Saturday, 9 August 2008

KETUANAN MELAYU & ALL THAT BULLSHIT

KETUANAN MELAYU & ALL THAT BULLSHIT


Very sorry boss, kali ni lama sangat tak menulis. The last posting was on July 14th. That’s about two weeks ago. Advise from seasoned bloggers is that you must post at least one a week, otherwise readers will stay away from your blog. Then again, what if traffic to your blog can be counted on the fingers of one hand. So I broke my promise again to post regularly. Apa boleh buat mah! Busy loh!


I have started jogging again. After office, either around the vicinity of the office, JKR and Bank Negara or at the Lake Gardens. I’ll finished at about 6:30 and arrived home about an hour later for a distance of about 17 km. For that I must say a thousand thank you to our Barisan Nasional led government for the excellent public transport system that they have built up when they removed a large chunk of the subsidy from the price of petrol. At home, much of my time will be spent with my granddaughter who at the age of two thinks that my wife and my time revolves around her. Not that I resent it, in fact I enjoyed making her the centre of my life. At least when I make her the centre of my life I get rewarded by her love. When I make my work the centre of my life years back when my daughter was growing up, what do I get but sakit hati and countless number of surat layang from well connected crooks and non performing and crooked subordinates.


Enough about me. Since about 3 weeks ago, my wife, my sister and my brother- in-law has voiced their concern about the plight of the malays in this country. According to them, when BN lost it’s 2/3 majority in parliament, Melayu mati. Penang has done away with the DEB when dishing out projects and contracts, their ADUN doesn’t want to wear the songkok and the chinese and the indians are now demanding this and that. Because BN has become weak, UMNO has become weak and when UMNO is weak it cannot protect Malay rights and privileges. Dei!! Just one question please. Who is UMNO trying to protect now. The majority rural malay rights or the miniscule malay elites rights and privileges? Let’s be honest and don’t play the racial sentiment please.


I have lay down my thoughts on this issue countless number of times, so I do not want to be an old 33 rpm vinyl record. If you don’t know what is a 33 rpm vinyl record then you are too young to know that at one time there are leaders who joint politics to uplift the plight of the rakyat and not to enrich themselves, their families and their lap-dogs. But I’ll say it one last time anyway. It was not PAS, PKR, DAP or any other opposition political parties that has ruled this country for 51 years now. It was not a PAS, DAP or PKR prime minister that gave Singapore to Lee Kuan Yew in 1969. It was not a PKR, DAP or PAS led government that gave Pulau Batu Putih to the Singaporeans. It was not a PKR, DAP or PAS led government that allows the sale of the private health industry (KPJ) to the majority chinese Singapore’s investment arm, Temasik Holdings and later buys it back using the Malaysian rakyat’s (majority malay) money at a hefty profit to Singapore. Heard about the latest one? MAYBANK is not a PKR, DAP or a PAS Government Linked Company. Yet it brought Bank International Indonesia shares at 5 times the market price from Temasek Holdings, using the malaysian public money of course. Should it decide to continue with the agreement, MayBank stands to loose billions and should it rescind the contract with Singapore, the deposit of RM 480 million is forfeited.


Banyak lagi contoh saya boleh lontar dan baling kat anda bagi membuktikan bahawa kalau orang melayu hilang kuasa, bukan salah orang bukan melayu, tapi salah pemimpin melayu sendiri, tapi baling ketul mas kat orang cacat penglihatan dan pendengaran tak guna. Bak kata pepatah Inggeris yang dah saya ubah ke Bahasa Melayu dan modify sikit ikut keadaan semasa. Tiada yang lebih buta kecuali orang celik tapi tak mahu melihat, tiada yang lebih pekak kecuali orang yang boleh mendengar tetapi tuli dan tiada yang lebih bodoh atau bangang atau goblok kecuali mereka yang berbakul ijazah tetapi tak mahu dan malas berfikir.


So I asked you now. Siapa jual siapa dan siapa kena jual. Kalau bukan melayu yang jual melayu kepada bukan melayu. Cukuplah tu, berhentilah nak perjuangkan hak atau ketuanan melayu. Saya lebih rela jadi kuli yang dihormati, ditakuti dan digeruni oleh boss daripada jadi boss yang kepalanya asyik kena sekel dek kuli dan diperbodohkan oleh kuli. Inilah yang berlaku di Malaysia hari ini. Nama sahaja orang melayu pegang kuasa politik tapi yang mencaturkan penggunaan kuasa tersebut adalah mereka yang berduit.


Persoalannya siapa yang pegang ekonomi negara. Macam nilah cerita. Bolehkah saya mendabek dada mengaku jadi tuan rumah, kalau saya ketar lutut nak beritahu tetamu yang dah mula kurang ajar dalam rumah kita supaya berambus. Saya teringat satu drama barat di TV masa saya muda dulu, tak ingat nama drama tersebut. Yang saya ingat, masa tu budaya matsalleh macam budaya orang melayu satu masa dulu. Kurang ajar kalau lelaki melayu dan wanita melayu, walaupun dah bergelar suami isteri beromen di khalayak ramai. Hari ini budaya melayu dah tukar, ikut matsalleh pulak. Lantaklah nak londeh kain ke, nak tayang tetek ke atau nak raba apam girlfriend depan khalayak ramai ke, itu hak peribadi individu. Saya tak akan minta maaf kerana guna bahasa kesat. Sebab orang melayu ni satu macam punya bangsa. Cakap baik-baik dia tidur. Orang melayu kena hogah kepala dia, kena bagi selepuk, baru dia sedar. Itu pun sekejap aje, lepas tu balik takuk lama. Termasuklah saya sendiri.


