Seperti yang telah aku jelaskan terdahulu, buat sementara ini aku tidak akan menulis atau memberi pandangan seposen aku mengenai negara atau PDRM. Sebenarnya hati ini meronta-ronta ingin menyuarakan semua yang terbuku dalam hati tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling aku tapi persoalannya ..... berbaloi ke?
Nampaknya dalam situasi di mana kebaculan adalah satu nilai yang menjadi amalan masyarakat, orang yang berani berkata-kata adalah gila. Jika tidak masakan yang menulis dalam ruangan pembaca akhbar-akhbar tempatan atau membuat ulasan tentang sesuatu penulisan hanya meletakkan nama samaran sahaja. Itu bacul namanya. Bagi orang bacul seperti yang bersepah-sepah kat malaysia ini, jika anda lelaki, aku ada satu nasihat. Ambil gunting, gunting telor anda dan baling dalam kubang kerbau. Orang bacul tak layak dipanggil lelaki. Bagi orang bacul jenis wanita, lu fikirlah sendiri apa nak buat.
Aku rasa tak lama aku boleh berpeluk tubuh dan membisu seribu bahasa sementara kegoblokkan bergentayangan di sekeliling aku.
Sementara aku menarik nafas panjang dan berkata to hell with it atau persetan dengan semuanya, aku hidangkan prosa merapu aku yang aku tulis semasa berumur 20an dulu dan aku jumpa kembali semasa aku gobek-gobek kabinet besi aku semalam 15/11/08.

PANTUN FRUST MENONGGENG
Jinak merpati makan di tangan
melintas bayang terbanglah ia
hajat hati meminang mu puan
apakan daya wang tiada
Melintas bayang terbanglah ia
terbang mari berkawan-kawan
harta kurang rupa pun kurang
siapalah sudi membuat teman
terbang mari berkawan-kawan
lalu hinggap di mawar berduri
sudahlah hidup tiada berteman
hendak berbudi orang tak sudi
lalu hinggap di mawar berduri
berdarah kaki jatuh ke tanah
kalau begini hingga ke mati
alamat aku kesal tak sudah
Nota : Rangkap-rangkap pantun ni aku tak ingat bila aku buat. Rasanya masa aku jadi soljar dulu, kira-kira antara tahun 71 - 75 dulu. Masa mat jiwang. Cuma titlenya aje aku tambah lah ni.
GODAAN
Dari sinar mata mu satu harapan
sumbang
yang tak mampu aku tunaikan
dalam lunak suara mu
satu godaan
yang tak terdaya aku elakkan
dalam gamitan tangan mu
satu pelawaan
yang mahu saja aku turutkan
dalam alunan pinggul mu
satu janji yang memberahikan
yang aku ragu kau kotakan
dari mata dan suara yang merayu
gamitan tangan dan alunan pinggul yang gebu
seolah memanggil aku ke sisi mu
bagaimana nanti kalau aku
tunaikan kehendak mu
berdosakah aku
Nota: Yang ini aku coretkan masa muda-muda dulu. Cuma rangkap terakhir yang baru. Dulu aku rajin bawa buku nota dan pen ke mana-mana, datang idea aku tulis. Itu yang kadang-kadang tergantong sajak atau prosa aku.
No comments:
Post a Comment