SunBiz 16 February 2012 di mukasurat 17 melaporkan bahawa bekas orang No.1, Petronas, Tan Sri Mohamad Hassan Marican akan menjadi pengerusi Singapore Power Ltd pada bulan Jun ini. Beliau juga salah seorang ahli Lembaga Pengarah SembCorp Industries Ltd dan Conoco Phillips. Anak melayu jadi ahli lembaga pengarah atau “pemerintah” sesebuah syarikat perniagaan bukan perkara yang pelik. Di Malaysia berlambak orang melayu jadi ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat ternama seperti MAS, Proton dan pelbagai lagi. Sebab itu syarikat-syarikat ini menuju kebengkrapan.
Singapura mengamalkan meritocracy. Melayu, Cina, India ke, semua boleh jadi boss asalkan bijak. Pastinya sebagai sebuah negara majoriti kaum cina yang diperintah oleh orang cina, bangsa Cina mendapat keutamaan tetapi jika berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, andainya si melayu ada kelebihan daripada calon cina, budak melayu tu yang akan diambil bekerja.
Singapore Power Ltd, SembCorp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd dan Conoco Phillips bukan syarikat ikan bilis dalam dunia koperat Singapura. Ini adalah syarikat-syarikat yang “demanding” dan expects the best daripada kakitangannya, dari orang nombor satunya hingga kepada pekerja yang tercorot dalam hieraki syarikat. Jika seorang melayu, melayu malaysia pulak tu, dipilih menjadi pengerusi atau ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat sebegini, maknanya melayu tadi memang melayu handal, yang seharusnya jadi aset kepada negara asalnya.
Menurut rancangan Current Affairs, pagi 15 February 2012, radio BFM 89.9, Tan Sri Hassan meninggalkan Petronas (mungkin juga diminta meninggalkan) pada bulan February 2010 kerana perselisihan faham dengan pihak yang ada kuasa mengenai cara Petronas (mungkin juga duit Petronas) diurus.
Apa yang boleh kita belajar dari episod ini?
Pertama : Dalam sibuk-sibuk Najib anak Razak menubuhkan Talent Corp (mesti dengan duit rakyat agaknya) untuk menjemput balik bijak pandai malaysia yang bermastautin di luar negara untuk bekerja dan bersama-sama memaju dan memandaikan malaysia, orang melaysia yang bijak pandai (melayu pulak tu) telah disakau oleh negara jiran yang bersaing dengan kita untuk “menguntungkan” syarikat-syarikat mereka.
Kedua: Siapa kata orang melayu bodoh? Pada suatu ketika Encylopeadia Brittanica penah mengambarkan orang melayu sebagai bangsa yang suka berhibur dan malas bekerja. Ringkasnya, tak ada yang positif mengenai bangsa melayu. Sama ada catatan ini telah dipinda oleh edisi terbaharu EB tidak tahu pula saya.
Ketiga: Orang melayu tidak bodoh. Yang bodoh adalah orang melayu yang memerintah melayu yang takut kepada melayu pandai kerana orang melayu pandai akan mendedahkan betapa bodoh dan bahlolnya pemerintah melayu.
Akhir kata, satu ingatan buat yang sudi membaca blog ini. Berhati-hati ketika berkata-kata kerana setiap yang kita ucapkan adalah doa. Salam sayang dari Uncle B yang suka sangat dengan watak Columbo dalam satu seri detektif tahun 70an. Nampak bodoh tapi cerdik.
Byeee!!!!
No comments:
Post a Comment