Tak percaya? Tengok UMNO sekarang. Dulu masa berkuasa penuh sebelum pilihanraya 1999, ada UMNO sibuk-sibuk nak tolong orang melayu luar bandar? Haram. Yang ditolong melayu koperat/keparat. Polisi pembangunan yang ada untuk menyenangkan tokeh melayu ali baba aje. Ini bukan serkap jarang kawan. Saya tahu satu syarikat RM 2 melayu yang diberi (bukan melalui tender) kontrak buat projek pembangunan semula kawasan setinggan di dua kawasan setinggan di Lembah Kelang tapi modal dikeluarkan oleh towkay Cina (saya lebih dari tahu siapa towkay Cina tu). Melayu tu dapat duit atas angin aje sejumlah RM 20 juta.


Lepas kena penampar oleh pengundi Melayu sampai hilang Terengganu pada PAS dalam pilihanraya 1999, kecoh balik nak bela orang melayu. Pilihanraya tahun 2004, ambil hati melayu kampong dengan meletakkan orang alim sebagai pemimpin negara nombor wahid, janji orang melayu itu dan ini, tunjukkan sikap lemah lembut dan berbudi bahasa yang dapat menawan hati melayu. Keluar slogan Work with me, not for me. Kerja dengan saya bukan untuk saya. Ialah tu. Kerja dengan saya untuk senangkan siapa? UMNO melalui kerjasama dengan parti politik bukan melayu, menang besar. Ada mereka sibuk-sibuk nak kongsi kuasa dengan PAS?


Anyway, berbalik kita pada cerita drama TV tadi. Anak perempuan keluarga matsalleh ni liar sikit dan kurang ajar. Jadi bapa dia beri kata putus. “If you can’t live by the rules of my house, then get out and get lost”. “Kalau engkau tak boleh ikut peraturan rumah aku ini, lebih baik kau berambus”. Kalau tak faham lagi kiasan saya, macam manalah orang melayu nak jadi tuan. Nak jadi kuli pun belum tentu layak. Yang layaknya jadi umpan buaya aje.


Sebut pasal hak melayu ni, syukur alhamdullillah, PAS tak jadi kerjasama dengan UMNO. Pada saya UMNO abad 21 ini adalah parti oportunis yang tak boleh dipercayai cakapnya. Cuba fikirkan. Menteri kabinet melayu datang dari parti mana kalau bukan UMNO. Pantun ni pulak datang dari kaum mana kalau bukan kaum Melayu.Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-Lama Jadi Menteri. Lu fikirlah sendiri oh! Melayu.


Dulu masa berkuasa penuh, sombong & bongkak.Cakap rakyat biasa diperlekeh. Bloggers semuanya pembohong dan pemfitnah. Selain NST, Star, Utusan Malaysia & Berita Harian, berita dalam akhbar nyamuk, juga fitnah. Masa tu ada UMNO nak ajak PAS bergabung untuk bela orang melayu. PAS dikutuk dan diperkecilkan. Bukankah itu melayu UMNO yang bantai melayu PAS. Apa, melayu PAS lain ke dari melayu UMNO. Islam UMNO lainkah dari islam PAS? Tapi kenapa nak sepak terajang juga parti yang ahlinya juga orang melayu yang berugama islam. Kenapa time tu tak fikir nak bergabung dengan PAS. Kenapa bekerjasama dengan parti bukan melayu untuk belasah PAS.


Dah tergolek dog baru nak berbaik-baik dengan melayu kampong (orang UMNO kata, PAS parti politik kampongan). Kalau PAS berbaik dengan Umno, itu tak ubah seperti melepaskan anjing tersepit. Masa tak tersepit, menyalak sana sini, gigit orang. Masa tersepit, menyalak juga tapi minta tolong dilepaskan. Bila dilepaskan gerenti gigit kita balik. UMNO macam tulah. Dengan UMNO ni baik cerai talak tiga aje. Jangan rujuk-rujuk, jangan pakai cina buta. Teranjang jauh-jauh. Banyak lagi melayu yang boleh dibuat kawan selain melayu UMNO. Tapi kalau ada melayu UMNO yang dah insaf dan sedar, kita maafkanlah.

Dah! This is definitely the last time saya akan menulis tentang hak melayu. Orang melayu tak reti-reti dan tak serik-serik. Betul juga kata mantan PM kita, Tun Mahathir. Orang melayu mudah lupa. Orang Melayu tak mahu belajar dari sejarah. Dan orang yang tak mahu belajar dari sejarah akan selamanya mengulangi sejarah tersebut. Orang melayu malaysia ni tahunya satu aje. Menyalahkan orang lain (britishlah, cinalah, semua salah orang lain) dan tunggu subsidi, minta disuap baru nak makan. Dah tu bila ditolong, disalahguna pulak pertolongan tu. Bagi baja, bukan tabur kat kebun, jual kat Cina. Bagi kontrak bukan buat sendiri, sub-con kat Cina. Bagi gerai pajak kat Indon. Ini salah siapa kalau bukan salah orang melayu sendiri. Tapi apalah yang saya dan segelintir melayu yang berfikiran sama boleh buat. Kami insan kerdil yang tak ada kuasa selain dari menyuarakan pendapat. Itu pun kalau nasib tak baik kena bungkus dengan pihak berkuasa. Bayangkan. Raja jalan tengah bandar telanjang bulat. Rakyat yang kata baju Raja cantik, dari kain yang halus dan seni, dapat anugerah tapi rakyat yang berani berkata benar, yang Raja sebenarnya bertelanjang, dikatakan durhaka dan dihukum sula.

Enough said. Byeeeee!!

No comments: