Saya di Bali, Indonesia dari 4 Jun hingga 7 Jun 2011 bersama isteri, cucu, adik No.4, Noruddin, isterinya dan anak lelaki mereka. Bersama ialah ibu kami yang berumur 80 tahun. Dengan rezeki yang dikurniakan Allah, syukur Alhamdullillah, saya adik beradik dapat juga sekali sekali melancong ke luar negara, sama ada bersendirian bersama keluarga masing-masing atau bersama 2-3 orang adik beradik yang lain. Dan setiap kali kami melancong, ibu akan ikut sama. Dalam diam ibu telah dapat melawat Beijing, Korea Selatan, Bandung, Jakarta, Chiang Mai dan latest ke Bali. Malangnya ayah tidak dapat bersama, kerana telah meninggalkan kami selamanya pada 23 Disember 2003, sebelum sempat kami berduit sedikit untuk holiday jauh dari Malaysia.
Ibu, kami bawa bersama kerana kami terfikir, kalau 1 ayah dan 1 ibu boleh berkongsi wang, masa dan tenaga untuk membesarkan kami 8 beradik sehingga kesemua kami mampu juga orang yang tak suasah hidupnya, mengapa pula kami 8 beradik tidak boleh share harga tiket kapalterbang, hotel, dll untuk seorang ibu, semasa beliau masih hidup. Tak ada gunanya buat batu nesan dan pusara berbelas ribu ringgit bagi ibu atau bapa yang telah disemadikan. Menangis berguling-guling di tanah perkuburan tak ada maknanya kalau semasa ayah ibu masih hidup, menjengah orang tua malahan bertanya khabar pun tidak.
No komen tentang the sights and sounds of Bali kerana kalau saya cerita berjela-jela ada pula kawan-kawan yang kutuk saya, kata macam dia sorang yang pernah ke Bali walhal depa yang dah ke London, Australia, USA, tak pun heboh heboh nak tulis dalam blog. Betul tak?
Kok ada pun yang nak saya kecohkan ialah Bali seperti juga Istanbul, Turkey, Beijing, China, Santiago, Chile, Buenes Aires, Argentina dan Montevideo, Uruguay, seolah-olah bandar yang ada jiwa dan characternya yang tersendiri dan unik. Beijing dengan Great Wallnya, Buenes Aires dengan bangunan lamanya, Santiago dengan istana lamanya di tengah bandar atau Cape Town, Afrika Selatan, dengan natural attractionsnya yang tersendiri seperti Seal Island di Houts Bay atau penguins di Boulder Rocks untuk menjadikannya sebuah destinasi pelancungan yang unik.
Kita mungkin ada Fort Cornwallis di Penang, Kota Melawati di Selangor atau A’ Famosa di Malaysia. Malangnya cara kesan-kesan peninggalan sejarah tersebut ditonjolkan atau tidak ditonjolkan sebagai satu objek pelancongan oleh Tourism Malaysia, tidak menimbulkan sebarang rasa kekaguman atau “awe” seorang pelawat terhadap negara ini. Semasa melawat Aya Sofea di Istanbul, at least semasa melalui lorong-lorong istana lama tersebut, saya boleh bayangkan kehebatan bangsa Turkey satu masa dahulu. Melawat KLCC atau Putra Jaya yang lazimnya dijajakan kepada pelancong-pelancong asing, saya hanya nampak ada “artificiality” and “shallowness” of it all in Malaysia sepertimana lompong dan kosongnya kata-kata dan janji pemimpin-pemimpin negara kita.
Dalam ucaptamanya di World Islamic Economic Forum yang ke 7 di Kazakhstan, PM Najib kita berkata, “Openess, honesty and transparency are vital if the people are to have faith that their government is working for them and not for itself”. Najib menyambung lagi, “it would also show that leaders and politicians were striving to lift the whole economy and not to line their owns pockets. Good governance should come naturally to muslim nations as it had been their nature for more than 1500 years”. Bertambah hebat lagi apabila Najib memetik Khalifah Ali Abi Talib yang menasihati gabenor Mesir Maalik As Ashtar bahawa “his administration would only succeed if he governs with concern for justice, equality, probity and the prosperity of all” including women. Akhir sekali, Najib anak Tun Razak ini nampaknya tahu bahawa, “good governance was easier said than done in a world that has been characterised by factors such as political influence, unequal competition and opportunities, strong family ties, unlimited greed, inadequate rules and regulations and poor enforcement.” Syabas Najib, well said.
Sebagai orang No.1 di Malaysia yang ada kuasa untuk melaksana apa yang dikata, apa yang Najib kata di Kazakhstan, memang betul. Soalan cepu emasnya ialah, “Adakah apa yang disebut oleh Najib itu diamalkan di Malaysia? Anda lebih tahu jawapannya. Itu yang saya katakan di atas tadi, “sepertimana lompong dan kosongnya kata-kata dan janji pemimpin-pemimpin negara kita”.
On a side note, 2000 orang delegates daripada 50 buah negara menghadiri forum tersebut atau secara puratanya 40 perwakilan setiap satu negara. Malaysia menghantar 250 orang perwakilan atau 6 kali lipat jumlah purata. Perlukah banyak itu yang hadir. Apa yang nak diforumkan oleh seramai 250 orang malaysia tu atau mereka ke Kazakhstan untuk habiskan duit rakyat dan makan angin sahaja kerana bukan duit mak bapak dia orang. Untuk difikirkan bersama, dik!
Jumpa lagi dari Uncle B, yang ingin bertanya. Jika anunya lelaki dikatakan setan dan anunya wanita dibilang syorga, mengapa setan seenaknya masuk dan keluar syurga?
Byeee!!!!
No comments:
Post a Comment