Tidak lama lagi, Parlimen Malaysia akan meluluskan pindaan kepada
Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membolehkan penubuhan satu panel khas
dalam LHDN. Panel ini diberi kuasa untuk melaburkan wang cukai pendapatan yang
dikutip dari rakyat dalam apa juga sektor perniagaan yang “mereka’ suka.
Saya amat menyokong pindaan ini kerana dengan kebijaksanaan menteri
kewangan kita, Malaysia sekarang telah memperluaskan lagi ruang untuk melaburkan
wang rakyat melalui pelbagai agensi kerajaan. Kita ada Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja, ada Khazanah Nasional dan sekarang wang rakyat yang dicukai pun boleh
dibuat modal pelaburan. Saya percaya sungguh bahawa mereka yang diamanahkan
dengan wang rakyat ini akan menguruskan dana yang ada dengan baik dan
berwawasan demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara.
Untuk sementara waktu ini, kita lupakan sahaja bajet defisit negara
sejak 16 tahun yang lalu, projek PKFZ yang lesap RM 12 billion atau projek
lembu RM250 juta dan banyak lagi pelaburan pelaburan atau projek projek yang
sedap mata memandang tapi sakit rasa di poket rakyat..
Bercerita hal melaburkan duit orang dan bukan duit sendiri ini, saya
teringat satu episod semasa saya chief inspekter dulu. Mes Pegawai Kanan PDRM
telah memanggil satu EGM untuk mendapatkan persetujuan ahli ahli mes untuk
melaburkan lebihan wang kutipan keahlian mes, yang kalau saya tidak silap,
bernilai RM 1.5 juta, ketika itu. Koperasi polis akan dilantik menjadi fund
managernya. Seperti biasa kami ahli mes diberi peluang untuk menyuarakan
pendapat masing masing, menyokong atau tidak. Dan seperti biasa juga,
kesemuanya menyokong kebijaksanaan AJK Mes dan KPN (Tun Haniff Omar) untuk
melabur wang tersebut dengan koperasi polis sehinggalah seorang chief inspekter
bangun menentang.
Dua sebab dikemukakan, satu kerana ianya bertentangan dengan Perintah Am
Kerajaan Bab D yang melarang agensi kerajaan terlibat dalam speculative trading
i.e. pasaran saham dan kedua, track record Koperasi Polis sebagai pengurus
dana. Saya beri contoh kegagalan Koperasi Polis dalam menguruskan wang ahli
koperasi yang dilaburkan dalam SKP Glass dan SKP Trading. Senyap, ….. tiada
seorang pun yang berani menyokong saya. Oleh
kerana kami berada dalam sebuah negara demokrasi, maka pihak Mes juga
mengamalkan kaedah demokrasi. Undian dijalankan dan suara ramai bersetuju untuk
wang RM 1.5. juta milik ahli mes dilaburkan. Saya akur dengan keputusan
tersebut kerana kita mengamalkan sistem demokrasi.
Sehingga hari ini, saya tidak tahu sama ada Mes Pegawai Kanan Polis
telah sarat dengan duit keuntungan pelaburan atau masih terkial-kial untuk
bergerak dengan yuran kutipan ahli yang ada. Wallahhuallam.
Hingga jumpa lagi. INILAH MALAYSIA!!!
No comments:
Post a Comment