Saya berkenan sungguh dengan jawapan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz. Apabila isu beliau mengenali Michael Chia (skandal RM 40 juta) ditimbulkan di parlimen, beliau menjawab, “I know him, what’s wrong with that?” Apabila menepis dakwaan anaknya Nedim, menggunakan kenderaan Hummer milik Chia, selamba jawapan Nazri, “I don’t know that. You have to ask my son. It is between my son and Chia. If my son befriends Chia, what has that got to do with me? He is not below 21 years old. If Chia wants to give him a Hummer or a Ferrari, it’s Chia’s business. It’s not like he is giving it to me. I am the minister, not my son.
Oleh kerana jawapan ini bulat-bulat diterima pakai oleh boss Nazri dan MACC, maka betullah kata rakan rakan selama ini. Bahawa saya ini samdol.
Sepatutnya semasa saya bertugas dalam PDRM dahulu, saya tidak perlu takut untuk berkawan dengan tauke judi atau tauke ayam kangkang. Jika disoal oleh Cawangan Tatatertib PDRM atau Badan Pencegah Rasuah (sebelum glamer jadi MACC), beri aje jawapan songsang ala Nazri, “Ya, betul saya kenal tauke judi dan tauke betina, salah ke?. Mahu terkedu penyiasat tatatertib dan BPR dibuatnya.
Dan kalau isteri saya pulak dapat hadiah kereta mewah ke atau intan berlian berkepuk-kepuk, bagi selepuk lagi jawapan putar alam ala Nazri kepada pegawai penyiasat tatatertib dan BPR tadi, “Saya tak tahu. Itu kena tanya isteri saya. Itu antara isteri saya dengan tauke judi tu. Kalau isteri saya kenal tauke judi, apa kena mengenanya dengan saya. Isteri saya bukan budak kecil. Kalau tauke judi tu nak bagi isteri saya intan berlian ke atau kereta mewah ke, it tauke judi tu punya sukalah. Bukannya tauke judi tu bagi pada saya. Saya yang pegang jawatan pegawai pencegah kongsi gelap, maksiat dan perjudian. Bukan isteri saya”.
Apasal lah jawapan macam Nazri ni tidak diajarkan dan diterima pakai semasa saya bertugas dalam PDRM dulu. Jika tidak, tak perlulah saya jadi ketua jaga di shopping complex selepas bersara.
Jawapan Nazri ini mengingatkan saya kepada cerita seorang Khalifah Islam (tak pasti sama ada Saidina Abu Bakar atau Omar) yang isterinya menerima hadiah barang kemas berharga daripada seorang Ketua Negara Asing yang mengunjungi Khalifah. Isteri khalifah bertanya, “Bolehkah saya menerima barang barang ini?”. Jawap khalifah, “Jika anda bukan isteri seorang khalifah, adakah anda akan menerima hadiah sebegini rupa?”
Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang tetap ingat pesanan orang kampong, “You Must Not Only Be Clean, You Must Also Be Seen To Be Clean”. Cuma penyamun aje yang tak reti bahasa. Byeee!!!
1 comment:
Tuan, saya rasa tuan memutarbelitkan fakta kes ini. Untuk rekod, saya sendiri tak gemarkan DS Nazri. Tapi apa yang dia katakan adalah betul. Dalam Star, dia kata anaknya bukan isterinya dan dia tak perlu tahu apa yang anaknya yang sudah besar panjang buat...kecuali isterinya.
Tuan bagi contoh isteri tuan. Samada tuan tersilap atau tersangat marah dengan Nazri.
Alan
Post a Comment