Monday, 7 March 2011

KALAU TAKUT HANTU, UNDI DACING

Antara tahun 1978-1979, saya masih ingat coming across some leaflets yang kononnya dikeluar dan diedarkan oleh the Chinese Literary, Debating & Cultural Society atau lebih kurang macam tulah punya persatuan. Manalah saya nak ingat sebab dah 32 tahun berlalu.

Yang saya tak boleh lupa ialah kandungan leaflets tersebut. Intipatinya menyeru kaum Cina supaya jangan kemaruk untuk menguasai politik tanah air tetapi sebaliknya memberi tumpuan penuh untuk memegang kuasa ekonomi negara. Dengan cara ini, menurut risalah itu lagi, kaum Cina akan berjaya memegang kedua-duanya sekali, kuasa politik (walaupun secara belakang tabir) dan kuasa ekonomi. Biarkan orang melayu memegang kuasa politik. Orang Cina hanya perlu pegang duit sahaja kerana politician Melayu boleh dibeli dengan wang ringgit, hiburan dan perempuan dan apabila telah dibeli, boleh disorong-sorong, semacam mana kita menggerakkan chess pieces atas papan catur.

As a malay, much as I hated it, I must admit that it is my ernest believe that almost all malay politicians are for sale especially yang pakai dacing. And to rub salt into wounds, these malay politicians for sale are supposed to be muslims and follow the righteous paths laid out by Allah s.w.t. It may not be true but that is what I perceive it to be. Of course like the ostrich that they are, the government of the day (who are still ruling and being ostriches) choose to bury their heads in the sands and proscribe and banned the leaflets.

Saya bukan jenis malay chauvinist atau perkauman kerana antara rakan karib saya ialah DSP Tan, seorang Cina Melaka dan DSP Sundanathan, seorang India. Bahkan saya sendiri dibesarkan dan mendapat pendidikan di sebuah negara yang majoritinya Cina dan diperintah oleh orang Cina hingga ke hari ini.

Tan, Sudar dan saya boleh duduk semeja dan bersuara mengenai perceived privileges dan disadvantages kaum masing-masing tanpa bertumbuk atau memerlukan ISA untuk melerai dan menenangkan kami. Kenapa jadi begitu? Sebab kami matured adults dan dah lama mengamalkan the spirit of 1Malaysia semasa ianya masih belum lagi dijadikan slogan politik oleh Najib and geng. Saya juga tiada niat lansung untuk mengadu-domba antara kaum. Jauh sekali.

Di peringkat akar umbi, melayu, cina, india dan lain-lain kaum, tak ada masa untuk bertelagah mengenai kaum mana anak emas, kaum mana dianak-tirikan dan kaum mana terpinggir. Mereka terlalu sibuk mencari rezeki untuk memberi makan anak bini untuk bergaduh pasal siapa makan siapa.

Yang menghidupkan api perkauman ialah golongan elit politik yang jatuh bangun dalam politik dan kembong kempisnya akaun bank mereka bergantung kepada sokongan politik kaum masing-masing. Justeru untuk mengelakkan setiap kaum bersatu padu atas roh 1Malaysia yang sebenarnya dan memikirkan tentang keadilan, kesaksamaan, human rights, ketelusan pemerintahan dan perampokkan hasil negara oleh golongan terpilih, setiap kaum telah ditakut-takutkan dan dibodoh-bodohkan dengan momok-momok dari kaum yang lagi satu yang kononnya akan mencekik mereka hingga pengsan, jika tidak mengundi parti-parti politik yang berasakan kaum.

Sedihnya oleh kerana kebanyakkan daripada orang malaysia termasuk lulusan menara gading lebih senang menghafal kelentong pensyarah, TV dan akhbar perdana daripada berfikir sendiri, maka negara akan terhoyong hayang, terumbang-ambing oleh malaun-malaun yang dipilih sendiri oleh rakyat kerana kononnya hanya golongan malaun ini sahajalah yang dapat melindungi rakyat daripada hantu-hantu Melayu, Cina, India dan Lain-Lain Kaum yang berkeliaran mencari mangsa dari kaum lain. Yang kaya raya ialah UMNOPUTRA, MCAPUTRA dan MICPUTRA yang boleh duduk semeja, bertepuk bertampar tanpa mengira kaum dan sama-sama gelakkan kaum masing-masing yang masih duduk di kampong, di bukit dan di estet kerana dungu sangat untuk mengundi mereka sehingga ke Putrajaya.

