Thursday, 16 July 2009

INILAH PDRM


Untuk posting kali ini saya akan turunkan secara verbatim, komen seorang pembaca KACA MATA KU, terhadap posting saya bertarikh 11 Julai 2009 dengan judul "Bukan Salah PDRM, Salah Mu Jua". Saya tertarik untuk menurunkan komen ini kerana ianya mengusik perasaan saya sebagai polis nak pencen yang dibuat macam chewing gum, habis manis sepah dibuang. Saya percaya ianya mencerminkan dengan tepat, rintihan kebanyakan pegawai polis terutama pegawai-pegawai penyiasat yang menanggung beban kerja tak kunjung sudah tapi tahap gaji lebih rendah dari pegawai N41 walaupun masing-masing ada ijazah. Komen pembaca tersebut, saya italic kan dan ulasan saya mengenai pandangan saudara saya ini adalah dalam text warna merah.

Saya tujukan posting kali ini khas untuk mereka yang bukan warga PDRM tetapi berlagak macam tahu tentang PDRM dan mereka yang warga PDRM yang walaupun tidak pernah buka IP tetapi pandai mengarah aje.

Assalamualaikum tuan,
Lama tak melayari blog tuan yang penuh dengan informasi ini. maklumk je la, sudah bergelumang dengan i.p-i.p yang tak sudah-sudah. Peluh mengalir di dahi 25 jam sehari kalu nak pikir pasal i.p ni, iyerla, nak pikirkan masalah orang sampaikan masalah sendiri pun tak terjaga. Saya begitu terkasima dengan kenyataan mamat JPM yang kononnya handal mengeluarkan kata2 bahawasanya POLIS tak efisen. takpela itu hak dia nak cakap apa pun. tapi izinkan saya mengatakan mamat JPM tu (of course la PTD la tu) mencerminkan pemikiran graduan universiti tempatan yang langsung jauh dari landasan ilmiah. Saya yakin mamat JPM tu masa kat U dulu kaki tiru assignment orang sebab tu dapat pointer bagus dan bernasib baik jadi PTD, yang graduan macam saya ni, pointer o.k la jugak, tapi memandangkan takde kabel PTD, alhamdullilah dapat jadi inspektor polis. terus terang masa saya sebelum join polis, pandangan saya terhadap PDRM begitu dangkal (sama ngan mamat JPM td) tapi setelah bergelumang berkhidmat dalam PDRM baru saya tahu bertapa perit jerihnya menjadi seorang anggota polis, lebih2 lagi jadi pegawai penyiasat. berdepan dengan mehnah dan tribulasi dari segenap segi. ditekan dari atas, bawah, kiri dan kanan. Kerja dan tugas menjadi nombor satu, keluarga tu tak tau la dah jadi nombor berapa. pengadu menjadi keutamaan walau anak kat rumah demam. tak layan pengadu, esok lusa masuk paper, i.o tak mahu jumpa pengadu. belum lagi berdepan dengan tohmahan. sangat menyedihkan pimpinan PDRM zaman ini (bukan semua) yang amat pantas dan tuntas mengambil tindakan pada setiap adu domba walau surat itu surat layang, gantung baju dah tentu menjadi risikonya. Bila pegawai menjadi penakut, anak buah (anggota) lagi la. Cuba tuan bayangkan beranikah P.I muda mengambil tindakan (charge) satu pesalah yang bergelar datuk, sedangkan datuk itu telah banyak "menaburjasa" pada .......
andai diambil tindakan, masa depan dah tentu gelap, masuk peti sejuk dah tentu. bila masuk peti sejuk, periuk nasi kita tu tuan. Saya cadangkan pada tuan, buat satu research beban kerja i.o-i.o kita kat bawah berbalik pada mamat JPM tu usah dilayan manusia pemikiran seperti itu, takut bila pegawai muda seperti saya ni patah semangat nak kerja, mandi bunga pun dah tak guna. Ditambah plak dengan skim baru perkhidmatan inspektor yang jadi YA13 ni, umpama gula-gula getah yang dikunyah, manis dikunyah sementara, tapi bila dan habis manisnya dibuang melekat kat tapak kaki orang lain. amat menyedihkan bila gred gaji baru ni bila lebih rendah dari pegawai N41, sedangkan kami juga pengengam izajah juga. emmmm apa bleh buat tuan. kami hanya mengikut arahan. SEDIA BERKHIDMAT, sumpah taat setia sentiasa menjadi junjungan di atas batu jemala. Sekian. ROGER, TANGO KILO......

Saya tak nak komen apa-apa mengenai pandangan saudara saya itu. Semuanya betul kerana saya dan rakan-rakan seperjuangan yang seangkatan (Otai lah tu!) dengan saya, telah, sedang dan akan terus melalui apa yang sedang saudara saya itu lalui kecuali tiba-tiba kami disenaraikan sebagai the selected few yang efficient dan bijak yang mendapat kenaikan pangkat setiap 1 tahun.

Hingga jumpa lagi, nasihat dari Uncle B untuk pegawai-pegawai muda yang sedang bertugas, hold your head high, be firm but friendly in discharging your duties dan yang paling penting, jangan takut bersuara walaupun pengerusi ada keris bersilang yang boleh mencucuk mata anda. Paling mustahak, apa juga yang ada buat, jangan sampai kena buang kerja. Anda berkemungkinan besar kena black list dan mengambil masa berkurun untuk naik pangkat tapi sekurang-kurangnya bila pencen nanti, anda boleh beritahu cucu anda " I speak my mind and did it my way".

Chao!!!!!.


1 comment:

Anonymous said...

salam...wah uncle punya posting makin lama makin panas makin best nak baca...kip on writing yeah.... paling best i dah x baca n x tpandang lagi sumer words2 like b****t n yg sengkatan dgnnnya... thnx uncle yeah...guess what? wthout those words ur message still reach us...n from today onward i want to take ur words s my principle, I SPEAK MY MIND AND DID IT MY WAY.... xpe org2 itu x nmpak kita janji TUHAN tau ape yg kita buat adalh yg tbaik demi untuk mcri sesuap nasi yg benar2 bersih utk disuapkan ke mulut ank cucu srta mk bpak kita...smoga dgn kbrkatn itu ank2 cucu kita akn dtg x sprti mereka yg uncle jengkelkan slama ini,amin...