Saturday, 31 May 2008

PEMBANGUNAN MODAL INSAN ALA PDRM

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa umur persaraan akan dilanjutkan kepada 58 tahun dan mereka yang bersara pada atau selepas 1 Julai 2008 adalah layak untuk memilih opsyen ini. Dan jika saya memilih untuk melanjutkan perkhidmatan saya sehingga umur 58 tahun bermakna saya tidak perlulah memohon kerja sebagai jaga bank. Lainlah jika saya bersara sebagai pengarah di mana tidak kurang dua atau tiga directorship telah sedia menunggu walaupun borang persaraan belum lagi diproses. Buat masa ini saya sedang berfikir masak-masak dan mungkin akan sembahyang istikharah supaya saya dapat membuat pilihan yang baik. Yang menghantui saya adalah persoalan sama ada pencen saya yang secipot ini nanti cukup untuk membeli sebuku roti buat mengalas perut saya dan isteri. Apa tidaknya. Sekarang ni musim harga barang naik. Minyak naik, beras naik, tambang komuter naik, semua serbi naik. Cuma yang kadang-kadang payah naik dan bila naik cepat pulak turun adalah anu saya dan kawan-kawan yang sejenis dengan saya.

Selain dari itu saya juga bimbang jika saya bekerja dalam keadaan sekarang, saya akan menjadi nyanyok kerana Nabi Muhammad s.a.w. ada mengatakan bahawa jika kita duduk bersama sesuatu kaum selama 40 hari sedikit sebanyak kita akan menyerap tabiat-tabiat kaum itu. Tak kiralah tabiat baik ke atau tak baik.

Saya belumlah lagi nyanyok tapi nampaknya organisasi yang saya menjadi ahli ni dah mula menunjukkan tanda-tanda senility nya. By the way, adakah tulisan saya ini boleh dianggap sebagai seditious atau libellous ke? Bimbang jugak Yop, nanti kena tangkap dengan Mat Kampau pulak.

Apa tak nyanyoknya. Saya hampir mencarut marah apabila terbaca Arahan Pertukaran Pegawai Kanan Polis (Pegawai Diwartakan) Bil. 39/2008 bertarikh 28 Mei 2008 dalam E-Siar pada 29 Mei 2008. Dalam senarai pertukaran ini banyaklah nama-nama mereka yang bertukar kerana pelbagai sebab, naik pangkat ke, sebab job rotation ke atau ikut suka hati mereka sahaja termasuk mereka yang baru sahaja tamat pengajian selama 18 bulan dalam bidang Diploma Siasatan Saintifik (DSS) dengan kos lebih kurang RM 50,000 satu peserta. Ini adalah anggaran saya sahaja berdasarkan fakta bahawa kos pengajian Diploma Sains Kepolisan selama 12 bulan berharga RM 40,000 seorang. Kelulusan DSS ini penting kerana dengan adanya diploma ni bermakna polis tak perlu ikut methodology pegawai-pegawai tentera Amerika di penjara di IRAQ atau di Quantanamo Bay, Cuba, yang belasah orang untuk dapat maklumat. Selain itu saya yakin hasil siasatan secara saintifik ini akan menghasilkan 100% conviction rate and akan siap secepat Magee Mee.

Nak tahu kenapa saya hampir sawan apabila membaca Arahan Pertukaran Pegawai Kanan Polis (Pegawai Diwartakan) Bil. 39/2008? Sebab dalam senarai nama mereka yang ditukarkan keluar ke posting-posting baru selepas tamat pengajian DSS, terdapat mereka yang telah ditukarkan kembali ke tempat asal iaitu antaranya balik sebagai pegawai Cawangan Khas, pegawai jurutera Polis Marin dan beberapa jawatan lain yang tiada kena mengena lansung dengan siasatan. Apa dah jadi nih?

