Thursday, 25 June 2009

PI MAI PI MAI TANG TU JUGAK

Kadang-kadang aku rasa ahli-ahli fikir kerajaan ini berfikir ikut kepala lutut dan bercakap ikut lubang bontot.

Pagi 24 Jun 2009 jam 9 pagi, aku hadir “Mesyuarat Berhubong Draf Dokumen Public Safety Di Bawah Package For Higher Growth Dan Structural Change”. Pheehh!, nak menyebut nama mesyuarat pun berpintal lidah aku, macam orang India dari India (bukan Malaysian Indian) cakap omputeh. Atas kehendak National Economic Council (NEC), PDRM di minta (aku quote surat panggilan mesyuarat), “menggariskan strategi untuk meningkatkan public safety di Malaysia sebagai jaminan kepada para pelabur untuk masa sekarang dan masa akan datang. Strategi yang perlu digariskan tersebut hendaklah sesuatu yang baru (software) dan bukannya hardware atau semata-mata melibatkan penambahan kekuatan personel, peralatan baru atau pun bangunan”.

Maka kami pun meributkan otak (brainstorming lah tu!) untuk mencari strategi untuk meningkatkan keselamatan awam sebagai jaminan kepada para pelabur. Pada fikiran aku yang singkat, ini bermakna NEC (baca sebagai kerajaan) sebenarnya tidak ambil pot lansong tentang kebajikan masyarakat miskin malaysia. Kalau tak kerana nak mengurat pelabur, lantaklah apa nak jadi dengan golongan marhaen malaysia. Nak kena rogol ke, nak kena ragut beg tangan ke, nak kena rompak atau disondol oleh motosikal mat rempit ke, lantak le kome. Yang bawa duit untuk masuk persen dalam poket orang terpilih adalah pelabur bukan rakyat yang bertungkus lumus nak cari sesuap nasi dan seteguk air kosong bersih. Hati dan keselamatan pelabur kena jaga tapi hati rakyat biarkan merintih sedih. Betua kata atuk-atuk kita, "Kera Di Hutan Disusukan, Anak Sendiri Mati Kelaparan".

“Strategi yang perlu digariskan …… dan bukannya hardware atau semata-mata melibatkan penambahan kekuatan personel, peralatan baru atau pun bangunan”. Pendek kata tak mahu pakai duit lah tu. Semua nak free. Aiseymen! dalam dunia mana ada free meals, kawan. Nak mengurat awek pun kena pakai duit walaupun awek tu bukan mata duitan. Habis tu, kalau nak jemput girlfriend pergi dating, nak pakai basikal ke? Basikal pun kena beli dulu, bang. Maknanya kena pakai duit jugak. Kemudian tu, kalau nak ajak awek tengok wayang, tiket wayang nak free ke? Kalau tiket wayang pun nak suruh towkay ekor bayar, sah mamat tu tak ada kelas. Lainlah nak angkut awek, holiday ke Cape Town, Africa Selatan, munasabahlah kalau minta towkey karaoke sponsor. Jadi, betullah kata arwah datuk aku, tak ada yang free dalam dunia ni.

By the way, ada ke awek tak mata duitan hari ini. Kalau ada, itu awek bodoh namanya kerana cakap I Love You beratus kali sehari, nasi beriani dan mango juice boleh tiba-tiba terhidang ke? Tak mungkin dik. Kalau nak makan kena bayar dengan duit.

Kesimpulannya. Kalau nak jadikan bandar-bandar di Malaysia selamat tapi tak mahu keluar duit, selamat malamlah dan jangan buang masa kita orang untuk meributkan otak yang dah sememang semak dan sesak sejak bertugas dalam PDRM.

Sebenarnya kita orang (cakap style orang singapore) akan kemukakan beberapa cadangan kepada NEC untuk menjadikan para pelabur rasa selamat mengaut untung di bandar-bandar malaysia (kalau dah habis kikis laba di malaysia, tutup dan pindahkan kilang ke Vietnam). Antara cadangan kami ialah mengerat jari-jari para peragut, supaya susah dia orang nak grip handbag. Jadi kuranglah kes-kes ragut. Kami juga akan mencadangkan, supaya mereka yang ditangkap red handed kerana merempit, disuruh sorong motosikal masing-masing ke tepi laut. Kemudian suruh mat rempit ini humban motosikal sendiri ke dalam laut. Disamping memberi kesedaran kepada budak-budak melayu bodoh ni (yang merempit majoritinya melayu), motosikal yang dicampak ke laut boleh dijadikan tukun supaya selesa ikan-ikan membiak. Bila ikan membiak, meningkat hasil tangkapan laut kita dan murahlah sikit kalau kita belanja mak mertua makan seafood.

Sebenarnya, aku ada buat satu komen dalam sesi brainstorming pagi tu. Aku kata, aku dah bosan dengan sikap kerajaan. Dia suruh kita bagi idea, bila kita bagi idea, dema buat benda yang bercanggah pulak dengan cadangan kita. Walhal cadangan itu memang bernas hinggakan pakar luar negeri pun tak boleh komen. Aku sebut pakar luar negeri sebab orang malaysia ni pelik, asalkan barang luar negeri, baik. Sebab tu agaknya, jantan malaysia sanggup menyeberang sempadan cari perempuan siam ataupun minah melayu cari mat bangla atau mat afrika.

Seriously, cuba kau orang fikir sikit. Kita nak masuk negeri orang, kena buka kain dan buka kasut. Kena tanya macam-macam. Apa tujuan datang, ada tiket balik negeri asal tak, nak duduk kat hotel mana. Ini salah satu cara tak nak orang masuk sebagai pelancong tapi terus melesapkan diri dalam negeri yang dilawati untuk menjadi pekerja asing tanpa izin. Di malaysia, terbalik, dibagi Visa On Arrival pulak, dah tu khusus untuk pelancong negara Cina dan India pulak. Pulak tu, pegawai imigresen dilarang menyoal pelancong dari Cina dan India. Takut Cina dan India Malaysia rasa terpinggir agaknya sebab suku sakat dia orang sukar amat nak masuk malaysia. Aku nak tanya, kerajaan dah jumpa ke lebih kurang 50,000 pelancong Cina yang melesapkan diri di Malaysia? Agaknya kementerian manalah yang bahalol sangat kemukakan idea VOA ini dan siapalah yang ngok meluluskan cadangan tersebut.

Beginilah, aku hadir mesyuarat pagi tadi kerana arahan. Aku bagi idea kerana nak buktikan memang aku tolol dan gila dan sebagai satu isyarat yang aku percaya idea kami tak akan diterima dan kalau diterima pun akan dibiarkan terbengkalai dan indah atas kertas sahaja.

Akhir kata, Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan!! Biarkan!!.

Salam dari Uncle B.



1 comment:

Anonymous said...

salam... as ur no1 reader, sincerely i enjoyed reading ur postings la uncle... tapi kan mcm x best nak ajak anak2 buah baca sama coz sumtime bnyk sgt word yg kureng seswai untuk teens mcm diaorang baca sama2... why dont uncle reduce kan siket words yg agak censorred tu like lubang b****t la ape la... it would be nicer to show ur anger by using other words.. i believe mesej tetap akn smpai juga kepada ur loyal readers sekalipun uncle nak marah berapi2 dgn mggunakan word yg lbih "SWEET" (kuikuikui...)..it just i m promoting ur blog to others tapi i get respon mcm saya comment kat atas tu la.9jgn marah tau uncle, u r getting older, tak lama lagi nak pencen,haha... take it s positive comments k...) tQ!!!