Wednesday, 23 July 2014

BALA BALA


Sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan musibah yang menelan ratusan nyawa dan sekali gus mengheret negara ke persada dunia seperti mana yang sering diidamkan oleh pemimpin kita, waemah terkenal secara negatif sekali pun. Dalam tempoh tidak sampai 6 bulan, Malaysia, melalui MAS, telah kehilangan 2 buah pesawat udara. 536 orang terkorban.
Kalau Malaysia dan dunia terkejut dengan apa yang berlaku, MAS pastinya shell shocked dan terkedu, sebab yang dilihat di hujong terowong yang telah sedia gelap ialah MAS bengkrap dan diambil-alih oleh SIA. Tapi ini tidak akan berlaku kerana selagi ada rakyat malaysia untuk diperah, kerajaan tidak akan membenarkan GLC-GLC buntang dan mati kering begitu sahaja. Maruah negara dan bangsa perlu dijaga.
 
Apa pun terjemahan orang lain mengenai bencana yang berlaku, saya memilih untuk mengintepretasikan nya dari sudut pemandu ambulan dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan dailognya, “Bala Bala”.

Renung kembali. Bermula dengan kes Altantuya. Walaupun ketika itu saya sendiri tidak menganggapnya satu bala, musibah yang menimpa negara tidak berhenti di situ sahaja, kes ragut meningkat, pembunuh upahan bermaharajalela. Kemudian Lahad Datu kena ceroboh, 10 orang anggota keselamatan terkorban, dikuti dengan 1 penculikan setiap bulan di perairan Sabah sehingga memuncak kepada 1 pembunuhan dan 1 penculikan anggota polis, baru baru ini. Lokos sangat ke sistem pertahanan negara kita. Itu belum lagi mengambil kira jet jet pejuang Tentera Udara Republik Singapura yang dengan sewenang-wenangnya dan penuh sombong masuk ke ruang udara kita tanpa TUDM mampu menghantar sebiji jet pun untuk memintas. Bala Bala.  Kaum bukan melayu dan bukan islam semakin kurang ajar terhadap orang melayu dan Islam. Ini lagi Bala.
Saya ada dengar ustaz  kata apabila sesuatu kaum atau negara itu telah penuh dengan maksiat dan rakyat serta pemimpin mengabaikan peraturan dan hukum Allah dan tiada siapa pun dari kalangan mereka yang mampu, sanggup mengangkat tangan untuk membetulkan keadaan, maka Allah akan menurunkan bala NYA  ke atas kaum tersebut.

Inikah yang sedang menimpa kita sekarang? Fikirkan.

Hingga jumpa lagi, Inilah Malaysia kita!!!!

Thursday, 26 June 2014

KITA SERUPA

Peristiwa pegawai pegawai imigresen menemui seorang remaja lelaki OKU berusia 15 tahun dalam sebuah unit rumah pangsa di Nilai, Negeri Sembilan, menyentap rohani rakyat Malaysia seketika. Tak perlu digambarkan keadaan unit tersebut atau keadaan remaja OKU itu, yang berseorangan apabila ditemui. Satu dunia, paling tidaknya satu Asia Tenggara, telah dapat melihat video clip dan gambar gambar “mangsa”. Saya percaya anjing atau kucing peliharaan manusia pun diberi tempat tinggal dan penjagaan yang jauh lebih baik daripada apa yang diterima oleh pemuda malang ini. Paling sedih, kita berpeluang melihat gambar pemuda ini semasa dia masih “sihat” dalam jagaan ibunya. Kenapa tiba tiba dia diabaikan.

Peristiwa sedih ini, mengajak saya bertanya. Apakah yang membezakan manusia dengan binatang.

Adakah keupayaan berfikir yang menjadikan kita manusia. Jika benar, apakah yang terfikir dalam minda si ibu sehingga sanggup “menyeksa” anak sendiri sedemikian rupa. Saya pernah melihat seorang lelaki melayu memberhentikan keretanya ditepi jalan yang sibuk dengan kenderaan untuk berlari ke tengah jalan bagi menyelamatkan seekor anak kucing yang terkandas di divider jalan. Lelaki ini terfikir barangkali, walapun binatang, dia sebagai manusia perlu menyelamatkan satu nyawa anugerah Tuhan. Manusiakah lelaki ini kerana dia boleh berfikir.

Saya juga pernah menonton satu program TV terbitan US yang menayangkan video klip video klip kiriman penonton yang merakamkan peristiwa aneh, lucu dan unik yang pernah berlaku. Salah satu dari klip tersebut merakamkan bagaimana seekor anjing menyeberang ke tengah lebuhraya 6 laluan untuk “menolak” ke divider jalan, bangkai seekor anjing lain yang mati dilanggar untuk mengelakkan bangkai tersebut dari hancur kerana berterusan dilanggar. Apakah anjing yang seekor ini punya perasaan. Manusiakah anjing ini kerana  ia mempunyai perasaan kasihan.

Adakah kerana manusia ada 2 kaki dan 2 tangan dan berjalan atas 2 kaki, maka kita layak dijenamakan manusia. Chimpanzee juga boleh berjalan menggunakan 2 kaki, walaupun lazim berjalan dengan keempat empat kaki dan tangan. Jika begitu, manusiakah beruk yang boleh berjalan atas dua kaki?  Atau pun seperti tajuk lagu Zainal Abidin Headwind, “Kita Serupa”  …….. tetapi ……… kita serupa dengan beruk.

Esok, lusa atau bila bila masa anda berada di tengah-tengah kelompok orang yang lazimnya diiktiraf sebagai manusia, cuba berhatikan tingkah laku dan perangai mereka. Paling tidak, baca cerita mengenai tingkah laku dan perangai kumpulan yang dikelaskan sebagai manusia ini, seperti “mereka” yang mengabaikan remaja OKU di atas, dan tanya diri sendiri. Tingkah laku dan perangai manusiakah yang sedang aku lihat ini atau perangai binatang. Jadi, siapa manusia dan siapa binatang.

 Hingga jumpa lagi. INILAH MALAYSIA!!!

Tuesday, 17 June 2014

BUKAN DUIT KITA DUIT RAKYAT

Tidak lama lagi, Parlimen Malaysia akan meluluskan pindaan kepada Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membolehkan penubuhan satu panel khas dalam LHDN. Panel ini diberi kuasa untuk melaburkan wang cukai pendapatan yang dikutip dari rakyat dalam apa juga sektor perniagaan yang “mereka’  suka.
 
Saya amat menyokong pindaan ini kerana dengan kebijaksanaan menteri kewangan kita, Malaysia sekarang telah memperluaskan lagi ruang untuk melaburkan wang rakyat melalui pelbagai agensi kerajaan. Kita ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, ada Khazanah Nasional dan sekarang wang rakyat yang dicukai pun boleh dibuat modal pelaburan. Saya percaya sungguh bahawa mereka yang diamanahkan dengan wang rakyat ini akan menguruskan dana yang ada dengan baik dan berwawasan demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara.
Untuk sementara waktu ini, kita lupakan sahaja bajet defisit negara sejak 16 tahun yang lalu, projek PKFZ yang lesap RM 12 billion atau projek lembu RM250 juta dan banyak lagi pelaburan pelaburan atau projek projek yang sedap mata memandang tapi sakit rasa di poket rakyat..   

