“Apa yang berlaku di Little
India, Singapura, itu satu pengajaran berguna kepada Negara negara jiran bagaimana
majunya negara itu, masih ada ancaman terhadap sosio budaya dan politik. Dengan
keadaan di Singapura, sekali gus tampak
pekerja-pekerja asing ini apabila besar bilangannya tetap mengancam
keselamatan dan ketenteraman awam.”
“Masa bilangannya kecil, mereka hormat dan beradap tetapi bila
bilangannya besar seperti di Singapura, … tempoh hari, mereka tak takut dah,
sanggup buat apa sahaja, sekali pun bertempur dengan polis. Malaysia juga tidak
mustahil mendepani masalah ini”.
Ini kata Penasihat Kerajaan bagi Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr.Rais Yatim, apabila mengulas peristiwa rusuhan di Little India, Singapura, baru baru ini..
Mungkin Indonesia,
Thailand, Filipina atau Brunei malahan Singapura sendiri boleh belajar sesuatu
dari apa yang berlaku di Little India, tetapi tidak di Malaysia. Pelbagai
bencana besar telah, sedang dan akan terus melanda Malaysia kerana sebagai
sebuah negara, kita mudah lupa dan tidak pernah belajar dari sejarah.
Bas awam terbalik sehingga
mengorbankan puluihan nyawa, perkara biasa di Malaysia. Benteng pertahanan
kedaulatan negara yang lompong dan tiris sehingga mengorbankan 10 nyawa anggota
polis seperti di Lahad Datu, Sabah, berulang lagi di Pulau Pom Pom, juga di
Sabah. Jet pejuang Tentera Udara Republk Singapura sewenang-wenang menerobos
ruang udara Malaysia setiap bulan, kita berpeluk tubuh. Barangkali mahu
menunggu hingga JB kena aerial bombing dengan jet pejuang Singapura, baru
Malaysia akan scramble pertahanan udaranya. Peristiwa tanah runtuh, siling
bangunan roboh sehingga 5 kali setahun, berlaku secara berjadual di Malaysia.
Tahun 2010 kita hentikan Visa On Arrival untuk warganegara India dan Cina
kerana telah disalahgunakan apabila lebih 39,000 warganegara India dan 9,000
warga negara Cina dilaporkan telah overstay
dan bekerja secara haram di Malaysia. Tahun 2014, VOA untuk pelawat dari India
dan Cina akan dihidupkan kembali. Adakah ini petanda pihak berkuasa kita telah
belajar dari sejarah?
Tidak. Mereka jadi lupa dan
tidak dapat belajar dari sejarah kerana mata nampak duit, telinga dan mulut
tersumbat dengan duit dan otak hanya berfikir cara bikin duit dengan mudah.
20 tahun lalu pada 10
December 1993, Blok 1, Highlands Towers, Taman Hillview, Ulu Klang, roboh. 48
orang kehilangan nyawa. Berganda lagi, saudara mara, sahabat handai, rakan
taulan, yang mendapati hidup mereka berubah, kucar kacir, bercelaru kerana
kehilangan orang yang mereka sayangi. Termasuk Timbalan PM kita ketika itu, Tun
Musa Hitam.
Apa kata Tun Musa Hitam
tentang peristiwa menyayat hati ini, “I
must confess that when the tragedy happened, one of the things I knew for
certain – inside I felt this anger – was that it was the result of wishy washy
work, of people not being responsible. I also thought there must be elements of
corruption and neglect. “The sad thing is that in the last 20 years, things
don’t seem to have changed. There have been so many similar tragedies and sure
enough we get everybody making the same expressions of regret, anger and
promises to prevent reoccurences. It’s all talk and nothing seems to have been
done especially in the forms of laws, regulations and importantly,
enforcement.”
Iznkan saya
menterjemahkannya ke dalam bahasa kedua saya. “Saya mesti mengaku bahawa
apabila trajedi tersebut berlaku, satu perkara yang amat saya yakini betul –
dalam hati, saya merasa amat marah – ialah trajedi tersebut berlaku kerana
kerja kerja yang diambil mudah, tiada perasaan tanggungjawab. Saya juga
beranggapan semestinya ada elemen elemen rasuah dan kecuaian. “Yang menyedihkan
ialah setelah 20 tahun berlalu, tiada apa yang berubah. Terlalu banyak trajedi
trajedi serupa telah berlaku dan seperti saya jangkakan, kita dapati ramai
orang akan bercakap perkara yang sama, menyesal atas apa yang berlaku, marah
dan janji janji untuk memastikan peristiwa peristiwa sedemikian tidak berulang
lagi. Semuanya hanya cakap kosong dan tiada apa yang telah dilakukan terutama
dari segi undang-undang, regulations dan penguatkuasaan.”
Bukan saya yang cakap
tetapi mereka yang lebih ternama, arif dan bijaksana dari saya. Penasihat
Kerajaan bagi Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr.Rais Yatim dan mantan
TPM Tun Musa Hitam (orang Segamat, orang kampong saya). Nasihat dari Tan Sri Rais
Yatim, supaya kerajaan belajar dari sejarah (apa yang telah berlaku di
Singapura) adalah cara halus orang lama memberitahu yang kerajaan tidak pernah
belajar dari sejarah kerana Tun Musa Hitam secara tersiratnya telah berkata, yang
kerajaan tidak pernah belajar dari sejarah (“The sad thing is that in the last
20 years, things don’t seem to have changed”).
What more can I say except
that those who never learned from history is destined to repeat it. Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan
terus mengulanginya.
Hingga jumpa lagi, salam
sayang dari Uncle B, yang kadang kadang lupa, kadang kadang ingat sejarah.
Byeeee!!!!!
1 comment:
Salam tuan, izinkan saya memetik kata-kata Winston Churchill, mantan Perdana Menteri Britain yang saya yang maksudnya dalam bahasa ibunda saya berbunyi begini... "Sesuatu yang kita belajar dari sejarah ialah kita tidak pernah mempelajari apa-apa darinya".
Hakikatnya kita belajar dari sejarah, walaupun bukan semua. Pembangunan, kemodenan dan efektifnya pasukan polis, pasukan tuan juga satu ketika dahulu ialah kerana kita belajar dari sejarah. Sebab kita belajar dari sejarah, pasukan ini mempunyai keupayaan untuk mengekang anasir subversive, pelampau, terrorist dan segala macam ancaman.
Kenapa jenayah masih berlaku kalau semua ini kita belajar dari sejarah?
Sebagaimana manusia, teknologi, kemahiran dan kehendak manusia juga sentiasa berubah-ubah. Singapura yang tuan sentiasa agungkan itu pun, tergolek dog hanya kerana 400 orang perusuh. Kalau 100,000 yang sewel macam perhimpunan kat KL dulu maacam mana agaknya Polis Singapura nak nak handle? Apakah mereka tidak belajar dari sejarah?
Menyalahkan pihak berkuasa atas apa yang terjadi adalah tugas cukup mudah dan senang. Bahkan, pada sesetengah manusia, ia menjadi tugas suci dan kita dibayar untuk mengutuk dan mengkritik pihak berkuasa. Lagi hebat kritikan kita, lagi banyak isu kita bahaskan, lagi terkenal kita walaupun isu kita sebenarnya kelakar dan dungu.
Kenapa?
Kerana sebahagian besar orang kita sendiri tidak pernah belajar dari sejarah. Orang kita tidak pernah belajar dari sejarah bagaimana orang asing boleh menipu kita dan mengajar kita. Orang kita tidak pernah belajar dari sejarah bagaimana Perjanjian Pangkor 1874 boleh menyebabkan kita menggadaikan kedaulatan kita pada orang asing.
Hari ini, kita percaya orang lain lebih dari orang kita sendiri. Kita percaya orang asing lebih hebat, lebih bagus, lebih berintegriti dan lebih telus. Orang kita, pada pandangan kita, terutama kerajaan suka makan rasuah, korup dan tidak bertanggungjawab serta menggunakan asset kerajaan untuk kepentingan kita. Untuk itu, kita julang orang asing, kita muliakan Negara asing konon mereka lebih bagus dari kita.
Saya orang melayu tuan Bahar. Darah saya, darah melayu. Negeri ini, negeri melayu asalnya dan mudah-mudahan kekal selamanya. Saya belajar dari sejarah bagaimana sebuah negeri melayu di selatan Negara ini digadai dan dijual kepada Inggeris, kecuali dimiliki oleh bangsa lain. Saya tidak mahu sejarah ini berulang dan berpanjang kepada negeri saya ini.
Untuk ini, saya belajar dari sejarah bahawa percaya kepada orang sendiri lebih baik dari percaya kepada apa orang asing cakap kerana mereka berniat untuk menjajah Negara saya.
Sumpah dan ikrar saya, tetap berpaksikan kepada Tanah yang saya pihak, langit yang saya junjung.
Terima kasih tuan...
Alan
Post a Comment