Prologue
Dulu masa gaji kecil dan pangkat pun kecil aje, saya ada banyak masa untuk jalan-jalan bukan untuk cari makan tapi untuk tengok kehidupan dan kemudian buat catatan dalam buku nota yang sentiasa bersama saya. Orang bersajak kita bersajak orang berpantun kita berpantun. Perasaan diri hero sastera melayu rupanya hero katun lelucun. Sebenarnya saya dari bangku sekolah lagi minat tentang tulis menulis ni. Adalah satu cerita komik diterbitkan, 2 sajak dan satu antologi sajak bahasa inggeris diterbitkan semasa saya bersekolah di Singapura. Tapi tak yakin tentang keupayaan penulisan saya, maka tinggallah hobi sampai hari ini.
Berikut adalah sajak terbaru I. Tengok Hishamudin Tun Hussein angkat keris nak jadi hero orang melayu walhal depa lah perompak hak orang melayu marhaen saya terpanggil untuk merakamkan perasaan saya dalam bentuk ini. Bacalah. Tak suka dah!
PENDEKAR MELAYU BARU
Sehebat mana jerujuk-jerujuk besi yang menungkat langit mencabar awan
setangkas mana jalan-jalan yang melebar angkuh
merentas bumi menumpas hutan
segagah mana pahlawan-pahlawan Melayu baru yang menakluk
dengan kontrak-kontrak gergasi yang diberi pada diri sendiri
Adakah sehebat gubuk-gubuk buruk yang ditelusi angin
menunggu masa menyembah bumi
tempat cucu-cucu Merdeka bertedoh mendongak seketika ke langit
mengiakan kehebatan Twin Towers mu
Adakah setangkas kaki-kaki bersalut selipar jepun yang hanya mampu berterima-kasih
kerana tidak perlu membayar tol sambil dudok bersimpuh termenung di tepi jalan
melihat Mercedes, BMW, Lexus suku sakat mu merentas angin
Mungkin segagah hidup mu, lagak mu, gaya mu susila mu
yang di perhambakan oleh Coca Cola, YSL, Versace , Starbucks & CoffeeBeans
dan putera-putera mu bukan lagi Awang dan Damak tapi Razaleigh dan Andy
lalu puteri-puteri mu tidak juga Melor dan Cempaka tapi Cynthia dan Debbie.
Hebatkah kita ........ Tangkaskah kita ......... Gagahkah kita
jika kehebatan, ketangkasan, keangkuhan ini dibina
atas kesengsaraan adik-adik pribumi mu yang mengharap
berkongsi sama lagak gaya mu itu
1 comment:
teruskan bersajak..:)
Post a Comment