Kalau rajin cari iktibar dari apa yang ada di sekeliling kita, banyak pengajaran boleh diperolehi. Syaratnya kena rajin buka mata dan telinga, ditambah dengan fikiran yang terbuka dan kritikal. Jika hanya tahu melihat dunia dengan kaca mata UMNO atau PKR aje, alamat sampai gempa bumi di Malaysia, kita akan terus ngok.
Lewat malam, Rabu 11 April 2012, saya berpeluang menonton filem Cina, “Island of Greed”, lakonan Andy Lau. Dengan berlatarbelakangkan Taiwan, cerita adalah mengenai usaha polis berintegriti lakonan Andy Lau membongkar rasuah yang berlaku di kalangan kumpulan gangster dan ahli-ahli poltik Taiwan sehinggakan ganster pun boleh bertanding untuk jadi penasihat undang-undang selain daripada membolot semua kontrak kerajaan. Syukurlah di Malaysia tak ada benda-benda macam ni. Betul tak?
Siasatan hero banyak menghadapi halangan daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan polis sehingga hero kena berjumpa dengan Ketua Polis sendiri untuk dapatkan kebenaran buat operasi rahsia. Yang cantiknya, dailog antara Ketua Polis dengan hero. Lebih kurang macam ni.
Ketua Polis, “Kamu tahu bukan, yang saya pun ada boss. Mungkin niat kamu akan terhalang lagi. Kenapa kamu masih ingin meneruskan siasatan ini kalau kamu tahu risikonya”.
Andy Lau (hero), “Saya sayang tanah air ini, saya tidak mahu si penyangak itu menjahanamkannya”.
Jadi pada kawan-kawan, sahabat handai, saudara mara dan tentu sekali, mereka yang tak berkenan dengan saya, yang selalu bertanya mengapa saya asyik hentam aje, serupalah jawapan saya dengan jawapan hero cerita “Island of Greed” lakonan Andy Lau. Cuma nak tambah sikit. Kalau kita benci kat orang, kita biarkan dia buat apa dia suka sampai dia menjahanamkan diri sendiri tetapi kalau kita sayang kawan, kita tegor dia supaya dia tidak melingkupkan diri sendiri. Saya sayang Malaysia dan saya tidak mahu negara ini dilingkupkan oleh penyangak-penyangak yang menyamar jadi orang politik.
Salam ikhlas dari Uncle B, yang pernah melalui episod-episod yang sama seperti dialami oleh hero khayalan (Andy Lau) dalam filem “Island of Greed”.
Byee!!!!!.
1 comment:
Citer hindustan pun banyak ayat macam tu... Tapi India haprak gak....
Sokonglah Barisan Nasional
Post a Comment