Menteri Pelancongan dan para cerpenis kementerian berkenaan sekarang ini sedang bertungkus lumus menyediakan skrip cerita yang termasuk dek akal macam mana duit rakyat sebanyak RM 1.8 juta boleh dibelanjakan untuk membangunkan 6 muka surat facebook bagi mempromosikan Malaysia sebagai satu destinasi pelancongan. Peliknya, anak Uncle, berkeping-keping muka surat Facebooknya tetapi satu sen pun tak keluar duit kecuali Uncle yang terpaksa bayar RM82 sebulan untuk broadbandnya.
Tak tahulah apa cerita sebenarnya pasal 6 muka surat Facebook yang bernilai RM 1.8 juta ini tetapi Uncle pasti satu jawapan yang sedap didengar tetapi pelik akan dibentangkan di parlimen nanti. Dan sebagaimana peguam V.K.Lingam, semua orang BN dan melayu luar bandar, akan angguk-angguk kepala dan berbunyi, “correct, correct, correct,” atau seperti Upin & Ipin, “betul, betul, betul”. Kemudian esok atau lusa, subsidi akan ditarik balik lagi kerana kerajaan tak ada duit untuk urus negara sebab dah dipunahkan untuk promosi dalam Facebook, Friendster, Twitter dan ape kejadahnya lagi soSIAL media internet yang ada.
Menyebut tentang sosial media internet ni, teringat pulak arahan kerajaan kepada MCMC supaya sekat 10 file-sharing websites yang membolehkan rakyat malaysia download movie terkini daripada internet. Of course lah issue hak harta intelek akan timbul jika movie, lagu dan benda-benda lain boleh dimuat turun dari internet. Cuma otak conspiracy theorist saya ini tertanya-tanya. Adakah ikhlas untuk lindungi hak harta intelek pengkarya tempatan atau sebenarnya untuk lindungi tuan punya kilang DVD cetak rompak. Ingat betul-betul, saya sebut tuan punya kilang, bukan penjual DVD cetak rompak sebab yang selalu kena tangkap dik penguatkuasa, jika pun serbuan dibuat ialah budak-budak yang jual DVD lanun di kaki-lima, bukan tauke kilangnya. Kalau dah semua orang boleh download pilem omputeh baru dari internet, siapa yang nak beli DVD lanun nanti dan kalau tauke kilang DVD haram gulong tikar, siapa pulak nak sponsor partai politik masa kempen pilihanraya umum nanti?
Closer to my heart, adalah pemerhatian dari Uncle. Bagaimana kalau kita orang kecik aje (bukan fisikal tapi status), sebesar mana sekali pun perkara yang berlaku pada kita, orang tak pandang pun tetapi kalau perkara yang paling kecil sekali pun berlaku pada orang berstatus, akan jadi bahan berita.
Ketua Polis Pulau Pinang, Deputi Commissioner Polis Datuk Ayub Yaakob, adalah squad mate saya (sama-sama menjalani latihan asas inspektor pada tahun 1977). Dia orang besar PDRM dan Pulau Pinang, saya pesara polis yang tak dijemput pun untuk jadi pengarah syarikat kerana bersara pangkat kecik. Saya masuk hospital 2 minggu kerana pembedahan appendix yang hampir pecah masa pangkat ASP dulu, seekor pun rakan polis tak menjengah tetapi apabila Datuk Ayob jatuh lubang kat Hospital Penang, jadi bahan berita. “Penang’s top cop falls into a manhole”, kata The Star 18 Jun 2011 di muka surat 3. Kesian aku.
Hingga jumpa lagi, salam sedih dari Uncle B, yang apa pun masih boleh tersenyum kerana dikurniakan Allah, kesihatan, isteri yang masih setia bersama sejak 31 tahun yang lalu dan seorang cucu yang masih lagi tidur bersama kami sehingga menyukarkan atuk dan nenek nak projek .
Byeeee!!!!!
No comments:
Post a Comment