Setahu saya yang banggang ni sebab cuma ada diploma lanjutan pengurusan pentadbiran aje, antara matlamat utama sesuatu program latihan adalah sebagai persediaan untuk menjalankan sesuatu penugasan baru i.e. latihan asas nak convert orang awam jadi mata-mata atau inspekter, atau untuk mempertingkatan kemahiran dalam perlaksanaan penugasan semasa. Cubalah tanya budak-budak yang bakal masuk universiti, apa sebab dia orang pilih sesuatu bidang kajian. I can bet my last bottom ringgit, bidang tertentu dipilih kerana ia akan menjanjikan pulangan yang lumayan i.e. pekerjaan sesuai dengan kehendak pasaran semasa. Kalau mak bapak kita kaya tak apalah kita ambil bidang yang bukan-bukan asal dapat sijil untuk gantung dekat dinding bilik tidor. Kaya kah PDRM untuk membazir wang rakyat sebanyak RM 50,000 untuk memberi kelulusan DSS kepada seorang pegawai polis yang akan bertugas sebagai pegawai jurutera polis marin. Masa bila pegawai tu nak praktikkan apa yang telah dipelajari selama 18 bulan dengan RM 50,000 duit rakyat tu. Berlambak pegawai penyiasat yang terkial-terkial menyiasat dengan menggunakan ilmu yang dipelajari semasa di kampong, tiba-tiba bila ada pegawai yang ada kelulusan professional dalam bidang siasatan , tidak dimenafaatkan pulak kemahiran tersebut oleh pasukan. Bukankah itu not cost effective namanya dan satu lagi pembaziran wang rakyat?

Bagi yang faham apa itu post training evaluation tentu tahu bahawa penilaian pasca latihan bertujuan menilai sama ada program yang telah disampaikan memenuhi kehendak penugasan, kita lihat sama ada program latihan yang telah diikuti dapat mempertingkatkan mutu kerja peserta, adakah relevan module-module program latihan yang telah diikuti dengan keadaan sebenar di lapangan. Cuba duduk bertenang, jangan fikir pasal pangkat sebab saya tahu dalam PDRM ni, pangkat bercakap. Kalau Pak Pandir sekali pun yang berhujah tapi pangkat tinggi, tentu hujahnya diterima pakai. Cuba jawab soalan saya ni. Macam mana saya nak menilai keberkesanan satu kursus lanjutan Iman Masjid kalau saya hantar mama-san (kalau tak tahu apa ke bendenya mama-san, cuba-cubalah belajar-belajar pergi karaoke tapi minta kebenaran urusetia Tatatertib dulu) mengikuti kursus tersebut kemudian apabila tamat kursus imam tu saya tukarkan mama-san tu sebagai pengurus lounge VIP yang ada menyediakan perkhidmatan triple X. Amacam?

Dalam erti kata lain, apabila nak mencadangkan sesuatu program latihan, pertama kita kenalpasti dulu apakah kelemahan-kelemahan penugasan yang akan di address atau diperbetulkan oleh program latihan, kita buat training needs analysis. Kemudian kita pilih orang yang sesuai, berkenaan dan layak untuk mengikuti kursus tersebut. Apa ke jadahnya hantar accountant syarikat untuk kursus komunikasi berkesan dan jurujual dihantar untuk kursus diploma perakaunan. Lainlah akauntan tu nak ditukarkan sebagai jurujual dan jurujual ambil-alih jawatan akauntan. Logik tak? Last sekali apabila tamat latihan hantar balik atau tempatkan peserta kursus tu ke tempat di mana apa yang telah dipelajari dapat dimenafaatkan untuk kepentingan syarikat dan bukan untuk kepentingan peribadi.

Bercakap pasal perkara ni, terfikir juga saya kenapa isu lulusan DSS bertukar sebagai pegawai Cawangan Khas ke, pegawai polis marin ni boleh berlaku. Ada konspirasi kut? Macam ini. Misalnya hamba Allah tu ASP Marin, tak pernah buka IP. Rancang untuk jadikan dia OCCI dengan pangkat ACP dalam masa singkat. Nak cepat naik pangkat dalam cawangan marin lah sebab dia orang tu specialist. Ok, mamat tu dapat DSP kemudian Supt semasa dalam marin tapi kalau terus naik pangkat ACP sebagai OCCI mesti orang bising sebab kulit IP pun tak pernah tengok. Jadi masa pangkat ASP lagi hantar kursus DSS. Tamat kursus hantar balik ke marin untuk tentukan cepat naik pangkat. Selepas 6 bulan jadi supt dalam cawangan marin, keluarkan perintah pertukaran jadi OCCI dengan menyandang pangkat ACP. Orang tak boleh komplen sebab ada Diploma Siasatan saintifik meh!

Lebih kurang sebulan lalu saya telah diminta memberi input murahan saya kepada persoalan berzaman tok adam (dah 201 tahun dah umur polis) iaitu bagaimana nak mempertingkatkan mutu siasatan pegawai penyiasat PDRM. Apalagi saya cadanglah sistem mentor, sokongan logistik yang mencukupi, suasana kerja yang kondusif dan sudah tentu program-program latihan sebagai antara perkara-perkara yang boleh diimplimentasikan untuk memperkasakan mutu siasatan pegawai penyiasat PDRM.

Sayang sekali kalaulah Arahan Pertukaran Pegawai Kanan Polis (Pegawai Diwartakan) Bil. 39/2008 bertarikh 28 Mei 2008 menjadi benchmark kepada management dan human resource development practice PDRM, sampai dunia kiamat pun Pasukan Polis Diraja Malaysia tak akan jadi perkasa dan saya dengan ide-ide saya hanya membuang masa sahaja.

Sekian, selamat belajar dan naik pangkat.

Sunday, 27 April 2008

NASIHAT BESI BURUK KEPADA BESI BARU

Hanya tingal 9 bulan dan 4 hari sebelum saya mengucapkan selamat tinggal kepada Pasukan Polis DiRaja Malaysia yang telah saya beri 31 tahun 6 bulan daripada hidup saya ketika bersara wajib kelak pada 1 Februari 2009. Saya mungkin berumor 56 tahun ketika itu tetapi saya yakin dengan izin dan kehendak Allah s.n.w. saya tak akan dan belum lagi nyanyuk ketika itu.

Apa perasaan saya menunggu tempoh persaraan yang semakin hampir ini? Entah, saya pun tak tahu macam mana nak describe perasaan saya. Bak kata orang kampong saya, anxiety mungkin. Macam banduan yang duduk dalam death row dan kemudian warder beritahu esok hukuman mati akan dijalankan. Boleh tidur dan makan ke mamat tu. Hah! Macam tulah agaknya perasaan saya menunggu hari persaraan nanti. Barangkali taklah seteruk perasaan banduan death row tu tapi lebih kurang macam tulah. Anyway seperti biasa saya suka mengambil sikap “menyeberang jembatan apabila sampai kepadanya dan bukan memeningkan kepala cara mana nak menyeberang walhal kelibat jambatan pun belum nampak”.

Dah dekat nak bersara ni, kadang-kadang geram juga dengan kerajaan Malaysia. Jiran sebelah (yang saya tahu Thailand dan Singapura) dah berjeman tok adam (istilah orang Johor) umur bersara 60 tahun, kita masih terkial-kial nak buat viability study naikkan umur bersara kepada 58 tahun. Dah tu ambil masa berabad lamanya nak siapkan kajian. Ya! Rabbi, apa bezanya 58 tahun dengan 60 tahun. Barangkali pakar pengkaji kita bimbang jika umur bersara dinaikkan ke 60 tahun, lebih ramai pekerja yang tidor semasa bekerja sebagaimana contoh pemimpin nombor wahid kita.

Sebut tentang persaraan, satu perkara saya percaya akan berlaku kepada saya sebagaimana mereka yang telah terdahulu bersara daripada saya adalah kami akan dilihat, dianggap dan diperbuat sebagai besi buruk. Layak duduk di rocking chair dengan dikelilingi oleh cucu-cucu dan bercerita tentang exploits atuk semasa pakai uniform dulu. Itu pun kalau cucu sudi dengar dan tak bagi alasan nak buat homework sekolah. Nasib tak baik kalau ada cucu yang sudi dengar, depa tanya pulak. Kalau Atuk terror sangat masa dalam pasukan dulu kenapa pencen setakat Superintendent Polis aje. Walhal bapa kawan adik yang adik tengok macam blur aje pencen pakai keris. Tak ke terkedu kita dibuatnya.

Sekarang ni masa pangkat yang disandang masih valid untuk menerima tabik apabila bertemu dengan junior officer, masih ok lagi. Ada juga pegawai bawahan yang sudi mendengar celoteh kita sama secara sukarela atau paksarela. Kalau masa lunch break tu ada jugalah pegawai yang ajak pi lunch dah tu mereka bayar pulak tu. Kalau dah pencen nanti haram. Agaknya kalau saya telefon nak belanja geng yang masih berkhimat teh tarik (saya bayar pulak tu dengan duit pencen) macam-macam tugas nanti yang mereka kena buat. Nak bawa Chin Peng balik ke Malaysialah, nak buat money trail RM 1 trillion yang disonglap dari kerajaan Malaysia lah. Jadi sorry ye Pak Cik, bukan tak sudi tapi busy. Tapi ini lumrah hidup kan. Jadi saya dah lama bersedia untuk menghadapinya. Yang saya tak hairan sesen pun ialah kehilangan kuasa polis apabila bersara nanti kerana semasa dalam pasukan pun saya tak tak pernah menggunakan kuasa polis. Guna kuasa polis untuk tangkap orang jahat adalah tapi arah subordinates untuk bayar bil-bil letrik, air dan macam macam kerja peribadi belum lagi. Bahkan semasa anak perempuan bernikah dan bersanding dulu, ahli-ahli keluarga yang membantu menguruskannya. Tak ada lansong penglibatan warga PDRM di dalam urusan tersebut selain sebagai tetamu bahkan bunga telor pun tak ada tauke sponsor.

Kepada Mereka Yang Masih Jauh Dalam PDRM
Do I have any regrets after serving this police force for the last 31 years and soon to be leaving it? Tons of it. Tapi itu bukan salah PDRM tapi salah saya sendiri. Dukacita, saya jenis orang yang pandai memberi nasihat tapi tak pandai mengikuti nasihat sendiri. Kalau bagi nasihat tentang memajukan kareer melalui office politics sebagaimana diajarkan oleh Micheal Corda, sayalah orangnya. Bercerita tentang studying your social and working environment as a key to success, jangan tanya orang lain tanya saya dah memadai. Tapi apa dah jadi.? Bah kata arwah atuk saya “Those who can do those who can’t teach.”
Bagi mereka yang bakal saya tinggalkan dan yang masih jauh perjalanan dalam dalam PDRM, jangan jadi macam saya. Jangan work hard tapi work smart. Kerja rajin, komited, bersih, cekap dan amanah tidak selalunya menjanjikan kenaikan pangkat yang melonjak-lonjak. Lepas confirm naik pangkat. Confirm lagi nak pangkat lagi. Belum sempat gantong sijil dalam pejabat baru dah kena tukar ke pejabat yang lebih besar lagi.

Suatu masa dulu itulah yang telah diajarkan oleh senior-senior saya dalam pasukan. Uppermost dalam benak saya adalah kerja, kerja dan kerja. Keluarga dan diri sendiri jadi nombor tercorot dalam hidup. Saya mimpikan pencen dengan jawatan yang sesuai dengan pengalaman saya selama 32 tahun i.e. dalam suatu command post tetapi that is not to be. Sebaliknya saya akan bersara sebagai pegawai penyiasat. Dari zaman P.I. kena arah sampai nak pencen pun kena arah.

Semasa anak perempuan saya naik ke pelamin di hari persandingannya, saya hampir mengalirkan air mata kerana all of a sudden selepas 23 tahun baru saya sedar bahawa saya gagal bersama-sama anak perempuan saya semasa dia membesar. I have never been there when my daughter is growing up. Banyak events yang penting dalam hidupnya telah saya ketepikan kerana keutamaan terlampau yang saya beri kepada tugas. Semasa di sekolah rendah saya gagal hadir dalam concert sekolahnya di mana anak saya mengambil bahagian. Semasa hari penyampaian sijil cemerlang kerana mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR, saya sibuk dengan tugas. Bahkan apabila perlu terbang ke Australia kerana menyertai pertandingan band antarabangsa, saya tidak dapat menghantarnya di Airport Subang pun kerna taksub dengan tugas.

Tapi yang paling menyedihkan dan membuat saya meyimpan sedikit dendam terhadap PDRM adalah apabila saya tidak dapat berbual-bual dengan arwah abah sehari sebelum dia dimasukkan ke operating theatre untuk menjalani pembedahan dan apabila keluar, abah telah tidak sedar diri sehingga beliau meninggal dunia. Abah dijadualkan menjalani pembedahan pada jam 10 pagi 23 Disember 2003. Sepatutnya pada petang 22 Disember saya telah boleh melawat dan berbual-bual dengan abah di Hospital HUKM. Tapi oleh kerana mengendalikan kes NASCOM saya telah tidak dapat berjumpa abah sepanjang hari tersebut. Saya jangka dapat berjumpa abah pada pagi 23 Disember sebelum dimasukkan ke operating theatre. Sekali lagi kerana pentingkan tugas (kes NASCOM) saya telah tidak ke HUKM pada pagi tersebut kerana memikirkan saya akan dapat berbual dengan ayah pada petangnya. Malangnya apabila abah keluar dari operating theatre jam 5 petang, beliau telah tidak sedarkan diri dan saya hanya dapat melihat nafasnya turun naik sehinggalah abah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 10:23 malam 23 Disember 2003.

Apa yang saya dapat meninggalkan abah kerana taat kepada tugas? Penyangak kes NASCOM dapat dituduh di mahkmah kerana menipu tetapi sebulan selepas itu penyangak dan tali barutnya dalam PDRM telah menyebarkan surat tohmahan tanpa tanda tangan dan tak lama kemudian saya dan pegawai penyiasat saya bagi kes tersebut telah disepak ke Perlis dan Sarawak tetapi mujor dengan muka sedih dan kesian kami, rayuan diterima dan kami akhirnya terpelanting seorang ke Maktab Polis Kuala Kubu Baru dan seorang ke Maktab Polis Cheras. Dan habuan untuk kejayaan kami adalah disepak terajang dan hilang kekananan selama 2 tahun. Elok-elok berpeluang pencen sebagai ACP sebaliknya dapat pencen Supt. Wah Emah apa sekali pun sata tetap bersyukur kepada Allah s.n.w. kerana pangkat ini kerana masih ada senior saya yang masih ASP. Dalam keadaan ini salah ke saya kalau ada sedikit perasaan dendam kepada PDRM?

Negara Ada 96,000 Warga PDRM, Keluarga Anda Ada Anda Seorang
Apa pengajaran yang boleh diperolehi dari episode di atas? Malaysia ada 96 ribu warga PDRM untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awamnya tetapi keluarga anda hanya ada anda seorang untuk menjaga ketenteraman dan kebahagian mereka. Anda buatlah pilihan. Mana priority anda. Keluarga atau negara. Saya bukan menyuruh anda mengabaikan tugas tetapi bak kata boss saya semasa saya bekerja di Pernas Edar, sehari kita ada 24 jam tak lebih tak kurang. Lapan jam diperlukan untuk tidor (tolak campor 1-2 jam). Lapan jam lagi untuk bekerja bagi menyara hidup dan baki lapan jam untuk diri sendiri dan keluarga. Perlukah kita bekerja 18 jam sehari. Tepok dada tanya selera.

Duduk Dalam Kebun Durian
Nasihat kedua yang boleh saya turunkan, itu pun kalau anda sudi membacanya ialah anda perlu memahami working, social dan political environment di mana anda bekerja dan hidup. Zaman Khalifah Islam seperti Umar dan Abu Bakar, anda boleh berkata tidak (macam iklan kempen anti merokok pulak). Pengikut pemimpin Islam di waktu itu boleh memberikan pandangan peribadi mereka tanpa takut di ISAkan, dipancung kepala atau disimpan sejukkan (cold storage) atau dibuang daerah. Dalam environment sekarang, bolehkah anda berbuat demikian? Tanya diri sendiri. Mana yang lebih selamat untuk kareer anda. Jadi yes man atau no man. Cari jawapannya.

Di akhir perkhidmatan saya dalam Cawangan Pencegah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian saya pernah memberi nasihat kepada pegawai dan anggota saya. Kita ibarat duduk dalam kebuan durian yang pokoknya sarat dengan buah durian. Pokok jangan digoyang takut dihempap dahan reput. Durian jangan dijolok takut terjolok sarang tebuan. Tunggu durian jatuh. Itu pun jangan dikopek dulu. Tanya dulu siapa tuan punyanya. Jika tiada tuan baru dibelah. Itu pun jangan terus dimakan periksa dulu isinya sama ada mengkal, berulat atau baik isinya, baru dimakan. Dan kalau dimakan pelawa-pelawa lah orang yang mungkin ada disekeliling anda terutama kalau orang disekeliling anda itu sasa-sasa badannya. Jangan jadi bodoh. Kalau saya ikutlah nasihat saya sendiri ni tak payahlah saya risau-risau bila pencen kelak. Ini tidak. Sekarang ni tengah melilau cari kerja sebagai security guard. Itu pun kalau ada yang sudi nak employ orang tua 56 tahun yang ada diploma (belajar duit sendiri bukan biasiswa kerajaan atau duit kowtim) untuk jadi jaga.

