Antara jam 12:00 tengah hari
hingga jam 1400 petang, 20 August 2013, saya bersama isteri, adik lelaki saya,
isterinya, adik perempuan dan ibu saya, berada di Wad 6A, Hospital Tuanku
Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan (HTJS). Ini wad kelas 3 kerana wad kelas 1
dah penuh.
Bukan nak cerita fasal adik
ipar saya (isteri kepada adik lelaki saya ke 3) yang diserang stroke buat kali
kedua tetapi fasal rakyat kelas 2 yang dislogankan oleh kaum Cina atau kaum yang dipinggirkan yang dicanangkan
oleh geng India semata-mata untuk menunjukkan yang Malaysia mengamalkan
diskriminasi yang mementingkan orang melayu yang didakwa tidak pandai, kaki
berhibur sahaja dan malas.
Pemimpin politik melayu yang bodoh memang ada, sebagaimana adanya
pemimpin cina dan india
yang sama bodoh dengan pemimpin kaum melayu tetapi bijak membelit. Yang lazimnya terbelit ialah
pemimpin melayu yang bodoh. Jika tidak masakan cina dan india Singapura dapat
rampas Pulau Batu Putih atau nama
Singapuranya, Pedro Branca daripada Melayu Malaysia di perbicaraan Mahkamah
Antarabangsa. Kecualilah kalau ikut lojik Dr.M, yang selamanya mengatakan dunia
luar cemburukan kehebatan Malaysia
dan memang sengaja nak mengenakan Malaysia
walaupun Malaysia
berada di pihak yang benar.
Saya melihat sekeliling wad
yang banyak katil dan rapat rapat pulak tu (maklumlah wad kelas rakyat marhain
bukan kelas menteri) dan melihat ramai pesakit melayu,. Tengok lagi, ada
kelompok pesakit India dan renung lagi, nampak dua tiga kerat pesakit Cina. Selepas termenung, berfikir,
mentelaah dan mengkaji keadaan sekeliling, saya tersedar.
Kalau kaum Cina kata mereka
adalah rakyat kelas 2 dan India kata
mereka kaum dipinggirkan kerana dasar bumiputera kerajaan yang kononnya
memanjakan dan memberi kelebihan segala-gala kepada orang melayu sahaja,
mengapa orang melayu yang paling ramai dalam Wad Kelas 3, 6A. Kenapa pesakit
Cina dan India, sikit sahaja di wad kelas 3 ini. Pesakit Cina dan India yang lain
pergi hospital swasta yang mahal kut? Sebaliknya kalau orang Melayu
kata kaum Cina dan India
bersekongkol untuk rampas hak istimewa sekali gus merampas peluang ekonomi
orang melayu melalui putar belit dan putar ular mereka (kaum Cina dan India), mengapa dalam wad rakyat marhain 6A ini
ada pula pesakit India
dan Cina.
Kalau pesakit melayu kelas
menteri/tokoh koperat/keparat melayu tak sanggup terlantar di hospital rakyat
masakan pesakit Cina dan India
dari kelas menteri/tokoh koperat/keparat/ termasuk dari kelas penyamun dan
penjarah, sanggup sakit di hospital kerajaan.
Yang betulnya, di Malaysia
Boleh ini (yang dukacitanya semua boleh untuk kelas atasan dari semua jenis kaum
sahaja), diskriminasi bukan satu isu antara kaum tetapi antara kelas. Persengkongkolan antara golongan atasan kaum
Melayu, Cina dan India untuk mendiskriminasikan hak rakyat kelas bawahan dari semua kaum demi mengelembongkan poket masing masing (kelas elite melayu, cina dan india).
Untuk
membodohkan kaum masing-masing, maka setiap ketua kaum menjual cerita dongeng mengenai diskriminasi terhadap kaum masing. Akhirnya Ananda Krishnan,
Vincent Tan , Rodzali Ismail dan semua golongan kelas atasan yang seangkatan
dengan mereka, akan pakat sama sama
gelakkan orang melayu, cina dan india
yang dengan bodohnya menerima dakyah diskriminasikan perkauman ini.
Kita fikirkanlah bersama dan salam dari Uncle B yang selalu berdoa agar universiti kita berjaya melahirkan graduan yang bijak bistari yang dapat membimbing rakyat yang kelabu untuk melihat bahawa sebenarnya pemimpin mereka yang ada hari ini, penuh dengan kudis dan pekong.
Byeeee!!!!
No comments:
Post a Comment