Bercerita hal melaburkan duit orang dan bukan duit sendiri ini, saya teringat satu episod semasa saya chief inspekter dulu. Mes Pegawai Kanan PDRM telah memanggil satu EGM untuk mendapatkan persetujuan ahli ahli mes untuk melaburkan lebihan wang kutipan keahlian mes, yang kalau saya tidak silap, bernilai RM 1.5 juta, ketika itu. Koperasi polis akan dilantik menjadi fund managernya. Seperti biasa kami ahli mes diberi peluang untuk menyuarakan pendapat masing masing, menyokong atau tidak. Dan seperti biasa juga, kesemuanya menyokong kebijaksanaan AJK Mes dan KPN (Tun Haniff Omar) untuk melabur wang tersebut dengan koperasi polis sehinggalah seorang chief inspekter bangun menentang.

Dua sebab dikemukakan, satu kerana ianya bertentangan dengan Perintah Am Kerajaan Bab D yang melarang agensi kerajaan terlibat dalam speculative trading i.e. pasaran saham dan kedua, track record Koperasi Polis sebagai pengurus dana. Saya beri contoh kegagalan Koperasi Polis dalam menguruskan wang ahli koperasi yang dilaburkan dalam SKP Glass dan SKP Trading. Senyap, ….. tiada seorang pun yang berani menyokong saya.  Oleh kerana kami berada dalam sebuah negara demokrasi, maka pihak Mes juga mengamalkan kaedah demokrasi. Undian dijalankan dan suara ramai bersetuju untuk wang RM 1.5. juta milik ahli mes dilaburkan. Saya akur dengan keputusan tersebut kerana kita mengamalkan sistem demokrasi.

Sehingga hari ini, saya tidak tahu sama ada Mes Pegawai Kanan Polis telah sarat dengan duit keuntungan pelaburan atau masih terkial-kial untuk bergerak dengan yuran kutipan ahli yang ada. Wallahhuallam.

Hingga jumpa lagi. INILAH MALAYSIA!!!

Sunday, 15 June 2014

SALAH SIAPA

Semenjak dua menjak ini, ramai hero hero melayu bangkit mengingatkan orang melayu bahawa jika mereka tidak berhati hati dan berpihak kepada kumpulan yang salah, hak orang melayu akan hilang, tanah melayu akan dirampas, ketuanan melayu terhapus dan maruah melayu dipijak pijak. Menakutkan, terutama untuk pakcik makcik abang kakak dan adik adik di kampong, yang malangnya masih tertaklok kepada media sebaran perdana untuk sumber kebenaran mereka.

 
Merungkai senario “mereka” lawan “kita” ini, saya tertarik dengan pandangan seorang pengikut setia Malaysian Insider, yang telah mengulas mengenai gesaan tauke cina YTL Corporation supaya kerajaan memberhentikan amalan crony capitalism. Pengikut setia ini mengingatkan kita bahawa tauke cina yang sama jugalah yang telah meraih keuntungan besar hasil daripada crony capitalism dan penyiksaan kewangan terhadap rakyat, yang majoritinya orang melayu, apabila Mahathir (orang melayu berdarah India) menghadiahkan konsesi IPP kepada YTL Corporation (milik tauke Cina). Ini membolehkan kerajaan memaksa TNB membeli elektrik dari YTL dengan harga 20 sen seunit berbanding harga 8 sen seunit jika TNB diberi peluang untuk menjananya sendiri. Mengambil kira kos kos lain, dengan tenaga yang dijana sendiri, TNB boleh menjualnya kepada rakyat, yang majoritinya melayu, dengan harga cuma 17 sen seunit berbanding harga 32 sen seunit apabila TNB dipaksa oleh kerajaan untuk membeli tenaga daripada IPP milik bukan melayu.
 
Menurut penulis, “Tycoon tycoon ini, Melayu, Cina dan India adalah golongan super  istimewa negara. Mereka menikmati status khas melebihi daripada golongan bumiputera picisan sendiri”. Kaum elit melayu dan elit bukan melayu  mempunyai hubongan baik antara satu sama lain dan masing-masing telah memperolehi keuntungan daripada perhubongan baik ini.
 
Walaubagaimana pun, untuk menghalalkan kedudukan mereka sebagai political masters negara, golongan elit melayu ini perlu menanamkan perasaan tidak selamat dan curiga terhadap kaum bukan melayu di kalangan orang melayu. Kumpulan kumpulan pelampau  yang menyamar sebagai NGO melayu membantu menerus dan mengekalkan perasaaaan takut dan bimbang ini.  Mereka harus menyakinkan bahawa orang melayu memerlukan perlindongan daripada kaum  elit melayu sahaja supaya hak mereka tidak dirampas.

Kata penulis lagi,  “Momokan elit melayu bahawa kaum Cina dan India berhasrat untuk menjahanamkan orang melayu adalah jauh dari benar. Jika ada pun penceroboh penceroboh bukan melayu yang  mahu menjahanamkan orang melayu dan Islam, ianya hanya berlaku kerana ada golongan melayu sendiri yang bersubahat dan bersekongkol  dalam komplot jahat ini.
 
Teropong sahaja ke Johor Baharu sekarang, terutama di  Wilayah Iskandar, Johor. Idea dan kelulusan  elit  kaum manakah untuk membangunkan Wilayah Iskandar, yang sebahagiannya adalah tanah rezab melayu. Kaum elit mana pula yang diberi kelulusan untuk bina perumahan mewah di Johor Bahru dan Iskandar yang tidak mampu dimiliki oleh bumiputera kelas kodi tetapi dengan mudah sahaja dimiliki oleh cina dari China, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan melayu elit.
 
 INILAH MALAYSIA!!!

Tuesday, 27 May 2014

APA DAH JADI

It has been a very long while since I have posted in my blog. Now that I have started to put fingers to keyboard, I am not very sure, whether I will continue writing again or just let  Kaca MataKu die a natural death. It is not safe anymore in Malaysia. Not safe to walk on the streets, not safe to drive in, not safe taking public transport (especially the buses) and not safe for your kids to play in neighbourhood park (if there is one).  Certaintly it is not safe for you to voice your opinions on paper or vocally and worst of all, it is no longer safe to be a policeman. What has the government of the day done to this country?
A housewife is facing a jail sentenced for saying her mind about terrorism on facebook or her blog, if I am not mistaken. I do not suscribe to physical violence because violence only begets violence. So if she is really involved, I mean really involved, in terrorist activities, by all means, throw the law books at her or even hang her, if it helps to stop further violence. But to put someone on trial just because she has an open mind or a big mouth, that is something else.
 
Granddad used to tell me that Allah s.a.w. will not record it as a dosa (sin) if you think about doing a sinful act. Should you abstain from doing that sinful act, Allah will record a merit (pahala) for not carrying out the sinful act.  On the other hand, even if you only think about doing a good deed but did not carry out the good deed,  Allah s.a.w. will still record a pahala for you. Should the good deed materialised, Allah will record 10X pahala for you. That is Allah s.a.w. in all His Greatness. And here we have mere slaves who thinks they are gods in this country. Astargfirrullahhalazim!!

theSun, frontpage, 17 May 2014, reported a case of a young policeman on a police motorcycle being deliberately rammed by a criminal gang look out vehicle. The policeman with a colleague on 2 different motorcycles was chasing a car with 3 criminals inside, who has just robbed a cigarette delivery van. The incident which happened in Selama, Perak caused the life of the young policeman.  
 
When I was growing up in the early 60’s, parents will threatened to call the mata-mata  if their kids failed to toe the line. Today criminals, (who were once indisiplined kids, maybe), kills policemen, who tries to bring criminals to book. What is this country coming to?
I won’t answer that question because answering that question can lead me to court, thank you. To paraphrase General Patton, “You don’t save the country by going to jail for it, you save your country by letting the voters suffer the consequences of choosing the wrong government”.
 
Until we meet again, if I still have the courage to write, salam from Uncle B, who will always vote for my wife of 34 years over those SWT (sweet young things), who might look good only on the outside.