Ini adalah blog terakhir saya bagi tahun Masehi 2009 dan yang pertama bagi tahun Hijrah 1431 yang telah pun 13 hari berlalu. Terlebih dahulu a thousand apologies kepada mereka yang sudi menjengah blog saya tetapi mendapati bahawa akhir-akhir ini penulisan saya agak erratic, kadang-kala sampai 10 hari, baru ada posting baru. Saya tidak dapat menawarkan sebarang alasan mengapa jadi demikian tetapi InsyaAllah dengan kehadiran 2010, things will change. At least for KACA MATA KU.
No komen dari saya mengenai perkembangan sosial, politik atau atau PDRM. Kadang-kadang buat sakit hati aje memberi pandangan atau mengajak orang kita berfikir. Sama ada mereka boleh memandang tetapi enggan melihat atau mereka takut sakit kepala jika terlalu banyak berfikir. Sebab itulah wujud pepatah Inggeris yang berbunyi ”All It Takes For Evil To Run The World Is For One Good Man To Remain Silent”. Agaknya moto orang kita ialah, ”Lantaklah deme, apa nak jadi jadilah, asalkan teman tak kena, udah”. Baguslah itu. Izinkan saya memetik satu artikel yang dikeluarkan dalam akhbar mingguan I LUV ISLAM Edisi Pengenalan di mukasurat 27.
Maksud Hadis : Daripada Ali Bin Abi Thalib r.a, diriwayatkan oleh Termizi, Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Apabila umat ku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
· Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu
· Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
· Zakat dijadikan hutang
· Suami yang menurut kehendak isteri
· Anak derhaka kepada ibunya
· Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
· Ia suka menjauhkan diri dari ayahnya
· Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
· Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka
· Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
· Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
· Kain sutera sudah banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
· Golongan artis disanjung (menjadi pujaan)
· Muzik banyak dimainkankan
· Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makluk yang lain”
Telah berlakukah 15 perkara ini di Malaysia? Meh! biar kita benar kepada diri sendiri. Amati dengan jujur apa yang sedang berlaku di sekeliling anda, jawapannya ada di depan mata. Saya tidak hairan jika Malaysia menghadapi bencana lepas satu bencana. Jenayah makin meningkat. Cuaca tak menentu. Politikus bercakaran berebut laba bukan membela rakyat. Ilmu telah padam oleh Akademi Fantasi, Mentor, Malaysian Idol dan entah apa-apa lagi rancangan melalak di TV. Harga barang makin meningkat, Cukai GST menunggu. Negara dah papa kedana. Ini bukan bala ke?
Hingga bertemu pada minggu pertama 2010, salam dari Uncle B yang teringat tentang bala-bala yang Allah turunkan kepada umat-umat di zaman nabi-nabi kerana keengkaran mereka kepada Allah.
3 comments:
Uncle ni patut make sure blog ni diupdate at least 4-5 kali seminggu memandangkan 2010 ni tahun pencen,jadi amatlah bersesuaian kalau masa lapang di ofis dan rumah dihabiskan dengan menulis blog.Tak perlu komited 100% with PDRM sangat memandangkan usia pencen dalam polis semakin hampir!
I am so afraid of the future of our children in this country. It's as though the country is not moving forward, but going 5 steps backward instead. We have doofus in the government, and the opposition is not of much help either (equal doofus). So who can the rakyat vote for?
In the eyes of the foreign media, we have become a laughing stock. It is depressing to say you are from Malaysia when you go overseas.
How I miss Dr Mahathir's reign. He is no angel, but at least he made an impact nonetheless. I know we command such a respect during his time compared to now!
elo boleh tak letak ikon JOM SOLAT kat tepi skit,ganggu orang nak baca blog uncle la.pastu tak perlu la letak ikon i love islam dengan search kat atas,tepi,kiri kanan,nampak clutter sgt blog ni.
Post a Comment