara, Uncle akan dapat bonus RM500 dan pencen pula naik 2% setiap tahun. Tapi risaunya lebih banyak dari suka. Takut suka sekarang menangis kemudian hari. Apa tidaknya, negara ini telah diurus tadbir dengan bajet defisit selama hampir 14 tahun. Pada pengetahuan tahap kampong aku, ini bermakna belanja mengurus negara lebih tinggi daripada duit yang ada. Dalam bajetnya, Najib tak beritahu pun daripada mana nak cerkau duit yang akan disogok kepada rakyat supaya undi BN nanti.

Bimbang juga apabila tambahan pencen sebanyak RM66 sebulan akan terhapus selepas harga elektrik dan air dinaikkan kerana subsidi terpaksa dihapuskan apabila BN menang besar dalam PRU ke 13 nanti. Yelah! kan. Beritahu rakyat bahawa kerajaan terpaksa batalkan subsidi kerana nak jimat belanja sebab ekonomi dunia meleset. Apa, ekonomi dunia baik sangat ke sekarang? Siapa yang bodoh? Rakyat jugak!!!!

Cho’ sun dari Uncle B, yang pernah diberitahu bahawa untuk menguasai sesuatu bahasa asing dengan cepat, dapatkan a sleeping dictionary.

Wassalam.

Friday, 7 October 2011

MELINGKUPKAN WANG RAKYAT: BUKAN PERKARA BARU

The Federal Government has come under severe critism again from the Auditor General for financial mismanagement and poor audit control”. Begitu bunyi berita muka (1), akhbar The Star bertarikh August 5, 1981. Akhbar tersebut memetik komen Ketua Audit Negara, Tan Sri Ahmad Noordin Bin Hj Zakaria dalam Laporan Audit Negaranya bagi tahun 1977. Sambung Tan Sri Ahmad lagi, “As long as such large differences are not investigated and analysed, the possibility of fraud and misappropriation will remain undetected”.

Antara pekong-pekong kerajaan yang di telanjangkan oleh Tan Sri Ahmad Noordin ialah (1) “Mindef under fire for multi million $ deals”, (2) “$84m grants that can’t be accounted for”, (3) “$1m boat that cannot be used” and (4) “$500,000 gone – and still no quarry”.

No komen kerana kandungan berita lama ini menerangkan dengan sendirinya dan tiada terjemahan ke Bahasa Melayu diperlukan kerana rakyat Malaysia dah pandai speaking london apabila kerajaan mengarahkan maths dan sains diajar dalam Bahasa Inggeris.

No komen dari saya tetapi banyak soalan. Semoga soalan-soalan ini dapat menjentik minda anda untuk berfikir dengan jelas dan rasional tanpa dipengaruhi oleh sentimen politik.

Saya menyertai PDRM pada tahun 1977 dan bersara pada tahun 2011. Berita di atas adalah mengenai Laporan Audit Negara Tahun 1977. Sekarang dah tahun 2011. Tiga puluh empat tahun telah berlalu. Adakah salah urus kewangan, kawalan audit yang lemah dan pembaziran wang rakyat oleh kerajaan ketika itu telah berakhir sekarang? Telah berakhirkah kontrak-kontrak pertahanan yang meragukan? Bagaimana dengan perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak dapat dijelaskan. Telah berakhirkah ia sekarang? Cuba ingat. Zaman ini masih adakah wang rakyat dibelanjakan tetapi hasilnya tak nampak atau pembelian kapal selam yang tak boleh menyelam. Akhir sekali, soalan cepu emas. Siapakah yang memerintah Malaysia sejak tahun 1977 sehingga sekarang? Tidak lain tidak bukan, Barisan Nasional yang dikepalai oleh UMNO. Adakah anda mahu meneruskan legacy “financial mismanagement and the possibility of fraud and misappropriation will remain undetected” ini yang telah, sedang dan akan terus menjahanamkan wang rakyat, wang kita, wang anda, wang anak cucu anda? Jika ya!, undilah BN dalam pilihanraya yang akan datang nanti dan selamat menjadi warga sebuah negara yang muflis dan papa kedana.

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang tak perlu perhiasan luaran seperti kereta mewah, rumah besar, isteri gebu atau status bumiputera untuk menjana harga diri. Wasalam.

Sunday, 2 October 2011

MELAYU ATAU ME LAYU

Satu masa dahulu, di era Hang Tuah, bangsa melayu adalah satu bangsa yang gagah dan perkasa. Jajah takluk Empire Melayu (The Malaccan Empire), menurut pengkaji sejarah barat, “were extended from South Thailand to almost whole of Sumaterian Island. The Malaccan Empire had turned from a maritime empire into an entrepôt empire. Other Eastern civilizations such as the Chinese Empire and the Siamese and Western civilizations such as Persian, Gujarat, Arabs and Europeans vastly traded with Malacca.

Dulu, satu dunia orang bertandang ke Empire Melayu Melaka untuk berkenalan dan berniaga dengan orang melayu. Masa itu hanya ada bangsa Cina, India, Arab, Portuguese, Barat dan Melayu. Belum ada istilah bumiputera, Hak Istimewa Melayu atau Dasar Ekonomi Baru. Tanpa tongkat, hak istimewa atau subsidi, orang melayu ketika itu, tetap gagah dan dihormati sehinggakan Maharaja Cina ketika itu, menghantar anak perempuannya, puterinya Hang Li Po ke istana Melaka untuk ditarkol oleh Sultan Melayu Melaka. Begitu hebatnya Bangsa Melayu zaman dahulu. Sekarang Melayu, layu longlai. Kalau tak ada Hak Istimewa Melayu, dah lama barangkali, Melayu hilang di dunia.

Menurut orang melayu No.1 Malaysia, Najib Tun Razak, ‘The 21st century malays should not “hide” behind the proctection of the government. Instead they should be a race that is dignified, well respected and looked up to”. Ringkas cerita, Najib kata orang melayu tidak boleh lagi menyorok di belakang kain sarung kerajaan untuk menjadi satu bangsa yang dihormati dan dipandang tinggi.

Hmm1 Alahai!! Ia mengambil begitu lama, sehingga 3 tahun setelah menjadi seorang perdana menteri, untuk Najib sedar bahawa dasar “protectionism” tidak akan menaikkan martabat Bangsa Melayu, sedangkan saya, sejak menjejak kaki semula ke Malaysia pada tahun 1971, telah tidak berkenan dengan dasar melindungi orang melayu, kerana zaman teenager lagi, saya tahu bahawa dasar tersebut hanya akan menguntungkan orang melayu yang ada kabel atau dalam kata lain, “the elite malays” sahaja. Maknanya, saya ni kira lebih critikal dan lebih tajam berfikir dari para jemaah menteri melayu malaysia yang ada. Kalau tidak, mengapa Najib perlu mengambil masa lebih 40 tahun untuk menyedari bahawa ‘The 21st century malays should not “hide” behind the proctection of the government”, walhal saya telah menyedarinyanya sejak tahun 1971 lagi.

Pahlawan Sparta zaman Illiad Greek, dibesarkan dalam keadaan yang mencabar dan “kasar’ untuk membentuk jiwa dan semangat yang kental sehinggakan 300 pahlawan Sparta berjaya melambatkan pergerakkan perang beratus ribu tentera Parsi di Thermopylae. Pengamal satu aliran karate di Jepun moden akan terjun ke dalam laut yang airnya sejuk membeku pada jam 6 pagi setiap hari untuk melahirkan jiwa yang tidak berdetik ragu apabila menghadapi musuh yang ganas. Latihan untuk anggota unit khas tentera dan polis, jauh lebih lasak dan zalim daripada latihan anggota tentera atau polis biasa. Gerenti Malaysia akan mendapat para komando battalion 21 ATM atau VAT 69 PDRM versi sotong jika dilatih cara akua atau kedi. Orang Melayu Malaysia hari ini tidak dignified, not well respected and not looked up to” kerana terlalu lemak, manja dan lesu dik terlalu lama dilindungi oleh Hak Istimewa Bumiputera.