Em! Alahai!!! ni caranya depa nak menang undi. Pi takut-takutkan rakyat. Tak sivik betui.

Selamat mengundi dalam pilihanraya yang ke 13 nanti, daripada Uncle B yang suka mengingatkan para isteri yang suka komen tentang keburukkan suami masing-masing, "Lu orang yang pilih sendiri, lu oranglah tanggung akibatnya." Masa bercinta tak selidik betul-betul, dah jadi laki , baru nak menyesal. Padan muka.

Calo dan jumpa lagi.

Thursday, 3 March 2011

KAIN KAPAN KALIS API

Seorang pembaca yang menamakan dirinya Fazli, memberitahu saya melalui ruangan Sembang Kemas, blog Kaca Mata Ku, bahawa beliau akan memulakan latihan asas kepolisannya pada bulan Mac ini. Telah terlambat bagi saya menyakinkan Fazli untuk tidak memilih PDRM sebagai satu profession. Apa pun, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Fazli sebagai seorang pegawai polis.

Dalam masa yang sama, Nizam, seorang eksekutif di tempat kerja baru saya, telah memilih untuk meninggalkan tugasan yang telah dilakukannya sejak sekian lama untuk menyertai SPAD atau Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, sebuah ajensi kerajaan yang mempunyai elemen penguatkuasaan undang-undang ke atas semua bentuk pengangkutan awam di Malaysia. Bukan tempatnya untuk saya menyoal kenapa dah ada JPJ, mesti ada SPAD pula kerana kerja bertindih dan bertindan bukan perkara baru dan asing kepada pengurusan negara.

Kalau tidak, masakan kita ada lebih 30 kementerian dalam sebuah negara yang mempunyai 27 juta penduduk berbanding 17 kementerian di India yang populationnya boleh kencingkan Malaysia hingga banjir. Bagi conspiracy theorist seperti saya, hanya satu lubang yang saya nampak. Lebih banyak badan penguatkuasa undang-undang ditubuhkan, lebih banyak peluang dibuka untuk rasuah merasuah. Timbunan wang rasuah yang diperolehi akan membolehkan orang berbelanja sakan tanpa mengira hari tua dan ini secara lansung akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Apa kata para ekonomist. Ada betulkah cakap saya ini.

Kepada Fazli dan Nizam hanya satu nasihat yang akan saya sampaikan kepada anda berdua. Kuasa yang diberi kepada anda sebagai pegawai polis dan pegawai SPAD adalah untuk menjaga dan menjamin kesejahteraan rakyat, bukan untuk kepentingan diri dan poket sendiri. Perkiraan saya mudah. Kemalangan jalanraya berlaku kerana kegagalan menguatkuasakan undang-undang yang ada, kerana pegawai penguatkuasa telah dibeli. Tak kiralah sama ada Trafik PDRM, JPJ, SPAD atau PUSPAKOM yang telah dibeli. Accident berlaku kerana pemandu tak takut bawa laju-laju atau syarikat bas tak takut gunakan bas yang tidak roadworthy kerana semua badan menguatkuasa telah disogok. Begitu juga dengan PDRM. Jenayah meningkat terutama jenayah bersindikit seperti judi, pelacuran, DVD cetak rompak, dadah, dll kerana warga PDRM (bukan majoriti ah!) boleh tutup mata sebelah kerana poket dah berat sebelah.

Terpulang kepada anda berdua, Fazli dan Nizam, bagaimana untuk memenafaatkan jawatan yang telah anda sandang. Sama ada anda memenafaatkannya untuk kesejahteraan rakyat atau memenafaatkannya untuk kesejahteraan diri sendiri. Tepuk dada tanya nafsu.

Tapi ingat, tiada apa yang akan berlaku, jika Allah tidak mengizinkan. Bermakna Allah telah menggerakkan hati lembaga pemilih PDRM dan SPAD untuk melantik anda sebagai seorang penguatkuasa dan bukan manusia. Anda akan ditanya di akhirat nanti, apa yang telah dibuat dengan kuasa besar yang telah diberi kepada anda. So, apabila anda menadah tangan untuk terima wang tak betul, cuba bayangkan api yang menyala-nyala sedang membakar badan anda.

Akhir kata dari Uncle B kepada semua penguatkuasa undang-undang di negara serba boleh ini, termasuk bebudak MACC dan pakcik makcik di Kabinet, wasiatkanlah supaya anda dikafankan dengan kain putih yang kalis api, jika anda bercita-cita untuk jadi kaya dengan kuasa yang anda ada.

Byeee!!!!!