Work Smart Not Work Hard
Akhir sekali work smart jangan work hard. Seorang senior manager di tempat adik saya bekerja di Cargill Foods, Kelang pernah memberitahu adik saya. You must not only be working but you must be seen to be working. Anda bukan sahaja perlu bertungkus lumus menyiapkan kerja tetapi anda perlu dilihat sedang bekerja. Ingat. Anda bukan sahaja perlu bekerja tetapi anda perlu dilihat sedang bekerja. Barang baik sekali pun kalau tak ada iklan tak ada orang akan tahu tentang quality produk anda. Tanyalah orang yang pakar dalam bidang advertising dan marketing. Barangan kurang bermutu sekali pun (mediocre) kalau dipackage dengan betul dan iklannya canggih orang akan tertarik membelinya. Tak percaya tanyalah awek yang cun melucun dan tinggi hemah serta budi bahasanya tapi tinggal di ceruk atau ulu kampong. Ada tak agaknya orang seperti Dato’ K. Dato’ M atau apa-apa Dato’ lah nak datang melamar buat isteri. Tapi kalau rupa layak jadi finalist pertandingan ratu cantik daerah, budi bahasa hampeh tapi body dan dressing kelas gitu tambah pulak asyik menebeng tempat VIP-VIP selalu berlonggok dah tentu sekejap laku. Jadi isteri nombor dua pun tak apelah. Paling tidak bontot kena raba dengan VIP tak kira menteri ke bekas menteri. Mana lebih glamour dik, kena raba dengan VIP atau kena senggol dengan kuli batak. Ini reality hidup dik bukan teori. Teori simpan kat universiti aje. This is real life.


Fuhyuh!! tak sangka posting kali ni dah menjangkau 5 muka surat. Biasalah. 37 tahun pengalaman bekerja mana nak letak. Sehingga posting berikutnya, do visit blog saya nih, beritahu kawan-kawan dan salam dari:-
Bakal Pesara Polis

Wednesday, 23 April 2008

MY APOLOGIES, THE 12TH PRU AND THE RMP AFTER 201 YEARS

The last time I visited my own blog was on 12th December 2007. Back then I was seriously thinking of just letting my blog die a natural death. There was scant traffic to my blog even from among my police friends to whom I’ve never miss pointing out that I have a blog of my own. Coupled that with being a first time grandfather with a granddaughter who insists on sitting on my lap everytime I faced my laptop, there’s not much time I can spend putting my thoughts to PC. In fact that was what I was doing since then. Letting my blog meninggal dunia naturally. But then came along 2 readers who suggested that I continue writing for whatever it’s worth. But what really makes me sit up and decides to continue writing was a Special Branch friend of mind who wants to know whether I’m still blogging. Short of being sombong because my blog caught the attention of at least one Special Branch officer, it is my secret wish that my blog are among those that the Special Branch monitors. Hey! That’s an achievement man. Attention given by the Malaysian spy agency to well known and widely read bloggers/blog sites is expected but if the spies are really monitoring every posting of mind, wow! Anyway here I am and Allah s.n.w. willing, I will revive my blog.

My Apologies
For this posting, I would like to tender my sincerest apologies to all Malaysians and Johoreans who have voted in the Pakatan Rakyat in the last (12th) general election in five states especially Penang, Selangor & Perak, denied Barisan Nasional it’s 2/3 parliamentary majority and made inroads in the UMNO fortress of Johor. I apologised for saying that most Malaysians especially Johoreans are gobloks (morons) for voting in BN and UMNO in Johor election after elections in spite of those they voted in plundering the country for their own benefits year after year. I guess finally malaysians have had enough just as I have had enough of Barisan Nasional politicians especially those from UMNO just after the former PM Tun Mahathir Mohammad came into power.

I have only one post election wish. That all those who have voted in the opposition gave them some time to put things right and to prove themselves (the opposition) as credible administrators of our states and nation. Do not expect the opposition to do in 4-5 years what Barisan Nasional has not been able to do in 50 years. That is why the recent setting up of an organisation to look after malay rights is a laughing matter to me. UMNO has not been able to look after malay rights for the last 50 years in spite of the NEP and yet now when 5 states are in the hands of non BN politicians, they (UMNO) is talking of malay rights. Let’s be honest gentlemen and ladies of the United Malays National Organisation. Are you honestly fighting for ketuanan melayu or are you fighting for ketuanan UMNO. Which is which?

Enough about UMNO, let’s talk about the Royal Malaysia Police. With about 10 months left before I bid goodbye to a police force in which I would have served for 31 years 6 months on my retirement date on 1st February 2009, I couldn’t help but wonder at the police force today.

