PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa umur persaraan akan dilanjutkan kepada 58 tahun dan mereka yang bersara pada atau selepas 1 Julai 2008 adalah layak untuk memilih opsyen ini. Dan jika saya memilih untuk melanjutkan perkhidmatan saya sehingga umur 58 tahun bermakna saya tidak perlulah memohon kerja sebagai jaga bank. Lainlah jika saya bersara sebagai pengarah di mana tidak kurang dua atau tiga directorship telah sedia menunggu walaupun borang persaraan belum lagi diproses. Buat masa ini saya sedang berfikir masak-masak dan mungkin akan sembahyang istikharah supaya saya dapat membuat pilihan yang baik. Yang menghantui saya adalah persoalan sama ada pencen saya yang secipot ini nanti cukup untuk membeli sebuku roti buat mengalas perut saya dan isteri. Apa tidaknya. Sekarang ni musim harga barang naik. Minyak naik, beras naik, tambang komuter naik, semua serbi naik. Cuma yang kadang-kadang payah naik dan bila naik cepat pulak turun adalah anu saya dan kawan-kawan yang sejenis dengan saya.
Selain dari itu saya juga bimbang jika saya bekerja dalam keadaan sekarang, saya akan menjadi nyanyok kerana Nabi Muhammad s.a.w. ada mengatakan bahawa jika kita duduk bersama sesuatu kaum selama 40 hari sedikit sebanyak kita akan menyerap tabiat-tabiat kaum itu. Tak kiralah tabiat baik ke atau tak baik.
Saya belumlah lagi nyanyok tapi nampaknya organisasi yang saya menjadi ahli ni dah mula menunjukkan tanda-tanda senility nya. By the way, adakah tulisan saya ini boleh dianggap sebagai seditious atau libellous ke? Bimbang jugak Yop, nanti kena tangkap dengan Mat Kampau pulak.
Apa tak nyanyoknya. Saya hampir mencarut marah apabila terbaca Arahan Pertukaran Pegawai Kanan Polis (Pegawai Diwartakan) Bil. 39/2008 bertarikh 28 Mei 2008 dalam E-Siar pada 29 Mei 2008. Dalam senarai pertukaran ini banyaklah nama-nama mereka yang bertukar kerana pelbagai sebab, naik pangkat ke, sebab job rotation ke atau ikut suka hati mereka sahaja termasuk mereka yang baru sahaja tamat pengajian selama 18 bulan dalam bidang Diploma Siasatan Saintifik (DSS) dengan kos lebih kurang RM 50,000 satu peserta. Ini adalah anggaran saya sahaja berdasarkan fakta bahawa kos pengajian Diploma Sains Kepolisan selama 12 bulan berharga RM 40,000 seorang. Kelulusan DSS ini penting kerana dengan adanya diploma ni bermakna polis tak perlu ikut methodology pegawai-pegawai tentera Amerika di penjara di
Nak tahu kenapa saya hampir sawan apabila membaca Arahan Pertukaran Pegawai Kanan Polis (Pegawai Diwartakan) Bil. 39/2008? Sebab dalam senarai nama mereka yang ditukarkan keluar ke posting-posting baru selepas tamat pengajian DSS, terdapat mereka yang telah ditukarkan kembali ke tempat asal iaitu antaranya balik sebagai pegawai Cawangan Khas, pegawai jurutera Polis Marin dan beberapa jawatan lain yang tiada kena mengena lansung dengan siasatan. Apa dah jadi nih?
Setahu saya yang banggang ni sebab cuma ada diploma lanjutan pengurusan pentadbiran aje, antara matlamat utama sesuatu program latihan adalah sebagai persediaan untuk menjalankan sesuatu penugasan baru i.e. latihan asas nak convert orang awam jadi mata-mata atau inspekter, atau untuk mempertingkatan kemahiran dalam perlaksanaan penugasan semasa. Cubalah tanya budak-budak yang bakal masuk universiti, apa sebab dia orang pilih sesuatu bidang kajian. I can bet my last bottom ringgit, bidang tertentu dipilih kerana ia akan menjanjikan pulangan yang lumayan i.e. pekerjaan sesuai dengan kehendak pasaran semasa. Kalau mak bapak kita kaya tak apalah kita ambil bidang yang bukan-bukan asal dapat sijil untuk gantung dekat dinding bilik tidor. Kaya kah PDRM untuk membazir wang rakyat sebanyak RM 50,000 untuk memberi kelulusan DSS kepada seorang pegawai polis yang akan bertugas sebagai pegawai jurutera polis marin. Masa bila pegawai tu nak praktikkan apa yang telah dipelajari selama 18 bulan dengan RM 50,000 duit rakyat tu. Berlambak pegawai penyiasat yang terkial-terkial menyiasat dengan menggunakan ilmu yang dipelajari semasa di kampong, tiba-tiba bila ada pegawai yang ada kelulusan professional dalam bidang siasatan , tidak dimenafaatkan pulak kemahiran tersebut oleh pasukan. Bukankah itu not cost effective namanya dan satu lagi pembaziran wang rakyat?
Bagi yang faham apa itu post training evaluation tentu tahu bahawa penilaian pasca latihan bertujuan menilai sama ada program yang telah disampaikan memenuhi kehendak penugasan, kita lihat sama ada program latihan yang telah diikuti dapat mempertingkatkan mutu kerja peserta, adakah relevan module-module program latihan yang telah diikuti dengan keadaan sebenar di lapangan.
Dalam erti kata lain, apabila nak mencadangkan sesuatu program latihan, pertama kita kenalpasti dulu apakah kelemahan-kelemahan penugasan yang akan di address atau diperbetulkan oleh program latihan, kita buat training needs analysis. Kemudian kita pilih orang yang sesuai, berkenaan dan layak untuk mengikuti kursus tersebut. Apa ke jadahnya hantar accountant syarikat untuk kursus komunikasi berkesan dan jurujual dihantar untuk kursus diploma perakaunan. Lainlah akauntan tu nak ditukarkan sebagai jurujual dan jurujual ambil-alih jawatan akauntan. Logik tak? Last sekali apabila tamat latihan hantar balik atau tempatkan peserta kursus tu ke tempat di mana apa yang telah dipelajari dapat dimenafaatkan untuk kepentingan syarikat dan bukan untuk kepentingan peribadi.
Bercakap pasal perkara ni, terfikir juga saya kenapa isu lulusan DSS bertukar sebagai pegawai Cawangan Khas ke, pegawai polis marin ni boleh berlaku.
Lebih kurang sebulan lalu saya telah diminta memberi input murahan saya kepada persoalan berzaman tok adam (dah 201 tahun dah umur polis) iaitu bagaimana nak mempertingkatkan mutu siasatan pegawai penyiasat PDRM. Apalagi saya cadanglah sistem mentor, sokongan logistik yang mencukupi, suasana kerja yang kondusif dan sudah tentu program-program latihan sebagai antara perkara-perkara yang boleh diimplimentasikan untuk memperkasakan mutu siasatan pegawai penyiasat PDRM.
Sayang sekali kalaulah Arahan Pertukaran Pegawai Kanan Polis (Pegawai Diwartakan) Bil. 39/2008 bertarikh 28 Mei 2008 menjadi benchmark kepada management dan human resource development practice PDRM, sampai dunia kiamat pun Pasukan Polis Diraja Malaysia tak akan jadi perkasa dan saya dengan ide-ide saya hanya membuang masa sahaja.
Sekian, selamat belajar dan naik pangkat.
4 comments:
A'kum Bro. Salams. Good to have you back Bro. It's good to read your thoughts on PC again. Thank you for not letting this blog meninggal dunia. Don't worry if it's just me and WittyBubblly who reads or comments your writings. I'm sure there's more, cuma tak komen aja.
Keep writing as and when you have the time. Alhamdulillah, at least ada warga PDRM yang berani dan celik IT untuk bersuara secara ikhlas tentang masalah² dalaman PDRM.
I have to admit Bro, like Witty Bubbly, I don't really know much about PDRM although I do have an uncle who retired as a Sup. And having a few personal bad experience with oteks back in the 80's.(Biasalah menda cari makan)and also personally know some really bad dudes but an anggota had always left me with a rather unpleasant view of oteks. But as I made more acquaintance with oteks and lastly hearing you talk live and reading your blog has given me a fresh perspective from an oteks side of the fence. I understand better now. Thank You. My prayers for you and the whole staff of PDRM who works honestly.
And honestly speaking, ramai orang yang tahu, susah dan sengal jadi polis. Tu sebab ada otai² yang pesan kalau nak keja pakai uniform gomen, anytime baik hang jadi solja dari polis.
And here you have the option to extend your services just a few more years or you can also just stick to your plans and retire next year. Either way Bro, you'll still have your blog to rant.
Personally, after 31 years of sweat and sacrifices, I'd rather be holding my cucu and blog rather than adding another 3 years. If I'm you, istikharah would really fill most of my free time now. InsyAllah.
Salams & Salutes.
yo bro.. dah sah memang ko ni bangang.. huhu.. maaf tak sengaja tapi alang2 dah mulut laser kan.. hehe.. pengetahuan tentang latarbelakang dalaman polis ko kosong sama sekali tu yang menyedihkan tak mencerminkan diploma yang ko ada... sedih bro..!!
DEAR MR. ANONYMOUS,
I THINK EVERYONE FROM THE REALITY SHOULD CALL U BANGANG. I CAN SENSED THAT U R SOMEONE NEW EITHER TO THE FORCE OR U REALLY LOVE WATCHING THAT FAKE GERAK KHAS! FOR YOUR INFORMATION, MY DAD HAS BEEN WITH THE FORCE FOR MORE THAN 20 YEARS, AND PERSONALLY, U DONT EVEN HAVE THE RIGHT TO TALK ABOUT THE FORCE TO HIM. I SHALL NOT SAY MUCH, BUT FOR SURE, EVEN IF MY FATHER HAS ONLY HIS DIPLOMA, HE'S GOT A VISION FAR BETTER THAN ANY OF OUR MINISTERS WITH A PhD! AND IF U YOURSELF MR. ANONYMOUS HAS A DEGREE, I SAY TO U "CAMPAK LA DEGREE KAU TU DALAM LONGKANG!! YOU ARE DEFINITELY BLIND AND NOT LIVING IN THE REAL WORLD!! OR THE PERFECT SENTECE IS : YOU ARE PLAIN STUPID!!".... sorry dad, i just cant stand idiots like this one!!
Mr. Anonymous,
Mr. Baharuddin is brave enough to put his name in this blog.
Tetapi kamu, bukan main berani kata orang bangang tapi sembunyi nama.
Kamu sesungguhnya seorang yang penakut. *geleng kepala*
Kalau pun tak suka apa yg writer tulis, bahas la balik dgn pengetahuan latar belakang polis yang kau ada.
Kalau hentam penulis, nampak sgt pengetahuan kau yang sebenarnya cetek.
*smiles*
Post a Comment