Hingga jumpa lagi, Salam Semerluki dari Uncle B, yang getik nengok jantan muda bangsa melayu hari ini yang takut kena hujan sebab takut pening kepala dan takut nak berbasikal sebab tak tahan panas. Uweeekkkk!!!!!

Wassalam.

Wednesday, 28 September 2011

MUSANG JAGA AYAM

Mulai 1 Oktober, traffic wardens Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mempunyai kuasa untuk menyaman kenderaan-kenderaan yang melanggar peraturan lalu-lintas. Kata Dato’ Bandar KL, langkah tersebut bertujuan untuk melegakan kesesakan laiu lintas di Kuala Lumpur dan menggalakkan pemandu mematuhi peraturan lalu lintas. Ye lah tu!

Sejak bila orang 1Malaysia reti bahasa dan berbudi bahasa. Pada pengamatan saya, belum dan jauh lagi perjalanan sebelum orang kita mencapai taraf manusia bertamadun.

Tetapi ada hikmahnya, saudara-saudari trafik warden ini diberi kuasa untuk mengeluarkan saman. Sekurang-kurangnya boleh membantu golongan yang kurang pendapatan mendapat sumber kewangan tambahan. Takkan nak biarkan polis trafik dan JPJ sahaja memonopoli sumber kewangan tambahan yang ada. Sebelum sesiapa mengutuk saya kerana memandang serong integriti dan kewibawaan orang malaysia, cuba renungkan kes 3 pegawai kanan SPRM yang kowtim/samun duit money changer di KLIA. Bukan sikit dik, RM 960,000, dekat sejuta tu. Kalah budak polis punya pow.

Sebagai sebuah badan penguatkuasa undang-undang yang memantau integriti rakyat Malaysia terutama jabatan kerajaan lain yang mempunyai risiko tinggi untuk disogok, semestinya kita menjangka bahawa setiap manusia yang menjadi warga SPRM, adalah insan terpilih dari segi morality dan integriti mereka sehinggakan tikus-tikus dan para lipas yang merayap, menyelit dan menyelinap di ruang pantry, bilik dan bumbung pejabat-pejabat SPRM adalah dari golongan binatang yang berhemah. Masakan kerajaan pimpinan BN yang telus dan mulus sanggup membiarkan musang menjaga ayam.

Sebab itu saya tidak hairan semasa kerajaan pimpinan BN mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, rata-rata orang malaysia dari yang sekolah attap sehingga yang bergelar professor bersorak ria, happy dan yakin yak amat yang Malaysia akan mencorotkan Singapura dalam ranking corruption index dunia, of course kecuali saya lah, yang faham sangat hati budi pimpinan UMNO yang memimpin negara walaupun saya bukan seorang pandai bijak. Jadi apabila PDRM menangkap dan menahan seekor Asisten Komisioner dan dua ekor Asisten Superintendant SPRM kerana kowtim/samun, saya lah antara yang pertama mendabek dada dan berkata, “See, I told you so.”

Ini dah jadi lebih teruk dari kes musang jaga ayam atau kes pagar makan padi. Kalau dah pegawai tinggi SPRM sendiri tiada integriti, siapa lagi yang boleh diharap untuk awasi integriti rakyat dan pemimpin malaysia. Tapi fikir punya fikir, memang patut pun rakyat Malaysia dapat badan pencegah rasuah yang pegawai kanannya sendiri pulak tu, kena tangkap rasuah. Bak kata orang kampong saya, “You deserved the governance that you get”.

Cuma satu sahaja pinta saya daripada kawan-kawan yang masih dalam PDRM. Jangan biarkan walau sesaat pun pegawai-pegawai kanan SPRM ini berseorangan dalam bilik soal-siasat anda. Bukan apa. takut depa pakat bunuh diri, terjun dari tingkap pejabat polis. Cukuplah setakat tahanan atau saksi SPRM sahaja yang bunuh diri.

