Jam lebihkurang 7 pagi, Ahad
18 November 2012 di No.3, Jalan Cendana 12, Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor,
suami kepada anak perempuan sulung adik saya, meninggal dunia. Arwah
Hanafi baharu lebihkurang 1 tahun 9 bulan bernikah dengan anak saudara saya
Sabrina, yang sekarang sedang mengandung 4 bulan.
Arwah Hanafi, 27 tahun, meninggal
dunia kerana something to do with heart failure. Kematian disebabkan oleh
enlarged heart yang over exert semasa mengepam darah sehingga menyebabkan heart
failure. Lebih kurang begitu kata post mortem report. Arwah tiada history of
heart ailment maupun penyakit-penyakit lain. Hanya mungkin beliau agak
overweight sedikit.
Ini bukan cerita fasal
pemergian seorang ahli keluarga. Ianya sebagai peringatan kepada kita yang
masih hidup, how frail life can be. Bahawa pada bila-bila masa, maut boleh
datang menjemput tanpa mengira umur dan siapa kita.
Saya cukup faham kalau kita
perlu bekerja untuk hidup. Kadang-kadang sehingga terlupa anak, bini dan
keluarga apatah lagi menikmati sedikit kehidupan yang masih ada pada diri. Tapi saya
kurang ariff kalau wang ringgit tak habis makan tetapi kita masih memburu harta
sehingga sanggup makan orang. Perlukah
kita mati kerana kerja? Saya ....... ? Kalau cukup harta untuk membiayai
keluarga udah lama saya berhenti kerja.
Pastinya, Islam tidak
melarang kita menjadi kaya tetapi untuk apa kekayaan kita. Islam juga tidak
melarang kita berkuasa tetapi untuk apa kuasa yang dikurnia Allah s.n.w. kepada
kita. Adakah kuasa yang ada untuk mengumpul harta dengan cara menganiaya.
Adakah harta yang ada untuk mengumpul isteri dan gundik dan berfoya-foya.
Masa masa begini apabila
berhadapan dengan suasana kematian dan kesedihan sebegini rupa dalam
keluarga, baru kita sedar bahawa dunia
ini sementara, bahawa semua yang kita miliki adalah pinjaman. Pada bila bila
masa, semua yang kita miliki, boleh Allah lenyapkan atau kita dipanggil Allah
untuk menghadapi perhitungan Nya. Jika sebegini kerdil dan sementaranya sifat
kita, mengapa masih ada yang berjalan mendongak langit sehingga lupa rumput di
bumi.
Salam sayang dari Uncle B,
semoga Allah mencucuri Rahmat Nya ke atas roh arwah Hanafi. Byeee!!!!