Wednesday, 23 May 2012

RUNNING DOGS


Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), ”terperanjat” dan “confused” dengan tindakan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS.

Saya sendiri tidak terperanjat kerana keterperanjatan (perkataan melayu yang telah di inggeriskan) dan ke”confused”san” saudara presiden PBPM di atas keputusan Datuk Fauzi menyertai PAS dan bukan UMNO. Bukan sahaja pegawai-pegawai PDRM banyak yang suka terperanjat dan confused sehingga terbawa-bawa hingga ke lepas bersara, bahkan pegawai-pegawai ajensi kerajaan yang lain pun, saya perhatikan, ramai yang dari jenis yang mudah terperanjat dan confused.

Tanah runtuh, terperanjat macam mana boleh runtuh, bas terbalik,  pun terperanjat, macam mana boleh accident, banyak anak gadis boncit perut tanpa bapak yang sah di segi syarak, lagi terperanjat. Lepas terperanjat, confused lah pulak, tak tahu apa nak buat kecuali tubuhkan Jawatankuasa Siasatan. Sepuluh kali bas menjunam masuk gaung, sepuluh kali tubuhkan Jawatankuasa Siasatan. Sedihnya, bas masih lagi terbalik sebab recommendations jawatankuasa siasatan setakat menghiasi kertas dan perabiskan ink printer aje. Sementara itu nyawa rakyat terus melayang.

Kalau kita lungguk perangkaan yang ada, saya pasti kita akan dapati ramai pegawai-pegawai kanan kerajaan, tak kira polis atau bukan, yang menyertai pembangkang selepas bersara. Segelintar kecil ini, seperti Datuk Fauzi, adalah mereka yang sukar nak terperanjat atau confused semasa dalam perkhidmatan kerajaan dahulu. Itu sebab apabila mereka bebas dari belenggu perkhidmatan kerajaan, mereka menyertai perjuangan parti pembangkang demi menyelamatkan negara daripada lanun-lanun dan penjarah-penjarah yang pijak semut pun tak mati. Mereka sukarela menjadi ahli DAP, PKR atau PAS kerana mereka tahu UMNO Untuk Melayu No Otak.

Apabila Parti Komunis Malaya gelar polis Malaya zaman penjajah inggeris dahulu, Running Dogs, ramai yang marah. Apabila Anwar Ibrahim kata polis zaman merdeka, anjing, Rahim Noor tumbuk mata Anwar sampai lebam. Anjing peliharaan ni, dia ikut aje kata tuannya. kalau tuannya suruh attack, walaupun sasarannya adalah emak tuannya sendiri, anjing tersebut akan attack, sebab boss dia dah arah attack. 

Saya pun selama 34 tahun pernah masuk dalam kennel yang sama tetapi jenis anjing degil yang tahu membezakan right and wrong. Tak percaya? Cuba tanya 2 inspektor (sekarang dah jadi pegawai besar polis) dan 6 orang anggota pangkat rendah, polis KL, yang Ketua jabatan Siasatan Jenayah KL ketika itu, hendak sumbat di Pulau Jerejak dengan menggunakan Ordinan Darurat 1969, which is not the right avenue to use in that particular case. Saya “memperjuangkan’ kes pegawai-pegawai ini dari peringkat Pengarah JSJ sehingga ke peringkat Senior Federal Counsel, Kementerian Dalam Negeri. Saya menang. Time tu, pangkat saya Chief Insp aje. Jadi tolong jangan kata saya pun pernah jadi running dog juga. Itu sebab bila pencen, tak gemuk.

Jadi kenapa saudara presiden Persatuan Bekas Polis dan Rahim Noor nak heboh-heboh Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS. Cuba mentelaah balik Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan untuk mana mana individu menyertai apa apa pertubuhan yang mereka mahu asalkan pertubuhan halal. Perlembagaan dalam bahasa melayu pun ada kalau tak faham bahasa Inggeris. Kalau tak mahu Datuk Fauzi menyertai PAS, suruh kerajaan pimpinan BN haramkan PAS atau hapuskan aje semua individual rights yang telah dijamin oleh Perlembagaan. Kemudian perintahlah Malaysia sehingga dunia kiamat. Habis cerita.

Hingga jumpa lagi, satu pesanan dari Uncle B. Lebih baik jadi siamang daripada jadi orang-orang kerana siamang walaupun binatang, tetap ada otak dan boleh bergerak-gerak tetapi orang-orang nampak aje macam orang tetapi terpacak tengah sawah, kaku, bisu,beku, buta dan tuli.

Byee!!!!!  

1 comment:

Anonymous said...

1. Salam tuan, saya langsung tak terperanjat kalau Datuk Fauzi yang amat saya hormati menyertai PAS. Perkataan yang lebih sesuai saya pilih terhadap tindakan Datuk Fauzi ini ialah - kesianya. Kesian kerana dia akhirnya berjaya diperbodoh dan dipergunakan. Kesian kerana di umur tuanya, dia berjaya juga ditipu oleh syaitan bertopengkan manusia. Kesian, kerana dia sama seperti tuan, masuk di dalam golongan insan yang kecewa.

2. Datuk Fauzi cuma satu dari puluhan bekas dan pengarah PDRM. Hanya satu. Bukan rahsia Tan Sri Musa juga pernah dipelawa masuk ke parti pembangkang di saat akhir persaraan beliau.

3. Datuk Fauzi cumalah satu tropi yang tidak mendatangkan kesan besar. Rahsia apa yang dia mampu bongkar? Rahsia apa yang dia 'berani' bongkar? Akhirnya dia akan jadi macam bekas Ketua Hakim Negara. Dia akan jadi seperti bekas Pengarah Siasatan BPR yang masuk PAS dan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Hisbah Negeri Terengganu.

4. Tindakan PAS membawa Datuk Fauzi langsung tidak memeranjatkan saya. Yang memeranjatkan saya ialah kegagalannya membawa Tan Sri Norian Mai dan Tan Sri Bakri Omar ke dalam kem mereka. Berita DAP, PKR dan PAS untuk memancing pegawai kanan PDRM dah lama kami dengar tuan. Hakikatnya Datuk Fauzi dah lama bergelumang dalam PAS, hanya diumumkan pada saat yang kononnya dia fikir sesuai.

4. Tiada siapa yang kata haram masuk PAS. Tuan dah terlebih syok sendiri dan disebabkan itu tidak mampu untuk menjawab isu yang ditimbulkan dalam komen tuan. Kebanyakan masa, tuan lebih seronok dan syok sendiri.

5. Percayalah, Datuk Fauzi akhirnya akan menyesal dan keluar dari PAS. Atau sekurang-kurangnya, dia akan jadi senyap sama seperti Taib Azamuddin, Shahnon Ahmad, Chandra Muzaffar yang akhirnya mereka sedar bahawa mereka tersesat di dalam Parti Anjing Se Malaysia atau Parti Ajaran Syaitan.

6. Sejarah akan berulang dan sentiasa berulang. Kepada Datuk Fauzi, Datuk belum terlambat untuk bertaubat dan kembali kepada Islam yang sebenar. Kepada tuan yang saya hormati, PAS atau PKR tak cadangkan tuan untuk jadi calon ke?

Alan...