Berita di muka surat 6, KOSMO bertarikh 20/4/09 dan muka surat 7, akhbar yang sama bertarikh 21/4/09, membuat aku terfikir. Andainya kerajaan melanjutkan umur persaraan wajib ke 60 tahun, sanggupkah aku terus berkorban diri. masa dan tenaga untuk orang Malaysia yang tidak pernah tahu berterima-kasih. Sanggupkah aku memakai uniform biru PDRM sehingga diamond jubilee aku, hidup di dunia. Melihat kepada cerita 2 van polis diserang oleh orang awam di Kota Tinggi dan Pekan Nenas, Johor, sewaktu menjalankan tugas yang sah di sisi undang-undang, rasanya aku tak sanggup. Apabila polis tiada lagi telor dan menikus sahaja, lebih baik aku jadi pengawal keselamatan SECURICOR. Kenapa sehingga begini jadinya PDRM walhal satu masa dulu, sebut aje nak panggil polis, mencanak budak-budak yang degil lari masuk rumah.
Polis tak bertelor hari ini kerana telor kami kena cabut. Buat kerja betul pun, boleh bertukar menjadi satu kesalahan. Tiga orang kawan baik aku sedang menannggung akibatnya sekarang kerana ikut perintah, menjalankan tugas yang tup-tup didapati salah. Silap sikit, kena belasah kiri kanan atas bawah termasuk oleh pasukan sendiri. Tak buat kerja lagi salah, kena bantai, lebam, biru birat satu badan. Hari hari kena tenyeh, itu yang budak-budak polis jadi ngok dan bertindak macam harimau kena kasi. Anjing Alsatian yang garang pun kalau saban masa kena sepak terajang, boleh mengiau macam kucing pondan. Kenapa nak jerat tengkuk sendiri, buat kerja lebih-lebih. Kena tindakan tatatertib atau undang-undang, sendiri tanggung. Apa tidaknya, kalau penjenayah yang sedang disiasat polis dan selepas kena tuduh, boleh buat tohmahan, dan atas tohmahan tersebut, pegawai polis tu boleh kena tahan kerja, kejadah ape nak buat kerja lebih. Play safe (pakai kondom kot) lagi selamat.
Hari ini …… nak tangkap perogol bersiri pun kena minta ampun dan maaf terlebih dahulu daripada mak ayah, tok nenek si perogol, kepada Bar Council, Suhakam dan ahli-ahli poli-tikus. Itu belum lagi nak soal siasat, nak tanya sama ada malaun tu ada berak tengah jalan ke tidak. Tapi kalau jenayah berleluasa kerana penjenayah tak boleh dijentik sikit pun, polis juga yang salah.
Tapi yang paling aku sakit hati, bila anggota polis kena hentam tak tentu hala oleh masyarakat, PDRM membisu seribu bahasa. Tak berani nak bersuara. Kalau dengan anak buah sendiri, hero. Jerit sana tengking sini. PATI banyak, masyarakat salahkan polis. Ada tak PDRM beritahu masyarakat bahawa PATI tanggungjawab utama Jabatan Immigresen. DVD cetak rompak berlambak, polis salah, walhal itu core business Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Pada aku, PDRM tak ubah macam Pak Sanggup. Jantan lain yang dapat sedap berasmara dengan awek, bila awek mengandong, jantan lepas tangan dan PDRM yang sanggup jadi laki kepada awek bunting tersebut. Orang sedap, beban kita tanggung. Alahai! PDRM.
Aku akui tidak semua pegawai polis malaikat tetapi dalam masa yang sama pula bukan semua pegawai polis setan. Jadi kenapa tak kata konstabel A rasuah atau konstabel B salah guna kuasa. Kenapa sebut PDRM rasuah atau PDRM salah guna kuasa.
Be as it is, dalam PDRM hari ini dah ramai yang arif atau telah di expose kepada bidang psychology seperti pakar-pakar counselling pasukan yang bersepah-sepah tu. Tak bolehkah beritahu pucuk pimpinan bahawa anak yang dibesarkan dalam suasana rumah tangga yang semak berserabut, 6 orang anak kongsi 1 bilik tidor, makan ala kadar, duit poket sekolah 10 sen sehari, ahli keluarga bercakaran sama sendiri, dah tu mak ayah ada sistem anak emas dan anak tembaga pulak, akan membesar jadi manusia gasar yang berserabut dan blur (ikut kamus kampong aku, gasar tu maknanya barbarian). Kalau anak macam setan mesti mak ayah kategori iblis.
Akhir sekali, entah siapa punya idea bernaslah agaknya yang kata, bebudak polis ni mesin atau robot yang boleh berkerja 24 jam. Pada aku seksyen 19, Akta Polis itu bermaksud kuasa polis tu berkuatkuasa 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Maknanya, kuasa seorang pegawai polis bukan bermula dari jam 8 pagi dan berakhir jam 5 petang. Bukan bermakna polis kena kerja 24 jam. Lainlah polis ini robot Terminator. Tapi setahu aku, robot pun kena charge battery. Kalau tidak, tak boleh jalan. Lainlah robot yang pakai kuasa nukler. Tapi ingat. Pandangan aku seperti di atas, tak berapa boleh sangat dipakai. Maklumlah idea dan buah fikiran seorang yang bodoh dan cetek ilmu. Bukan aku kata, orang cakap kat belakang aku.
Hingga jumpa lagi, salam dari Uncle B, yang boss SB, boss D7, boss Marin dan boss BSJP, pernah kata, uncle ni longgar satu skrew di kepala. Byeeeee!!!! XXXX
No comments:
Post a Comment