Pepatah Inggeris mengatakan anda tidak boleh membuat tas tangan sutera daripada kulit babi. Bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) ianya tepat sekali. Bagaimana mahu diyakini MACC sebuah organisasi yang berintegriti kalau pegawai-pegawai kanannya sendiri dari kategori pembohong dan tidak mempunyai integriti diri.
Saya petik berita dengan tajuk “Officers Lied In The Spirit Of Brotherhood”, yang semacam disorokkan di mukasurat 6, akhbar The Star 22 July 2011.
“.... Hishamuddin Hashim, a very senior officer, who was overall in charge of operations on the evening of July 15, 2009, until the early hours the next day. In the testimony before us, he was adamant that he had no knowledge whatsoever that complaints of assault and use of force had been lodged against officers under his charge. However, his lie was exposed when DSP Kamaruddin Ismail from the Selangor Police produced a letter written by Hishamuddin himself in 2008 responding to police enquiries on the complaints of assault and related abuse of power that had been lodged against MACC officers under his command”.
“It added that two courageous officers had testified that they were asked to lie that Hishamuddin was not directly involved in the operations”.
“The report said the characteristics of this “blue wall of silence came amply into play by the untruths spouted by the MACC officers to cover up the nefarious activities that took place on the 15th and 16th of July 2009”.
Bagi yang kurang arif dengan Bahasa Inggeris, izinkan saya membantu seberapa yang boleh. Apa yang cuba disampaikan oleh Laporan RCI tersebut ialah:
1. Hishamuddin Hashim, seorang pegawai kanan MACC telah berbohong semasa memberi keterangan dalam prosiding RCI tersebut.
2. Dua orang pegawai MACC telah disuruh berbohong dalam prosiding RCI yang dijalankan.
3. Pegawai-pegawai MACC telah berbohong semasa memberi keterangan dalam prosiding RCI untuk menutup aktiviti jahat yang berlaku pada 15hb dan 16hb Julai 2011.
Membaca sedutan kecil Laporan RCI seperti disiarkan oleh The Star tadi, hanya menguatkan kepercayaan saya selama ini bahawa kebanyakkan pegawai MACC, sombong, bongkak, angkuh dan pembohong, mengalahkan pegawai-pegawai PDRM. Ringkasnya, MACC sebuah organisasi yang TIDAK BERINTEGRITI.
Kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock, jangan berharap kepada keadilan dari sistem pentadbiran Malaysia, biar Allah yang membalas mereka yang bertanngungjawab ke atas trajedi tersebut. Let him go in peace.
Akhir kata dari Uncle B, apa kata kita belasah pegawai-pegawai MACC yang bercakap bohong tadi sampai mereka reti bercakap benar atau sehingga tak tahan, mereka sendiri akan terjun tingkap.
Dan apa kata, kalau kita bakar aje poster-poster gergasi MACC yang menyemakkan mata, yang menyeru kita supaya Berintegriti pada hal mereka sendiri tidak tahu makna Integriti dan tidak Berintegriti seperti yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Diraja Siasatan Teoh Beng Hock.
Bye!!!!!
No comments:
Post a Comment