Saya baru sahaja habis menonton rancangan Bersama Mu keluaran TV3 (Rabu 15 Ogos 2007). Tak payahlah saya jelaskan apa itu rancangan Bersama Mu. Para pembaca blog sedia maklum yang ianya memaparkan kisah rakyat-rakyat miskin negara Malaysia yang cemerlang, gemilang, terbilang, yang kais malam makan pagi, kais pagi makan petang, yang kalau dalam bahasa kasar dan kurang ajarnya, papa kedana. Rancangan malam ni fasal seorang ibu yang menjadi buta sejak umor 24 tahun kerana penyakit glaucoma. Kenapa tak berubat awal? Sebab miskin dan hospital jauh dari rumah.
Terdetik hati saya. Eh? mengapa macam ni. Bukankah kita dah 50 tahun merdeka. Bukankah kata surat khabar perdana, Malaysia lebih maju dan membangun dari negara-negara jiran kita kecuali negara tempat saya dibesarkan. Kenapa jadi macam ini. Tak adakah wakil rakyat nak ambil tahu hal-hal orang susah macam yang sering dipaparkan oleh Bersama Mu. Kalau tuan/puan kata mana nak larat 1 wakil rakyat nak jengok satu kawasan yang luas yang dia wakili di DUN atau parlimen, kan kita ada sistem Jawatankuasa Keselamatan Kampong. Mana perginya sistem ketua kampong dan sistem penghulu yang ada. Takkan nak harapkan komplex penghulu aje yang besar tapi penghulu makan tidor. Ha! lagi satu ... mana perginya bapak-bapak dan ibu-ibu UMNO Bahagian dan cawangan. Takkan tak tahu apa yang berlaku dalam kawasan masing-masing. Nak tunggu dekat pilihanraya ke, baru nak jengah orang kampong, baru nak derma dua tiga helai baju sekolah, dah tu siap dengan RTM, TV3, TV7, V9 dan kalau boleh agaknya nak panggil CNN dan BBC sekali, buat litupan majlis tolong orang susah ni. Prihatin konon. Hampir lupa, maka hilangnya Projek Pembangunan Rakyat Termiskin ah?
Kebetulan tak lama lagi kita nak berarak ramai-ramai sambut merdeka. 50 tahun you. Kalau pegawai kerajaan tinggal 6 tahun lagi nak pencen. Bila tengok orang miskin jadi bahan tontonan di TV, terfikir saya. Apa erti merdeka?
Merdeka tu bebas dari penjajahan. Betul. Merdeka tu maknanya kita boleh urus negara kita sendiri ikut corak kita sendiri. Betul lagi. Merdeka tu maknanya kita boleh urus hasil mahsul negara kita untuk menafaatkan oleh rakyat kita sendiri. Bukan macam orang putih penjajah laknat tu, depa kaut keuntungan hasil bumi negara, depa pelari kekayaan kita bawa pergi London, orang putih kat United Kingdom yang senang lenang. Tak betul tu kan?
Tapi hairan pulak, orang Inggeris dah lama berambus dari negara kita tapi kenapa sampai ada rancangan Bersama Mu minta simpati rakyat untuk tolong orang miskin. Mana pergi duit Petronas. Tahun lepas Petronas untung RM 76 billion. Tarik balik subsidi minyak 30 sen, negara jimat RM 4 billion. Hai! banyak sangat ke RM 4 billion dari untung RM 76 billion. Bukankah Petronas syarikat negara yang dibiayai oleh wang rakyat untuk menguruskan hasil bumi Malaysia untuk kesejahteraan rakyat Malaysia juga? RM 4 juta pun nak kira ke? Atau pun duit Petronas untuk menyelamatkan syarikat-syarikat tertentu sahaja macam projek Free Trade Zone Pelabuhan Kelang tu?. Buat rumah RM 1 billion boleh tapi nak tolong turunkan harga sarapan rakyat marhaen (roti cati dan teh O) dengan subsidi minyak tak boleh. Alahai! tak faham saya.
Kita ni dah merdeka ke kalau fikiran kita masih terjajah oleh Whitehall, dah merdeka kah kita, kalau apabila Islam Hadhari diterima pakai (di ok kan) oleh Washington kita melompat katak terkinja-kinja happy sangat sebab orang barat approved kita punya Islam Hadhari. Hello! tu maknanya fikiran kita masih terjajah walaupun fisikal kita bebas. Berdaulat ke negara kita ni, kalau nak bangunkan tempat kita sendiri kena tubuhkan Joint Ministerial Commitee dengan menteri negara jiran. Kalau kita merdeka, rumahtangga kita, kitalah yang urus Yob, bukan jiran sebelah rumah. Betul tak?
Bukankah merdeka bererti juga kita bebas dari kepapaan, dari kebobrokan, bebas fisikal, mental dan spiritual. Saya pun idealist membuta-tuli. Saya pun tahu, takkan lah semua 27 juta orang rakyat malaysia nak jadi jutawan. Tak masuk dek akal. Tapi selepas 50 tahun takkan lah sampai ada orang buta sebab tak dapat rawatan perubatan kerana rumah jauh dari hospital dan papa, takkan ada budak-budak belajar pakai pelita minyak tanah lagi, takkan ada 5 keluarga mati terbakar kerana tak mampu bayar bil letrik.
Macam ni lah. Senang cerita. Selepas 50 tahun merdeka, selepas 30 tahun saya kerja polis (bahasa orang kampong ni) dan selepas polis berusia 200 tahun, apabila saya lapor diri ke pejabat baru saya, selepas 4 bulan, furniture yang negara merdeka tercinta saya beri pada saya untuk buat kerja masih lagi satu meja tulis murah, 3 kerusi dan 2 cabinet besi zaman tok kadok. Tu aje. Oooppss! lupa baru dapat 1 laptop 2nd hand tapi printer tak ada. Hampir lupa pejabat saya tak ada air con. Pangkat kecik tak besar pun tak tapi kalau dalam tentera kira Lt.Kol lah. Kalau penjajah buat saya macam ni, saya terima, sebab namanya pun penjajah. Kaki sapu, tu sebab orang barat suka jajah negara Asia dan Afrika. Ni tidak, anak watan saya sendiri buat kami macam ni (bukan saya sorang yang begini nasibnya, ramai lagi tapi dia orang tu tengah congak-congak nak naik pangkat. Banyak sangat komen nanti kena gam, naya!!).
Merdeka ke nih? Cemerlang, Gemilang, Terbilang.

No comments:
Post a Comment