The 201 Years Old Royal Malaysia Police
The RMP is now 201 years old. When I first joined the force as a probationary inspector on 3 July 1977, my unform was the old blue and khaki uniform. It was not gazette then as the official uniform of the RMP and it was never gazetted when the uniform was changed to the dark blue that we are using now. I therefore can safely assumed that even the uniform that I am wearing now is not gazetted. Correct me if I am wrong. But if am right, what are we doing for the last 201 years. In other words anyone can wear the police uniform and as long as you never claim that you are a police officer, it will be very difficult to charge you for impersonating a police officer unlike the military jungle green and camouflage uniform which was gazetted. Can someone correct me on this please.

About 10 years ago Anwar Ibrahim received that famous black eye courtesy of one of my former IGP for calling the police anjing kerajaan. As a police officer, I too was angry at that statement because as far as I am concern I was, am now and will still be until I retire, an anjing rakyat. I served the public and not any political masters. Furthermore, I may not be much to look at then, even more so now but there’s no way even my enemies can say that I look like a dog.

If I am not mistaken the Communist Party of Malaya nicknamed the police running dogs. I asked an expert who told me that the term was used because dogs follows the command of it’s masters blindly and quickly. By the way dogs do not read law and they don’t swear to God to serve without fear or favor. Then again now that I am nearing the end of my career in the force, I asked myself. Did Anwar know what I did not know earlier. There was a fairly large demonstration in front of Komtar, Penang when Lim Guan Eng announced that he’s going to put aside the NEP in administrating Penang. Even an orang asli from Perak knows who’s behind it but was anyone from that demo or it’s organizers called up to have their statements recorded. Not that I know of but maybe I was too busy looking for a post retirement job to notice such news in our independent national newspapers and television channels. When the new Selangor government approved the setting up of a pig farm again there was a big demonstration in front of the Selangor State Government Building in Shah Alam. This one even a blind and deaf observer from Timor Leste knows who’s behind it. Again no news of any arrests or the organizers called up to give their statements. By the way where were the famous FRU water cannons on these 2 occassions. Water shortage or chemical shortage kut!

Imagine my surprised when within 24 hours, the organizers of the 14 April dinner in Kampong Baru was called up to give their statements. Wah! Why like this one meh!! Got two types of law ahh! One for common people, one for special & privilege people. As I was saying earlier maybe Anwar knows something I did not.

p/s. To those guys and girls reading this blog for the noble purpose of safeguarding the safety and security of our beloved nations, I have only one thing to say. Malaysians after 50 years of independence given (not from) by the MatSallehs in Westminster was and are still being colonialised. This time not by the whites but by our own Malaysians. If Ahmad Boestamam and others like him are jailed by the orang putih for speaking their (the real independence fighters) mind, we can now be jailed for telling the truth by our own fellow Malaysians.

Until we meet again. Ciao! from this Johorean who thinks he is a Singaporean.

Thursday, 13 December 2007

CALLING IT QUITS

It has been more than 45 days since I made my last posting. A lot of water has gone under the bridge since then especially where my country of birth, Malaysia, is concerned. The BERSIH rally of 10 November, the violent HINDRAF rally and the subsequent circus of arrest, release, rearrest, claims, counter-claims and of course the incessant talk but no action from our very own Prime Minister. Maybe Pak Lah has his own reason for doing what he's doing or rather not doing. After all how could a mere mortal like me be made privy to all the higher machinations of governance of a sovereign nation.
When I first put up this blog, I had an ulterior motive actually. Yes, it was meant to record my views about life in general, specifically the country that I am living in now. However I had this grandiose idea that my views no matter how scatter-brained, could spark discussions on the state of affairs in this country which in turn would lead to an about turn in the mindset of the thinking population. And soon this will ultimately brings us to an Utopian Malaysia. But then again, do Shangri-La really exist or is it just a figment of the imagination.
Can blogs really helped to shape the destiny of the masses or at the very least offer a differing view points to the ordinary layman on the street? This is the question that I have been asking myself of late. Or are blogs just an ego trip for the blogger? What is the rate of internet penetration, of IT literacy in Malaysia today. What is the ratio of urban to rural population and how pervasive is the internet usage i.e. reading of blogs in the rural areas. Why is the rural population important? Because this is where the BN controlled government gets its' majority to run this country. Therefore if blogs are meant to offer alternative views with the hope of altering the mindsets of the population but are not available to the majority of the voting public, what is the use of blogging then? Get my drift?
Even if every single citizen has access to the internet, do you think they will bother to read the blogs. According to a recently done authoritive survey, Malaysians read only a page of written material a year. One page a year! and you expect Malaysians to read the blogs. Dream on. Just visit any cyber cafe. What are they doing there? Reading the blogs, gathering knowledge from the World Wide Web or just playing games.
Can 1 man makes a difference. The prophet Mohammad p.b.h. maybe but surely not me. I have tried, honest to Allah s.n.w., I have tried, both in my official and personal life. I have been throwing ideas, views, left, right, center, up and down but to no avail. Where Malaysians are concern whether the educated or the uneducated ones, the words of Hendrik Willem van Loon, a Dutch-American journalist and lecturer (1882-1944) rings true.
"Any frontal attack on ignorance is bound to fail because the masses
are always ready to defend their most precious possession - their ignorance"
If a lawyer like Uttayar Kumar does not understand the meaning of ethnic cleansing, what can you expect of simple kampong folks.
I am seriously thinking of closing down this blog. The very least I will leave it in limbo. Neither here or there. I dunno, let time decide.

