Tidak lama lagi subsidi tepung, gula pasir dan roti akan dihapuskan. Bermakna harga roti canai, teh tarik dan roti bakar akan naik. Kata orang besar kerajaan BN, kerajaan membelanjakan RM 1.3 billion untuk tanggung subsidi ketiga-tiga bahan makanan tersebut. Hapus subsidi, kerajaan akan menjimatkan RM 1.3 billion.
Ke mana agaknya pergi duit-duit subsidi yang telah dijimatkan dulu, kini dan akan datang seperti subsidi petrol yang telah dikurangkan? Kerajaan akan memunahkan RM 12 billion duit rakyat untuk bina projek PKFZ atau lain-lain projek gajah putih yang lansung tidak membawa kepada peningkatan ekonomi dan taraf hidup rakyat. Yang pasti akan kembang, kembong dan beruntung adalah poket dan akaun bank saudara mara, rakan taulan dan kroni-kroni orang tertentu sahaja. Dan selalunya orang tertentu ini adalah mereka yang berkuasa mencadang dan meluluskan sesuatu projek yang kalau dibuat viability study yang telus dan berintegriti, gerenti tak untung punya.
By the way, you all sedar tak yang kerajaan dah naikkan harga petrol secara tak gentleman atau secara pengecut. Dulu kita ada 2 jenis petrol. Ron 92 yang harganya kalau aku tak silap RM 1.40 satu liter dan Ron 97 yang harganya RM 1.70 seliter. Kereta kita time tu pakai Ron 97 sebab dia unleaded. Sekarang harga petrol Ron 92 yang kononnya telah diupgrade kepada Ron 95 dijual dengan harga RM 1.70 seliter dan Ron 97 naik kepada RM 2 seliter. Waemah apa sekali pun, petrol Ron 95 tidak akan sama mutunya dengan petrol Ron 97 yang dah naik harga sebanyak 30 sen. Kalau itu bukan naikkan harga cara penyamun, aku tak tahu apa lagi nak kata.
Petang semalam, 1 Jun, dari jam 2:30 petang hingga jam 6:30 petang, Uncle berada di Bilik Mesyuarat Utama, MAMPU di Putrajaya. Mesyuarat mengenai perlaksanaan cadangan-cadangan penambahbaikan PDRM sebagaimana syor-syor Suruhanjaya Diraja yang mengaji kelemahan-kelemahan polis lebih kurang 5 tahun dulu. Uncle malas nak komen pasal perkara ni sebab kalau komen pun , Uncle akan jadi, sama ada macam anjing menyalak bukit, suara habis, bukit tak runtuh atau Uncle akan jadi macam music CD lama. Asyik-asyik lagu tu aje.
Tapi cuba bayangkan. Kita suruh isteri masak beriani gam lauk daging, siap dengan dalca, acar mentah, papadom dan sirap bandung taruh biji selasih. Dah tu kena hidang dalam pinggan Royal Dalton China pulak. Tapi duit yang dibagi pada isteri, setotet aje. Nak beli beras hancur gred C pun tak cukup, apa lagi nak beli kum-kum yang harganya RM 260 satu gram.
PDRM satu lagi punya hal. Dah tahu tak pegang duit, tak ada duit sendiri dan payah nak dapat duit walaupun terpaksa merayu-rayu dan meminta sedekah kerana duit dipegang oleh orang lain, kenapa bernafsu besar dan menunjuk-nunjuk. Buat projek itu, projek ini, konon nak naikkan imej polis tapi duit sesen pun tak ada. Yang teruk budak-budak di lapangan. Pakai inisiatif, cari tokey ekor suruh sponsor projek itu dan ini. Kena tohmahan, sendiri jawab. Jangan bohonglah, nak lancar rakan cop pun pakai sponsor. Fikirkanlah.
Hingga jumpa lagi bye dari Uncle yang sedar diri gaji tak berapa sen, tu sebab tak beli BMW 5 series yang ada head-up display dan night vision.
Chalo!!!!.

No comments:
Post a Comment