Cari dalam Utusan Malaysia memang tak ada, tetapi Tamil Nesan melaporkan bahawa presiden MIC, G.Palanivel, dalam kunjungan hormatnya kepada Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan, telah meminta RTM menyediakan slot berita Tamil yang kedua. Slot pertama hanya menyiarkan berita-berita umum sahaja, oleh itu slot kedua diperlukan untuk mengenengahkan isu-isu yang membungkam masyarakat India Malaysia.
Bagus juga cadangan tersebut. Boleh meriah RTM dibuatnya dengan slot berita atau rancangan yang seumpama dengannya. Mau tidak, lepas ini mesti berduyun-duyun kaum-kaum lain seperti, kaum Cina, orang Asli, kaum-kaum yang ada di Sabah & Sarawak, dll kaum, minta Pak Menteri Penerangan sediakan slot TV khas untuk kaum masing-masing. Jangan pulak tinggalkan slot berita special untuk orang Melayu yang dah hilang Tanah Melayunya dan bahasa pula dah jadi Bahasa Malaysia. Bimbang Katak Lompat spesis Ibrahim Ali dan PERKASA berdemonstrasi nanti.
Bila banyak rancangan TV perkauman seperti yang diminta oleh MIC, bolehlah tambah satu lagi channel TV. Bila tambah channel, kena beli peralatan baru dan buat bangunan baru. Bila beli barang dan buat bangunan baru, boleh juga anugerahkan kontrak kepada saudara mara dan kroni. Itu belum ambil kira persen yang masuk poket.
Kalau masing-masing kaum nak ada slot berita khas untuk kaum sendiri, apa dah jadi dengan 1Malaysia yang dimegah-megah dan epong ke sana ke mari oleh Najib dan mereka yang seangkatan dengannya? Aku dah cakap dari dulu lagi. Tak macam sahabat kita di Selatan dan even in Indonesia, Malaysia kita ni, lebih banyak slogan & retorik daripada isi. Cuba buat kajian sendiri. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, berapa banyak slogan yang Singapura dan Indonesia ada berbanding BolehLand.
Sebut pasal slogan dan retorik, aku nak tanya pucuk pimpinan PDRM. Agaknya teruk sangat ke rasuah dalam PDRM? Zaman Musa Hassan dulu, mula-mula polis kena pakai badge murahan, ‘Saya Anti Rasuah”. Kemudian pakai badge yang mahal sikit, “Integriti Amalan Kita”. Bawah Tan Sri Ismail, lancar pulak kempen memerangi jenayah. Kononnya kempen ini bukan sahaja ditujukan kepada polis, malahan kepada masyarakat juga.
Tang ni aku heran sikit. Jika ditujukan kepada masyarakatt, bermakna sedarkan orang ramai supaya jangan menawarkan sogokan kepada penguatkuasa undang,-undang tak kiralah dia orang dari polis ke, Imigresen ke, Dewan Bandaraya ke atau MACC. Tapi kalau yang disogok, tak mahu terima dan sebaliknya, laporkan kepada pihak berkuasa dan kemudian semua penyogok kena dakwa di mahkamah, lama kelamaan siapa yang berani nak sogok penguatkuasa undang-undang. Betul tak? Bak kata saudara mara saya, its like determining whether to put the cart before the horse or the horse before the cart. Apa kata reward setiap penguatkuasa undang-undang dengan cash apabila aduannya terhadap penyogok didakwa dan disabit kesalahan. Hadiahkan 10% daripada denda jika dijatuhkan hukuman denda dan RM100 bagi setiap bulan pesalah dihukum penjara atau kedua-duanya sekali. Kalau laporkan jerung, dapat bonus lagi. Boleh tak boleh? Lu fikirlah sendiri.
Hingga ketemu lagi, salam sayang dari Uncle B, yang dah tak larat nak dengar lepas satu, satu lagi propaganda golongan berkuasa (tak kiralah yang berkuasa dalam PDRM atau kerajaan) demi sesuatu kepentingan tersembunyi.
No comments:
Post a Comment