Wednesday, 23 November 2011

THE STATE OF PUBLIC TRANSPORTATION IN MALAYSIA

Di Malaysia, memilih jenis pengangkutan awam untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat adalah perkara yang boleh memudaratkan kesihatan fisikal dan mental. Kalau belum ada darah tinggi boleh meletup saluran darah jadinya dan jika belum gila, boleh jadi gila dibuatnya.

Hari jumaat, 18hb November 2011, saya, isteri dan cucu ke Singapura. Bukan bercuti tetapi menghadiri majlis makan malam class of 66-71, Raffles Institution, sekolah menengah tempat saya belajar dahulu. Tang reunion dinner selepas 40 tahun kami berpisah, saya story kemudian.

Niat di hati nak naik bas sahaja menyeberang tambak Johor untuk jimat belanja tetapi apabila mengenangkan bas-bas antara bandar di Malaysia suka sangat accident, terbalik, jatuh gaung dan terputus dua, saya batalkan hasrat tersebut. Merbahaya meletakkan nyawa keluarga dalam tangan penagih dadah dan orang gasar yang diberi lesen untuk memandu kenderaan awam. Jadi saya korek tabung dan dapatlah sikit duit, cukup untuk beli tiket kapalterbang Air Asia, the world’s best low cost airline. Dengan tagline “Now Everybody Can Fly”, rabak juga duit saya RM750. Apa tidaknya, nak check in di counter kena bayar, nak baggage 20 kg kena bayar, nak pilih seat kena bayar, panjang kata semuanya berbayar. Dahlah asyik kena tipu dengan pemimpin negara, syarikat koperat pun ikut sama kelentong rakyat.

Penerbangan AK 703 sepatutnya berlepas jam 12:20 tengah hari. Boarding time jam 12:00 tapi jam 12:20 baru kami dibenarkan untuk berjalan menuju pesawat. Seperti biasa, bila buka aja boarding gate, berpusu-pusu dan berebut-rebut orang malaysia yang terkenal dengan perangai tak reti beraturnya untuk keluar pintu. Tidak dihiraukan lansung Uncle macam saya yang ada anak kecil bersama. Depa rempuh semacam aje. Bila orang luar kata orang malaysia tak bertamaddun kita marah tetapi memang itu hakikatnya. Walaupun sekolah tinggi, kedudukan tinggi dan hidung lagi tinggi, perangai saling tak tumpah macam lembu terlepas kandang.

Lalu menapaklah kami ke kapalterbang yang sedang menunggu. Sampai aje kat penghujung covered walkway tidak berhawa dingin untuk ke AK 703, kami kena tahan, tidak dibenarkan menaikki pesawat kerana ground crew nak tukar tayar. Dekat balai berlepas kata dah boleh boarding tetapi dekat kapalterbang suruh tunggu pulak sebab tayar kapalterbang panjit. Ground crew dekat balai berlepas ada walkie talkie, begitu juga crew dekat apron. Jadi kenapa mereka tak berhubong antara satu sama lain untuk memaklumkan keadaan semasa dalam real time. Kebodohan macam ini hanya boleh berlaku di Malaysia aje agaknya. Jadi menunggulah kami lebihkurang 1 jam dalam panas dengan melengas badan sementara dia orang pam tayar kapalterbang.

Untuk balik ke Malaysia pada 21 November 2011, saya gunakan tren express Keretapi Tanah Melayu (KTM) atau quoting arwah datuk saya, Keling Tipu Melayu. Bukan saya cakap tapi atuk saya yang kata. Station KTM di Tanjung Pagar, dah tak ada lagi sebab dah jual borong kepada kerajaan Singapura, jadi saya dan keluarga ke CIQ Woodlands untuk ambil tren yang dijadualkan berlepas dari Singapura jam 1:45 tengah hari dan dijangka sampai di KL Sentral, Kuala Lumpur pada jam 8:25 malam. Nak tahu apa jadi?

Tren berlepas lebihkurang jam 1:55 petang sebab masih ada passenger yang terhegeh-hegeh sampai. Biasalah kan, orang malaysia, mana reti ikut jam. By malaysian standards, lewat 10 minit kira oklah. Malangnya, dekat-dekat nak sampai station Seremban, kat tengah-tengah hutan antara station Seremban dengan station Rembau, keretapi rosak. Kena tunggu engine dari selatan datang dan heret balik keretapi ke station Rembau untuk bolehkan engine diubah ke hadapan dan sambung perjalanan ke KL. Nak tahu berapa jam kami tersadai dalam hutan tu. Hampir 4 jam. Untuk tambah sakit hati, KTM tak pernah dengar fasal thermostat agaknya. Punyalah sejuk dalam keretapi hinggakan telor yang berbungkus dalam seluar dalam dan kopek yang dibalut coli pun boleh kecut. Akhirnya kami sampai di KL Sentral jam 12:15 pagi keesokkan harinya.

Kapalterbang tayar panjit, keretapi enjin rosak dan bas yang suka berguling-guling di highway yang selalu jam, inilah the state of public transportation in Malaysia.

Hingga jumpa lagi, selamat membeli kereta walaupun kurang mampu kerana pengangkutan awam di Malaysia, hampeh, dari Uncle B yang dulu, kini dan selamanya tidak akan yakin dengan kemampuan Najib untuk mengtranformasikan kerajaan.

Byee!!

No comments: