Peristiwa sedih ini, mengajak saya bertanya. Apakah yang membezakan
manusia dengan binatang.
Adakah keupayaan berfikir yang menjadikan kita manusia. Jika benar,
apakah yang terfikir dalam minda si ibu sehingga sanggup “menyeksa” anak
sendiri sedemikian rupa. Saya pernah melihat seorang lelaki melayu
memberhentikan keretanya ditepi jalan yang sibuk dengan kenderaan untuk berlari
ke tengah jalan bagi menyelamatkan seekor anak kucing yang terkandas di divider
jalan. Lelaki ini terfikir barangkali, walapun binatang, dia sebagai manusia
perlu menyelamatkan satu nyawa anugerah Tuhan. Manusiakah lelaki ini kerana dia
boleh berfikir.
Saya juga pernah menonton satu program TV terbitan US yang menayangkan
video klip video klip kiriman penonton yang merakamkan peristiwa aneh, lucu dan
unik yang pernah berlaku. Salah satu dari klip tersebut merakamkan bagaimana
seekor anjing menyeberang ke tengah lebuhraya 6 laluan untuk “menolak” ke
divider jalan, bangkai seekor anjing lain yang mati dilanggar untuk mengelakkan
bangkai tersebut dari hancur kerana berterusan dilanggar. Apakah anjing yang seekor
ini punya perasaan. Manusiakah anjing ini kerana ia mempunyai perasaan kasihan.
Adakah kerana manusia ada 2 kaki dan 2 tangan dan berjalan atas 2 kaki,
maka kita layak dijenamakan manusia. Chimpanzee juga boleh berjalan menggunakan
2 kaki, walaupun lazim berjalan dengan keempat empat kaki dan tangan. Jika
begitu, manusiakah beruk yang boleh berjalan atas dua kaki? Atau pun seperti tajuk lagu Zainal Abidin
Headwind, “Kita Serupa” …….. tetapi ………
kita serupa dengan beruk.
Esok, lusa atau bila bila masa anda berada di tengah-tengah kelompok orang
yang lazimnya diiktiraf sebagai manusia, cuba berhatikan tingkah laku dan
perangai mereka. Paling tidak, baca cerita mengenai tingkah laku dan perangai kumpulan
yang dikelaskan sebagai manusia ini, seperti “mereka” yang mengabaikan remaja
OKU di atas, dan tanya diri sendiri. Tingkah laku dan perangai manusiakah yang
sedang aku lihat ini atau perangai binatang. Jadi, siapa manusia dan siapa binatang.