Hingga jumpa lagi dari Uncle B, yang dulu, kini dan selamanya, tidak akan percaya dengan cakap-cakap orang UMNO.

Calo!!!!!!

Monday, 26 September 2011

UNCLE B IS BACK

To all loyal friends cum readers who has rightfully complained that I have abandoned Kaca Mataku, my apologies once again. I last wrote on 11th August 2011 and it’s almost two months now. I could offer a thousand and one excuses for doing so but that would put me in the same league as the Barisan Nasional leaders who gives a trillion sebabs on why they have to remove or reduce subsidies on goods essential to the suffering rakyat but stupidly carries on with non money making mega and ego building projects that bleeds the country dry and does no good to the working class. And I hate to be in the same Hari Raya Open House with BN leaders.

So here I am back again. I initially thought of forgetting about my 10 sen worth of comments on the malaysian state of affairs, and of course, the Royal Malaysia Police. After all, it is extremely frustrating to give air to your thoughts, hoping against hope, that it would create a ripple that would cause a political tsunami more devastating than that of March 2008. Alas, Malaysians are an extremely gullible lot, otherwise how can the African conmen fleeced Malaysians of millions of ringgit through internet scams.

Nak katakan orang Malaysia bodoh, tak juga, sebab dalam negara yang tak seberapa besarnya ni tetapi cakap je besar – Malaysia Boleh konon, kita dah ada beratus-ratus universiti awam dan swasta yang berjaya melahirkan beribu-ribu certificated lemons setiap tahun. Kalau dulu kita baling batu dalam himpunan, teramat tinggi keberangkaliannya, batu tersebut akan kena kepala seorang Dato’, hari ini jika kita meludah dari atas jejambat, gerenti kena kepala seorang graduan universiti.

Masih tak percaya bahawa ramai lagi daripada orang kita, terutama melayu dan terselit juga india dan cina yang masih pandir, masih boleh diperkayukan dan diperbodohkan? Jika orang Malaysia dah pandai berfikir dan mengkaji sejarah, masakan terkinja-kinja, terlompat-lompat dan tersengih bodoh ramai ahli politik kita, orang akhbar, golongan bijak pandai, pemerhati politik , graduan dan mereka yang sekaum dengannya apabila mendengar pengumuman Najib anak Razak, akan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Kalau anda mahu percaya cakap-cakap kosong para menteri BN dan mengundi BN dalam pilihanraya akan datang, teruskan dengan niat tak berapa pandai anda itu. ISA akan diganti dengan Race Relations Act dan Anti Terrorism Act ala Patriots Act, USA (United Satan Alliance) di mana jika anda orang Timur, berugama Islam, pakai serban & jubah, lebih gemar berzikir daripada berkaraoke, anda boleh ditahan sepanjang hayat tanpa bicara kerana anda menepati profail seorang pengganas. Pemimpin Amerika bukan bodoh, sebab tu Malaysia ambil syarikat PR Yahudi yang beribu pejabat di Amerika untuk naikkan imej Malaysia di kalangan rakyat sendiri. Jika mereka (AS) namakan Patriots Act dengan nama American Internal Security Act misalnya, dah pasti rakyat Amerika akan kutuk presiden mereka. Jadi mereka tukar nama undang-undang mereka supaya bunyinya syahdu sikit.

Memang pandai budak Najib ni, umum akan mansuh ISA sebelum pilihanraya, BN akan kuasai parlimen balik dan terus menyonglap duit rakyat. Lepas it ganti ISA dengan Undang-Undang Anti Terrorism yang sebenarnya ibarat menuang air arak dalam botol Sirap Bandung. Adakah Uncle B akan tergula oleh auta budak Pahang ini? Tolong sikit. Uncle belum bodoh lagi.

Bye!! dari Uncle B, yang sampai kiamat akan saspek awek yang kata Uncle B macho dan handsome.