Thursday, 12 December 2013

BUTA SEJARAH

“Apa yang berlaku di Little India, Singapura, itu satu pengajaran berguna kepada Negara negara jiran bagaimana majunya negara itu, masih ada ancaman terhadap sosio budaya dan politik. Dengan keadaan di Singapura, sekali gus tampak  pekerja-pekerja asing ini apabila besar bilangannya tetap mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.”  “Masa bilangannya kecil, mereka hormat dan beradap tetapi bila bilangannya besar seperti di Singapura, … tempoh hari, mereka tak takut dah, sanggup buat apa sahaja, sekali pun bertempur dengan polis. Malaysia juga tidak mustahil mendepani masalah ini”.

Ini kata Penasihat Kerajaan bagi Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr.Rais Yatim, apabila mengulas peristiwa rusuhan di Little India, Singapura, baru baru ini..
Mungkin Indonesia, Thailand, Filipina atau Brunei malahan Singapura sendiri boleh belajar sesuatu dari apa yang berlaku di Little India, tetapi tidak di Malaysia. Pelbagai bencana besar telah, sedang dan akan terus melanda Malaysia kerana sebagai sebuah negara, kita mudah lupa dan tidak pernah belajar dari sejarah.

Bas awam terbalik sehingga mengorbankan puluihan nyawa, perkara biasa di Malaysia. Benteng pertahanan kedaulatan negara yang lompong dan tiris sehingga mengorbankan 10 nyawa anggota polis seperti di Lahad Datu, Sabah, berulang lagi di Pulau Pom Pom, juga di Sabah. Jet pejuang Tentera Udara Republk Singapura sewenang-wenang menerobos ruang udara Malaysia setiap bulan, kita berpeluk tubuh. Barangkali mahu menunggu hingga JB kena aerial bombing dengan jet pejuang Singapura, baru Malaysia akan scramble pertahanan udaranya. Peristiwa tanah runtuh, siling bangunan roboh sehingga 5 kali setahun, berlaku secara berjadual di Malaysia. Tahun 2010 kita hentikan Visa On Arrival untuk warganegara India dan Cina kerana telah disalahgunakan apabila lebih 39,000 warganegara India dan 9,000 warga negara Cina dilaporkan telah overstay dan bekerja secara haram di Malaysia. Tahun 2014, VOA untuk pelawat dari India dan Cina akan dihidupkan kembali. Adakah ini petanda pihak berkuasa kita telah belajar dari sejarah?
Tidak. Mereka jadi lupa dan tidak dapat belajar dari sejarah kerana mata nampak duit, telinga dan mulut tersumbat dengan duit dan otak hanya berfikir cara bikin duit dengan mudah.

20 tahun lalu pada 10 December 1993, Blok 1, Highlands Towers, Taman Hillview, Ulu Klang, roboh. 48 orang kehilangan nyawa. Berganda lagi, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan, yang mendapati hidup mereka berubah, kucar kacir, bercelaru kerana kehilangan orang yang mereka sayangi. Termasuk Timbalan PM kita ketika itu, Tun Musa Hitam.
Apa kata Tun Musa Hitam tentang peristiwa menyayat hati ini,  “I must confess that when the tragedy happened, one of the things I knew for certain – inside I felt this anger – was that it was the result of wishy washy work, of people not being responsible. I also thought there must be elements of corruption and neglect. “The sad thing is that in the last 20 years, things don’t seem to have changed. There have been so many similar tragedies and sure enough we get everybody making the same expressions of regret, anger and promises to prevent reoccurences. It’s all talk and nothing seems to have been done especially in the forms of laws, regulations and importantly, enforcement.”

Iznkan saya menterjemahkannya ke dalam bahasa kedua saya. “Saya mesti mengaku bahawa apabila trajedi tersebut berlaku, satu perkara yang amat saya yakini betul – dalam hati, saya merasa amat marah – ialah trajedi tersebut berlaku kerana kerja kerja yang diambil mudah, tiada perasaan tanggungjawab. Saya juga beranggapan semestinya ada elemen elemen rasuah dan kecuaian. “Yang menyedihkan ialah setelah 20 tahun berlalu, tiada apa yang berubah. Terlalu banyak trajedi trajedi serupa telah berlaku dan seperti saya jangkakan, kita dapati ramai orang akan bercakap perkara yang sama, menyesal atas apa yang berlaku, marah dan janji janji untuk memastikan peristiwa peristiwa sedemikian tidak berulang lagi. Semuanya hanya cakap kosong dan tiada apa yang telah dilakukan terutama dari segi undang-undang, regulations dan penguatkuasaan.”
Bukan saya yang cakap tetapi mereka yang lebih ternama, arif dan bijaksana dari saya. Penasihat Kerajaan bagi Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr.Rais Yatim dan mantan TPM Tun Musa Hitam (orang Segamat, orang kampong saya). Nasihat dari Tan Sri Rais Yatim, supaya kerajaan belajar dari sejarah (apa yang telah berlaku di Singapura) adalah cara halus orang lama memberitahu yang kerajaan tidak pernah belajar dari sejarah kerana Tun Musa Hitam secara tersiratnya telah berkata, yang kerajaan tidak pernah belajar dari sejarah (“The sad thing is that in the last 20 years, things don’t seem to have changed”).

What more can I say except that those who never learned from history is destined to repeat it.  Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan terus mengulanginya.
Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang kadang kadang lupa, kadang kadang ingat sejarah.

Byeeee!!!!!