Wednesday, 29 July 2009

TEMBERANG LAGI


Muka depan akhbar The Sun bertarikh 28 Julai 2009, menyiarkan pengumuman Datuk Seri Najib mengenai National Key Result Areas atau Bidang Keberhasilan Utama Negara. 6 kementerian akan dipantau
pencapaian KPI mereka oleh PM ke 6 Malaysia. Kementerian yang terlibat ialah Pendidikan, Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Pembangunan Wanita & Keluarga, Pengangkutan dan Pembangunan Luar Bandar.

Salah satu daripada 4 KPI Kementerian Pendidikan ialah menjelang akhir tahun 2012, semua kanak-kanak yang normal akan menguasai 3R pendidikan atau teras utama pendidikan iaitu membaca, menulis dan mengira, apabila masuk ke tahun 4 persekolahan. Pada aku yang tak berapa cerdik ni, normal atau tidak normal bukannya kanak-kanak sekolah tetapi sistem pendidikan Malaysia sendiri yang terencat.

Mengucap panjang aku. Sistem pendidikan apa yang akan cucu aku ikuti nanti, kalau tahun 4 baru nak menguasai menulis, membaca dan mengira. Maksudnya, selama ini budak-budak darjah 3 yang sekolah kerajaan masih terkial-kial membaca, menulis dan mengira pakai jari kaki dan tangan. Astafar!!!!!

Masa aku darjah 1 pada tahun 1960 dahulu, masuk aje darjah dua, bukan setakat membaca, menulis dan mengira, mengeja pun kita orang dah tahu. Nak hantar cucu pergi International School, duit tidak memadai. Oh .. ya!! Uncle nak belajar main TOTO, untung-untung jadi jutawan, Boleh hantar cucu pergi Sekolah Antarabangsa. Tak mainlah sekolah cekai macam kat Malaysia. Itu pun kalau kena TOTO.

Salah satu daripada KPI Kementerian Pembangunan Luar Bandar ialah pembekalan air bersih akan dikecapi oleh 90% daripada rakyat Sabah dan Sarawak berbanding 62% sekarang. Mak Datuk!!! Keperluan asas kehidupan manusia hanya dikecapi oleh 62% rakyat Sabah dan Sarawak, selepas lebih 40 tahun bawah kerajaan BN yang mementingkan kesejahteraan rakyat. Tak faham aku. Aku bimbang satu aje, Lepas ini akan ada menteri ngok yang kata berbanding Timbuktu, 62% rakyat Sabah & Sarawak dapat bekalan air, kira ok ape.

2 KPI untuk Kementerian Pengangkutan ialah menjelang 2012, LRT PUTRA laluan Kelana Jaya akan mendapat tambahan 35 set tren bergerabak 4. Laluan Kelana Jaya sahaja ke? Tak nak ke buat laluan-laluan melalui kawasan-kawasan perumahan yang bersepah-sepah kat Lembah Kelang ini atau sengaja nak buat jalan bertol supaya kroni boleh kaut untung buta.

Lagi satu KPI ialah peningkatan pengunaan pengangkutan awam daripada 16% sekarang kepada 25% pada tahun 2012. Masa arwah Datuk aku masih hidup dulu pun, aku dah dengar cerita ini. Setakat cerita, habuk pun tarak. Boring .... boring …. boring ……!


Bagi memerangi korupsi pula, semua perolehan kerajaan akan melalui tender terbuka atau tender terhad (limited tender) kecuali untuk kes-kes tertentu (dibaca sebagai kontrak-kontrak untuk kroni dan kaum kerabat). Isu tender terbuka, terkatup dan tender kurnia ni, macam pernah ku dengar ... tapi di mana ya. Oh! ya! Masa zaman mantan PM ke 5, AbDULlah Ahmad Badawi.

Tang lain-lain Kementerian punya KPI, aku tak nak cerita. Lebih kurang sama aje.

Aiseymen! hampir lupa. New Straits Times juga bertarikh 28 Julai 2009, di muka hadapan, dengan sombong dan bangga melapurkan bahawa pemimpin-pemimpin negara-negara Africa yang sedang menghadiri Global Smart Partnership Dailogue di Kampala telah mendapatkan pandangan Malaysia mengenai cara-cara mengekang rasuah yang dikatakan meluas di negara mereka (Afrika).

Pendek nafas dan sakit perut aku dibuatnya ketawa terbahak-bahak sambil berguling-guling di lantai menahan lawak bodoh ini. Mana tak kelakar. Africa nak belajar dari Malaysia. Tak ubah macam penyamun nak belajar dari perompak. Eloklah tu, Kalau belajar dari Singapura ke, Finland ke atau Australia ke, ada juga maafnya.

Akhir sekali. Aku terfikir. Semua KPI ini kecuali satu dua mesti dicapai sebelum atau pada tahun 2012. Hal ini aku musykil sikit. Betul-betul nak menyenangkan rakyat atau nak menang undi. Walau apapun, pada firasat aku, semua NKRAs ini akan tinggal cerita dongeng aje. Anda tengoklah nanti.

Hingga jumpa lagi. Fikir-fikirkanlah.
Dari Uncle B yang masih boleh mengayuh pada umur 56 tahun 6 bulan. Mungkin lambat tapi gerenti sampai. InsyaAllah.

3 comments:

Anonymous said...

u should learn to be thankful for all the gift . all the do's n dont's is only a life game . u dun have to be that obsessed . think more for your remaining upcoming life . chillex :)

Anonymous said...

obsessed .. mariah style . ekekeke . so sissy .

Anonymous said...

Everybody have their own interest . Everybody is trying everyway for everything . Y busy judging people's interest while u r left behind mumbling with ur own thoughts till the end of ur age ? To criticize is healthy , but to criticize every single thing is sick . If u feel like changing the world, do sumthing . words is so easy . DOESNT MAKE U LOOK ANY DIFFRENT FROM THE REST . This is just a fair view . Hope u r not bitten by it :))

-missveryyoungmalaybroker