Wednesday, 24 October 2007

GOBLOK SANGAT KE ORANG MALAYSIA

Malam tadi 23/10/07 semasa menonton berita TV3, tiba-tiba badan saya mengeletar, menggigil dan saya percaya tekanan darah naik. Apa tidaknya, mengikut Badan Pencegah Rasuah (sebenarnya Badan Pelindung Rasuah), pembelian beberapa peralatan seperti pen & buku teknikal, jack kereta, dll, (sebagaimana dilaporkan oleh Akauntan Negara) yang melebihi harga pasaran terbuka oleh agensi-agensi kerajaan tertentu adalah munasabah. Alasannya kos untuk membawa masuk barangan tersebut, jaminan kualiti oleh pembekal dan kos sampingan seperti masa yang diambil oleh pembekal untuk menerima bayaran dari kerajaan.

Mana tak seksa telinga mendengarnya. Saya tak tahu siapa yang bodoh di sini. TV3 kerana menyiarkan kenyataan tersebut, saya kerana mendengar berita berkenaan atau Ketua Pengarah BPR yang mengeluarkan kenyataan yang saya rasa Bangla pendatang asing tanpa izin yang tak sekolah pun tak tergamak nak keluarkan.

Kos import yang tinggi? Habis tu, macam mana pembekal yang boleh jual dengan harga murah bawa masuk barangan tersebut. Barang seludup kot ataupun barang tempatan yang tak ada kualiti macam kereta buatan Malaysia.
Jaminan mutu? Lah tu, kalau beli dengan harga murah tak ada jaminan mutu ke.
Bayaran lambat oleh kerajaan dan pembekal kroni kena bayar bunga pada bank kerana pinjam duit untuk buat business dengan kerajaan. Kata, bawa pimpinan cucu tok arab ni, semuanya cepat. paling koman 3 bulan dah terima bayaran. Berapa sangatlah bunga yang perlu dibayar sampai letak harga tak kurang 3 kali ganda harga pasaran.

Perkara macam nilah yang buat aku menyesal jadi rakyat Malaysia. Dahlah yang mentadbir negara satu kaum dengan jenis penyamun & penyangak tetapi cuma terhormat aje, rakyat Malaysia pulak samdol. Terima dan biarkan aje VVIP (Very Very Important Penyangak) ni menghabiskan duit rakyat. Kemudian bagi alasan bodoh untuk tutup pekong.

Aku tak tahu nak kata apa lagi. Yang aku pasti, india kacang putih, cina karung guni dan buruh pass darjah 6 melayu di Singapura pasti pecah perut ketawa mendengar & melihat benda kalut macam ni di Malaysia. Sekarang baru aku faham kenapa bangla, indon, china girls, dan 1001 jenis PATI lagi suka sangat masuk ke Malaysia dan bukan ke Singapura. Walhal di Singapura gaji kuli kang lebih mahal di Singapura berbanding Malaysia. Dah tu duit dia orang 2.3 kali ganda lebih mahal dari duit kita.

Nak tahu jawapannya? Sebab, pemimpin Malaysia, aparatus kerajaan dan rakyat Malaysia boleh dibeli dan diperbodoh-bodohkan dengan mudah.

Akhir kata dari saya. SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA. BIARKAN-BIARKAN.