First off, terima kasih kepada pembaca KACA MATA KU yang sudi kata, “Wooit! rajin-rajinlah update blog”. Bukan tak nak update dik tapi kudrat dan masa menentukan segalanya. Saya masih lagi cycling, setiap hari dari Isnin ke Jumaat. Bukan itu sahaja, jarak ride pun telah bertambah. Kalau dulu setakat 11 km sehari, kini telah bertambah kepada 17 km sehari. Dari jam 5:45 petang hingga 7:30 malam. Begitu begini, jam 8:30 malam baru sampai rumah. Mandi, makan malam, spend time dengan cucu, masa lesap begitu sahaja. Dulu masa belum cycling, jam 12 malam, mata masih terbeliak. Hari ini jam 10:30 malam, dah mengantuk.
Hari Sabtu pun asyik cycling juga tapi long distance. The last time, kami ride ke Rawang. Jauh tu dik. Nak curi waktu kerja untuk blogging, tak adil pulak kepada rakyat yang bayar gaji dan berdosa kepada Allah s.n.w. Jadi tulislah sebaris dua masa lunch break atau masa cyclist-cyclist lain sedang bersiap. Itu aje. Saya tidak mahu berjanji but I’ll double the effort untuk memastikan KACA MATA KU dikemaskini dengan regular.
Untuk posting kali ini saya ingin ajak anda berfikir sejenak mengenai pembangunan fisikal dengan pembangunan kualiti hidup untuk rakyat. Yang mana lebih penting untuk anda? Bangunan mencakar langit atau sistem kesihatan awam yang menjamin kesejahteraan keluarga anda. Saya terpanggil untuk berjinak-jinak dengan konsep kualiti dalam kehidupan kerana kebetulan saya di Penang sekarang (dari 17-21 Ogos) kerana menghadiri bengkel persijilan MS ISO 9001:2008 untuk PDRM. Jangan main-main dengan polis Malaysia sekarang. Ada kualiti dik.
Mengikut data yang diperolehi dari www.flucount.com yang saya petik dari akhbar The Sun bertarikh 19 Ogos 2009 di muka surat 4, kadar kematian jangkitan H1N1 di Malaysia adalah 1:60 atau 1 kematian setiap 60 jangkitan. Singapura 1:111, Thailand 1:119, Laos 1:156, Indonesia 1:171, Filipina 1:321, Vietnam 1:727 dan Brunei 1:850. Bermakna di kalangan 8 negara ASEAN ini, Malaysia mencatatkan kadar kematian yang tertinggi bagi jangkitan H1N1. Beberapa kesimpulan bodoh boleh saya buat dari perangkaan ini.
Pertama, orang Malaysia berpenyakit dan kurang daya tahan badan berbanding 7 negara ASEAN lain. Kedua, orang Malaysia pengotor sebab itu mudah kena jangkitan H1N1. Ketiga, doktor-doktor di Malaysia tak berapa nak pandai. Keempat, sistem kesihatan Malaysia haru biru, itu sebab penyakit tersebut tak boleh dikawal. Kelima, pemimpin negara, terutama Menteri Kesihatan Malaysia lebih banyak bercakap dari bertindak dan akhir sekali, ada lebih banyak babi di Malaysia berbanding negara-negara ASEAN yang lain.
Itu yang tak habis-habis menghairankan saya. Khabarnya Malaysia ada prasana negara dan rakyat bertaraf dunia tetapi kenapa bila kena serang H1N1, kadar kematian kita macam negara dunia ketiga yang kena serang H1N1. Adakah anda yakin negara jiran macam Vietnam dan Laos mempunyai prasana kesihatan yang lebih baik dari kita?
Anda fikirlah sendiri. Salam dari Uncle B.

No comments:
Post a Comment