Sunday, 17 May 2009

YE TAK YE JUGAK

Percubaan saya memberi pandangan mengenai kemelut politik di Perak, mengundang 3 komen dari mereka yang sudi membaca blog saya.

Komen pertama membuat kesimpulan yang saya ada identiti krisis kerana sekejap mengaku melayu, sekejap mengaku Bugis. Selain dari itu, tukang komen juga macam marah kerana saya asyik cari salah orang tetapi enggan melihat salah sendiri.

Siapa kata saya tidak tahu kelemahan sendiri. Saya katek, kelayakan akademik ala kadar, jauh dari hensem, mulut celupar, degil, keras hati, angin (sekarang dah slow sikit). Kalau saya tak ada kelemahan, gerenti saya dah jadi menteri sekarang atau sekurang-kurang ketua polis negeri atau pun tokoh koperat yang kaya raya. Tapi .... takkanlah orang buta tak boleh komen pasal suara penyanyi yang sumbang.

Tentang krisis identiti tu, gini ajelah. Siapa yang tak hilang identiti duduk di Malaysia. Masa aku kecil dulu, mamak adalah mamak. Bahasa orang melayu adalah Bahasa Melayu. Habis cerita. Hari ini mamak dah jadi melayu, dah boleh join UMNO. Bahasa orang melayu dah jadi Bahasa Malaysia. Dekat Semenanjung, bumiputera adalah orang melayu. Di Sabah dan Sarawak, bumiputera adalah pribumi i.e. Kadazan, Murut, Melanau, dll. Sekejap sebutan Bahasa Melayu ikut Pendita Zaaba, sekejap lagi ikut sebutan baku, sekarang dah caca murba. Siapa tak sewel dik dan tak kenal diri sendiri, kalau hari-hari macam ini.

Komen kedua, tak setuju supaya diadakan pilihanraya semula di Perak. Pembaca ni nak BN terus memerintah Perak walaupun cara BN ambil-alih kuasa mengalahkan lanun. Barangkali adik ini takut orang Perak tiba-tiba jadi bebal dan pilih PR semula dengan majoriti dan kawasan DUN & parlimen yang lebih banyak,

Ulasan Uncle senang aje. Bior le BN terus memerintah supaya senang wakil rakyat BN dan isteri, ziarah anak luar negeri dan lawat Disneyland pakai duit GLC (duit rakyat) macam berlaku di Selangor, satu masa dulu. Supaya rakyat boleh dibebankan dengan harga elektrik yang tinggi kerana suruh tokey bukan melayu dan para kroni buat IPP dan kaut untung ke poket sendiri atau buat berpuluh projek gajah putih dengan menggunakan wang rakyat untuk kembongkan poket sendiri. Lantaklah le, asalkan BN tetap memerintah.

Komen ketiga, Uncle setuju sangat. Boring cerita pasal politik, katanya. Betul tu, hari hari tengok cerita lawak bodoh lakonan ahli-ahli politik kita, sasau dibuatnya. Tukang komen yang sorang ni, minta Uncle elaborate tentang perbezaan dara dan janda. Heesshh! takut Uncle nak ulas pasal dara dan janda. Nanti ada orang kutuk Uncle, Dirty Old Man lah, Tua Lucah lah, gila sex lah, macam-macam tuduhan walhal Uncle is a fairly biologically healthy old man.

Orang tua-tua beritahu Uncle, anak dara tu, y ang hymen nya masih intact (kurang bunyi lucahnya kalau guna bahasa omputeh). Pada pengetahuan Uncle yang cetek, perkataan anak dara tu digunakan kepada gadis-gadis yang belum bersuami, tak kiralah benar-benar dara atau sebenarnya dah janda. Confusing kan? Zaman uncle kecik-kecik dulu, sebut aje anak dara, bermakna gadis tu masih belum bersuami dan hymennya masih intact. Hari ini, lain sikit. Gadis tu mungkin belum bersuami tapi tak semestinya belum kena dot... dot... dot... secara sukarela.

Janda? Atuk Uncle beritahu, janda tu maknanya perempuan yang pernah bersuami tetapi dah kematian suami atau bercerai hidup dengan suami. Kira-kira macam single mother lah tu atau kalau belum sempat ada anak, single wife (betul ke ayat ni).

Masih lagi confuse dan bercelaru?

Sejajar dengan bicara Uncle yang jarang-jarang bertapis, inilah pandangan Uncle mengenai perbezaan antara janda dengan anak dara. Pandangan Uncle ini dibuat selaras dengan keadaan semasa atau apa yang sebenarnya sedang berlaku dan dilakukan oleh anak-anak gadis dan teruna kita sekarang. ”Anak dara adalah gadis atau wanita yang belum kena main secara sukarela (sexlah ngok. Takkan main guli pulak) sementara janda adalah gadis atau wanita, yang dah kena atau selalu kena main secara sukarela (tak kira pernah bersuami ke belum)”.

Bermakna, tak kira wanita itu muda atau tua, selagi dia belum kena suntut secara sukarela, itu kira anak dara (kalau berumur sikit, panggil kak dara atau mak dara, boleh kut). Janda pula adalah wanita, tak kira tua atau muda, sudah pernah bersuami atau belum, asalkan pernah atau selau disuntut secara sukarela, itu kira janda.

Hingga lain masa dan ketika, salam dari Uncle B yang lebih selesa dan senang dengan janda dari anak dara. Byeee.

4 comments:

Anonymous said...

salam.... ala uncle, kecik hati le pulok... mana ada saya marah2... xmaah pun, cuma ada rasa cam pelik sikit coz ada bbrpa posting uncle ngaku uncle melayu tp bila hentam melayu uncle selalu cakap NASIB LA AKU BUKAN MELAYU... bg sstgh orang yg PEKA, tu dah boleh dikategorikan atau dianggap seolah2menghentam melayu dari KACAMATA seorang yg bukan melayu.. so, tak mustahil ada yg akan mengaanggap uncle sebagai MENGHINA KAUM LAIN... jadi kan uncle, sebelum uncle kena hentam lagi teruk baik le saya REPRIMAND uncle awal2 coz i am ur no1 fan tau...so, kip on writing yeahhhhh....

Anonymous said...

Apa lu suka jandakah uncle b

Dang Mewangi said...

asslamualaikum tuan...

lama saya tak belek blog tn ni, makin hangat nampak? hehehe. iyer la tuan, asyik dok bergelumang ndan IP jer, tertarik jugak dengan ayat tuan masa I.O sound pasal kes sivil tu... iyer la kebanyakkan pengadu nak gunakan polis untuk tuntut hutang la, setlle hutang la.. bengang gak, tapi saya masih maintain dan bleh bercakap dengan pengadu dengan senyuman dan lemah gemalai. anyway tuan, teruskan berdiskusi dalam blog ini.

p/s; kalu ada surat tohmahan pasal saya tu harap tutup mata ek. tolong bakul sampahkan. hehehehe

Dang Mewangi said...

asslamualaikum tuan...

lama saya tak belek blog tn ni, makin hangat nampak? hehehe. iyer la tuan, asyik dok bergelumang ndan IP jer, tertarik jugak dengan ayat tuan masa I.O sound pasal kes sivil tu... iyer la kebanyakkan pengadu nak gunakan polis untuk tuntut hutang la, setlle hutang la.. bengang gak, tapi saya masih maintain dan bleh bercakap dengan pengadu dengan senyuman dan lemah gemalai. anyway tuan, teruskan berdiskusi dalam blog ini.

p/s; kalu ada surat tohmahan pasal saya tu harap tutup mata ek. tolong bakul sampahkan. hehehehe