Saya baru mohon cuti. Dari 22 Ogos hingga 29 Ogos. Tak ke mana pun, cadang nak duduk rumah aje, habiskan masa tengok wayang dan mungkin buat spring cleaning sikit-sikit kat rumah. Sebenarnya cuti rehat saya terlampau banyak. Setahun saya dapat 35 hari cuti. Kalau tak dihabiskan, saya cuma boleh bawa ke hadapan dua tahun sahaja. Bermakna untuk tahun 2009 nanti, saya hanya boleh bawa ke hadapan cuti tahun 2007 dan 2008 yang tidak digunakan walhal cuti tahun 2006 saya masih berbaki 29 hari. Tak dihabiskan rugi. Kerajaan bukan ganti dengan duit atau dapat pangkat kerana kerja kuat. Nak naik pangkat dalam mana-mana jabatan kerajaan di Malaysia ni tak payah kerja kuat tapi kena kerja pandai. Work smart not work hard.
Bos saya dah pun sokong cuti, cuma tinggal bos No.1 aje yang belum luluskan. Tiba-tiba hari jumaat lalu, 15 Ogos, keluar arahan dari HQ. Semua cuti dan pergerakan luar daerah dibekukan. Apa sebab cuti dibekukan? Ada kena mengena dengan pilihanraya kecil di Permatang Pauh kot. Manalah tahu, tak pasal-pasal penyokong pembangkang merusoh pulak, buat huru-hara sana ini. Pembangkang dan penyokong pembangkang memang kategori manusia yang tak tahu diuntung. Kalau tak ada kerajaan yang memerintah hari ini dan polisi-polisi pembangunan mereka (siapa yang dibangunkan, jangan tanya), dapatkah pembangkang hidup dalam aman dan damai serta mewah selama 50 tahun yang lepas. Guna ISA sikit-sikit untuk keselamatan dan ketenteraman rakyat pun nak marah. Macam budak-budak tak berakal.
Kita patah balik kepada cerita cuti kena beku. Masa sekolah dulu saya ada belajar pasal peribahasa, bidalan dan perumpamaan melayu. Saya tabek kat orang melayu zaman dulu. Walaupun nenek moyang kita tak ada Masters dan Phd, mereka masih dapat menggali dari sumber alam semula jadi dan kejadian rutin seharian dan dengan bahasa melayu yang indah, ringkas dan tepat, menggambarkan sesuatu keadaan atau perasaan kemanusiaan dengan begitu indah sekali. Bayangkan peribahasa ”Marahkan nyamuk kelambu di bakar” atau ”Tak tahu menari dikatakan lantai tinggi rendah”. Betapa tepat dan indahnya peribahasa ini melakarkan sifat orang melayu yang suka menyalahkan orang lain kerana kebebalan diri sendiri. Hari ini tak terfikir ke pakar-pakar bahasa kita atau bijak pandai melayu yang ada tiga, empat Phd dan berlori masters untuk mencipta peribahasa melayu zaman milinium ini untuk ditinggalkan sebagai warisan kita untuk generasi melayu yang akan datang. Yang akan hidup beratus tahun dari sekarang selepas kita hancur jadi makanan cacing selain hancur diibelasah oleh Malaikat Nungkar Nangkir.
Kalau belum ada biarlah saya yang sekolah tak berapa tinggi ini mulakan. Peribahasa ciptaan saya ni berbunyi ”IBARAT MENGGUNAKAN BOM ATOM UNTUK BUNUH SEEKOR NYAMUK”. Maknanya lebih kurang begini. Seseorang yang menggunakan sumber berlebih-lebih untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Alah! Macam sepuluh orang kuli JKR diperlukan untuk menukar satu mentol lampu jalan. OK. Saya bagi contoh penggunaan peribahasa yang baru saya cipta ini.
Arahan pembekuan cuti dan pergerakan luar negara yang dikeluarkan oleh ibupejabat kerana satu pilihanraya kecil adalah ibarat menggunakan bom atom untuk membunuh seekor nyamuk. Amacam ? OK ke peribahasa saya ini.
Hingga lain posting, byeeeee!!!!!!

No comments:
Post a Comment