Sunday, 27 February 2011

MANA NAK LETAK MUKA WEH! - CELAH BONTOT KOT!

Atas permintaan The Royal Com­mission of Inquiry ke atas kematian Teoh Beng Hock, Peguam Negara Malaysia telah melantik polis pencen dari United Kingdom, Detektif Sarjen Michael Leslie Squires untuk menyiasat keadaan dan sebab yang membawa kepada kematian mendiang Teoh Beng Hock, yang sejurus sebelum mati, berada di pejabat MACC.

Mengikut Pekeliling yang dikeluarkan Khamis lalu (24/2/11), bekas detektif sarjen, yang datuk moyangnya pernah menjajah kita dahulu dan yang nenek moyang kita pula dengan bangga halau keluar dari Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, diberi “all powers in relation to investigation given to police officers and is authorised to search any premises and take possession of any articles or documents relating to the matter being investigated”. Untuk makluman semua warga PDRM, Squires menyertai pasukan polis Britain pada tahun 1971 dan berkhidmat sebagai seorang detektif sarjen aje sebelum meninggalkan pasukan polis tersebut.

Semasa dalam Angkatan Tentera Malaysia dahulu, saya sempat melawat Hospital Tentera, Terendak Kem, Melaka, sebaik sahaja hospital tersebut yang dahulunya merupakan sebuah British Military Hospital, diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia. Terpandang sahaja satu graffiti yang terpampang di suatu ceiling hospital tersebut, meluap-luap semangat kebangsaan saya. Time tu kalau ada sekor matsalleh depan saya, mahu saya ganyang sampai lumat bangsa penjajah ni. Macam tu punya berkobar-kobar jiwa patriotik saya. Tu kalau matsallleh lelaki, kalau yang perempuan takkan saya nak belasah pulak. Arwah atuk mendidik saya to be kind and gentle to women. Jadi masa tu kalau ada mem matsallleh, mesti saya ayat sampai tak bernafas punya, terus pakai baju kurung, tukar nama kepada Aminah dan ikut saya balik ke kampong asal saya di Segamat, Johor (kampong angkat I di Singapore, you). Untuk maklumat, adik-adik dan abang-abang, itu cara saya marah perempuan. Biar depa terseksa dalam kerinduan.

Nak tahu apa tulisan yang tertulis kat ceiling tadi yang bikin saya hampir-hampir jadi Kiyai Salleh dari Batu Pahat?. “Lets see how these monkeys run the show now”. Siapa tak marah. Pandai sangat ke bangsa penjajah ni hingga begitu kurang ajar dan berani memperlekehkan kebolehan anak watan kita. Itu dulu. Sekarang lain sikit.

PDRM dah berumur 204 tahun. Dulu konstabel setakat lulus darjah 6, sekarang dah berlambak yang berdiploma, ijazah pun ada. Dulu, pass SPM Gred 3 dah boleh jadi Encik Inspekter, hari ini ada ijazah pun belum tentu berjaya dipanggil Tuan Inspekter. Apatah lagi kalau memasang angan-angan nak go up in the ranks dan jadi pengarah. Kurang-kurang kena ada 2-3 ijazah, tak pun ada Masters atau Phd. Mana kelas gitu kalau OCPD setakat bangga dengan STP, betul tak?

Soalannya, kat mana pandainya Polis Great Britain dan kat mana pulak dungunya PDRM sehingga sebuah Suruhanjaya Diraja Malaysia terpaksa memanggil bekas pegawai penyiasat dari Britain untuk menyiasat semula kematian Teoh Beng Hock, dah tu sarjen aje pulak tu. Saya tak salahkan Suruhanjaya Diraja tersebut kerana menafikan kepakaran ilmu siasat-menyiasat polis malaysia. Saya sendiri naik darah dibuatnya bila membaca cara siasatan kes Teoh Beng Hock dijalankan kerana benda yang basic pun gagal dilakukan oleh pegawai penyiasat.

Saya taklah nak suruh orang besar KDN atau orang besar polis letak jawatan kerana episod yang amat memalukan sejarah kepolisan tanah air ini sebagaimana Menteri Dalam Negeri Korea Selatan letak jawatan apabila seorang koperal polis Korea mengamuk dan bunuh orang atau Menteri Pengangkutan Cina letak jawatan apabila 2 keretapi Republik Rakyat Cina berlanggar. Jangan ... jangan ... jangana. Jangan minta sambung perkhidmatan secara kontrak pun dah memadai.

Kalau ada alasan minahsabah mengapa siasatan kes Teoh Beng Hock dijalankan secara slipshod, Speak Now Or Forever Hold Your Peace”. Jangan tunggu sampai tak dapat sambung perkhidmatan, baru nak cot cet, cot cet, ada orang ketigalah, kerajaan tak ambil berat permintaan polislah dan macam-macam lagi. Masa berkhidmat dan dengan pangkat besar pulak tu, diam membatu.

Apa pun, Suruhanjaya Diraja dah pun arah dan Peguam Negara dah pun, keluarkan surat perlantikan Detektif Sarjen Bersara, Michael Leslie Squires dari Polis UK untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Sok Sek, Sok Sek, soalan akhir Uncle B, sebelum kita berjumpa lagi di lain masa, “Mana nak letak muka weh!!!! Celah bontot kot?”

Wednesday, 23 February 2011

YANG MENONJOL, TERJOJOL, BERGOLEK & BERALUN

Bagi seorang lelaki, apabila berada di shopping complex yang tumbuh macam cendawan lepas hujan, perkara yang paling sukar dielakkan ialah zina mata. Anda boleh berjalan cara menonong aje ke destinasi tanpa melihat kira, kanan dan mengalihkan pandangan jika terserempak perkara mungkar. Risikonya, anda boleh terlanggar tiang, tembok atau paling bahaya, berlaga dada. Bertembung dengan jantan tak apa, kalau berlaga dada dengan perempuan, tak ke naya.

Berastafar panjang dibuatnya apabila senantiasa terdedah kepada peha-peha gebu, putih licin yang dipamirkan oleh tuannya yang memakai seluar pendek atau melihat alur punggung sigadis yang pakai hipster dan tank top. Biji mata mana yang tak terjojol kalau sana-sini macam nak menerpa keluar payu dara (PD) yang dibungkus baju tak cukup kain atau punggung montok yang bergolek-beralun ke sana ke mari. Hari Sabtu 19/2/11 yang lalu, menarik nafas panjang saya dibuatnya apabila terserempak dengan 3 set PD (maknanya ada 3 aweklah tu) yang ½ terdedah dengan 1 set hampir terkeluar kerana sebelah lengan blaus sipemakai dah terlondeh tanpa disedarinya. Barangkali itu sebabnya kalau kita perhatikan, cleaners di pusat-pusat membeli belah selalu kena mob lantai yang penuh dengan air liur yang terjejeh-jejeh.

Yang hairannya kalau ada jantan yang merenung tepat dan tajam kepada barang-barang yang tededah dan yang nak terkeluar tadi, gerenti laporan polis dibuat kerana gangguan sexual atau paling tidaknya, dikutuk sebagai jantan miang. Lebih teruk kalau orang tua macam Uncle. Tentu kena kutuk, tua keladi, tak sedar diri.

Kenapa kita ambil masa berjam-jam, keluar masuk kedai, bahkan sanggup berpindah-randah dari satu shopping komplex ke satu shopping komplex untuk beli baju. Jawapannya kerana nak pilih baju yang cantik. Kenapa nak pilih baju yang cantik. Tentu sekali supaya orang pandang dan kita dikata menawan. Justeru itu, lojiknya, kalau dah pakai baju terdedah sana terdedah sini, tentunya mahu benda yang ditonjolkankan diadmire oleh orang lelaki. So, bila kami kaum Adam merenung lama dan penuh keinginan kepada benda-benda yang sengaja dipamirkan, kenapa marah?

Yang tak sedapnya, wanita melayu yang saya percaya beragama Islam, turut tak mahu kalah dengan wanita dari bangsa lain dalam bab tayang menayang PD dan bumper. Elok juga pakai purdah. Kurang sikit jantan-jantan yang terseksa dan diseksa semasa membeli-belah. Seksanya sama macam kita pergi window shopping. Tengok barang dalam cermin, yang dipamir khas untuk menarik perhatian sesiapa yang melihat, kecor air liur, berdenyut kepala dibuatnya. Nak dipegang-pegang, tauke kedai renung semacam aje, sebab dah agak kita jenis sengkek. Nak dibeli jauh sekali sebab kita kategori manusia yang beli baju lihat label harga dulu walaupun hati dah berkenan. Jadi melopong ajelah dan melopong adalah satu penyiksaan.

Kepada semua kaum Hawa, tidak kira bangsa, agama dan paras rupa, kalau nak tayang body, tayanglah, pak imam tak boleh tangkap tapi kena ingat. Kalau gatal nak main rugby jangan komplen kalau badan sakit dan tulang patah riuk. Kalau tak nak sakit atau cedera, jangan main rugby, lebih selamat duduk bersimpuh dan main congkak. Kalau tak faham bahasa berkias dan beranalogi ni , ........, lantaklah kome. Tak dapek den nak nolong.

Hingga komentar hidup yang berikutnya, selamat menonton, dari Uncle B , yang tak suka pandang kalau tak boleh pegang.

Byeee!!!!

Thursday, 17 February 2011

INDIA TERPINGGIR DAN PDRM

Cari dalam Utusan Malaysia memang tak ada, tetapi Tamil Nesan melaporkan bahawa presiden MIC, G.Palanivel, dalam kunjungan hormatnya kepada Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan, telah meminta RTM menyediakan slot berita Tamil yang kedua. Slot pertama hanya menyiarkan berita-berita umum sahaja, oleh itu slot kedua diperlukan untuk mengenengahkan isu-isu yang membungkam masyarakat India Malaysia.

Bagus juga cadangan tersebut. Boleh meriah RTM dibuatnya dengan slot berita atau rancangan yang seumpama dengannya. Mau tidak, lepas ini mesti berduyun-duyun kaum-kaum lain seperti, kaum Cina, orang Asli, kaum-kaum yang ada di Sabah & Sarawak, dll kaum, minta Pak Menteri Penerangan sediakan slot TV khas untuk kaum masing-masing. Jangan pulak tinggalkan slot berita special untuk orang Melayu yang dah hilang Tanah Melayunya dan bahasa pula dah jadi Bahasa Malaysia. Bimbang Katak Lompat spesis Ibrahim Ali dan PERKASA berdemonstrasi nanti.

Bila banyak rancangan TV perkauman seperti yang diminta oleh MIC, bolehlah tambah satu lagi channel TV. Bila tambah channel, kena beli peralatan baru dan buat bangunan baru. Bila beli barang dan buat bangunan baru, boleh juga anugerahkan kontrak kepada saudara mara dan kroni. Itu belum ambil kira persen yang masuk poket.

Kalau masing-masing kaum nak ada slot berita khas untuk kaum sendiri, apa dah jadi dengan 1Malaysia yang dimegah-megah dan epong ke sana ke mari oleh Najib dan mereka yang seangkatan dengannya? Aku dah cakap dari dulu lagi. Tak macam sahabat kita di Selatan dan even in Indonesia, Malaysia kita ni, lebih banyak slogan & retorik daripada isi. Cuba buat kajian sendiri. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, berapa banyak slogan yang Singapura dan Indonesia ada berbanding BolehLand.

Sebut pasal slogan dan retorik, aku nak tanya pucuk pimpinan PDRM. Agaknya teruk sangat ke rasuah dalam PDRM? Zaman Musa Hassan dulu, mula-mula polis kena pakai badge murahan, ‘Saya Anti Rasuah”. Kemudian pakai badge yang mahal sikit, “Integriti Amalan Kita”. Bawah Tan Sri Ismail, lancar pulak kempen memerangi jenayah. Kononnya kempen ini bukan sahaja ditujukan kepada polis, malahan kepada masyarakat juga.

Tang ni aku heran sikit. Jika ditujukan kepada masyarakatt, bermakna sedarkan orang ramai supaya jangan menawarkan sogokan kepada penguatkuasa undang,-undang tak kiralah dia orang dari polis ke, Imigresen ke, Dewan Bandaraya ke atau MACC. Tapi kalau yang disogok, tak mahu terima dan sebaliknya, laporkan kepada pihak berkuasa dan kemudian semua penyogok kena dakwa di mahkamah, lama kelamaan siapa yang berani nak sogok penguatkuasa undang-undang. Betul tak? Bak kata saudara mara saya, its like determining whether to put the cart before the horse or the horse before the cart. Apa kata reward setiap penguatkuasa undang-undang dengan cash apabila aduannya terhadap penyogok didakwa dan disabit kesalahan. Hadiahkan 10% daripada denda jika dijatuhkan hukuman denda dan RM100 bagi setiap bulan pesalah dihukum penjara atau kedua-duanya sekali. Kalau laporkan jerung, dapat bonus lagi. Boleh tak boleh? Lu fikirlah sendiri.

Hingga ketemu lagi, salam sayang dari Uncle B, yang dah tak larat nak dengar lepas satu, satu lagi propaganda golongan berkuasa (tak kiralah yang berkuasa dalam PDRM atau kerajaan) demi sesuatu kepentingan tersembunyi.