Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), ”terperanjat”
dan “confused” dengan tindakan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM,
Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS.
Saya sendiri tidak terperanjat kerana keterperanjatan
(perkataan melayu yang telah di inggeriskan) dan ke”confused”san” saudara presiden
PBPM di atas keputusan Datuk Fauzi menyertai PAS dan bukan UMNO. Bukan sahaja
pegawai-pegawai PDRM banyak yang suka terperanjat dan confused sehingga
terbawa-bawa hingga ke lepas bersara, bahkan pegawai-pegawai ajensi kerajaan
yang lain pun, saya perhatikan, ramai yang dari jenis yang mudah terperanjat
dan confused.
Tanah runtuh, terperanjat macam mana boleh runtuh,
bas terbalik, pun terperanjat, macam
mana boleh accident, banyak anak gadis boncit perut tanpa bapak yang sah di
segi syarak, lagi terperanjat. Lepas terperanjat, confused lah pulak, tak tahu
apa nak buat kecuali tubuhkan Jawatankuasa Siasatan. Sepuluh kali bas menjunam
masuk gaung, sepuluh kali tubuhkan Jawatankuasa Siasatan. Sedihnya, bas masih
lagi terbalik sebab recommendations jawatankuasa siasatan setakat menghiasi
kertas dan perabiskan ink printer aje. Sementara itu nyawa rakyat terus
melayang.
Kalau kita lungguk perangkaan yang ada, saya pasti
kita akan dapati ramai pegawai-pegawai kanan kerajaan, tak kira polis atau
bukan, yang menyertai pembangkang selepas bersara. Segelintar kecil ini,
seperti Datuk Fauzi, adalah mereka yang sukar nak terperanjat atau confused
semasa dalam perkhidmatan kerajaan dahulu. Itu sebab apabila mereka bebas dari
belenggu perkhidmatan kerajaan, mereka menyertai perjuangan parti pembangkang
demi menyelamatkan negara daripada lanun-lanun dan penjarah-penjarah yang pijak
semut pun tak mati. Mereka sukarela menjadi ahli DAP, PKR atau PAS kerana
mereka tahu UMNO Untuk Melayu No Otak.
Apabila Parti Komunis Malaya gelar polis Malaya zaman penjajah inggeris dahulu, Running Dogs,
ramai yang marah. Apabila Anwar Ibrahim kata polis zaman merdeka, anjing, Rahim
Noor tumbuk mata Anwar sampai lebam. Anjing peliharaan ni, dia ikut aje kata
tuannya. kalau tuannya suruh attack, walaupun sasarannya adalah emak tuannya
sendiri, anjing tersebut akan attack, sebab boss dia dah arah attack.
Saya pun selama 34 tahun pernah masuk dalam kennel
yang sama tetapi jenis anjing degil yang tahu membezakan right and wrong. Tak
percaya? Cuba tanya 2 inspektor (sekarang dah jadi pegawai besar polis) dan 6 orang
anggota pangkat rendah, polis KL, yang Ketua jabatan Siasatan Jenayah KL ketika
itu, hendak sumbat di Pulau Jerejak dengan menggunakan Ordinan Darurat 1969,
which is not the right avenue to use in that particular case. Saya
“memperjuangkan’ kes pegawai-pegawai ini dari peringkat Pengarah JSJ sehingga
ke peringkat Senior Federal Counsel, Kementerian Dalam Negeri. Saya menang. Time
tu, pangkat saya Chief Insp aje. Jadi tolong jangan kata saya pun pernah jadi
running dog juga. Itu sebab bila pencen, tak gemuk.
Jadi kenapa saudara presiden Persatuan Bekas Polis dan
Rahim Noor nak heboh-heboh Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS. Cuba mentelaah
balik Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan untuk mana mana
individu menyertai apa apa pertubuhan yang mereka mahu asalkan pertubuhan
halal. Perlembagaan dalam bahasa melayu pun ada kalau tak faham bahasa Inggeris. Kalau tak mahu Datuk Fauzi menyertai PAS, suruh kerajaan pimpinan BN haramkan PAS atau hapuskan aje
semua individual rights yang telah dijamin oleh Perlembagaan. Kemudian
perintahlah Malaysia
sehingga dunia kiamat. Habis cerita.
Hingga jumpa lagi, satu pesanan dari Uncle B. Lebih
baik jadi siamang daripada jadi orang-orang kerana siamang walaupun binatang,
tetap ada otak dan boleh bergerak-gerak tetapi orang-orang nampak aje macam orang tetapi terpacak tengah
sawah, kaku, bisu,beku, buta dan tuli.
Byee!!!!!