Berita muka hadapan The Sun, 1 November 2011, mengubah sedikit pandangan saya terhadap system kehakiman negara. “UUCA unconstitutional>Section 15(5)(a) of act is unreasonable and violates freedom of speech, rules court”, jerit tajuk berita tersebut.
Syukur Alhamdullillah, masih ada hakim-hakim seperti Justice Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert dalam mahkamah kita. Semoga mereka tidak disejuk-bekukan atau diapa-apakan. Menggunung juga harapan supaya UUCA tidak dipinda supaya tindakan mana-mana universiti terhadap pelajar mereka di bawah UUCA, tidak lagi boleh dicabar di mahkamah sebagaimana ISA.
Satu ketika dulu, pertuduhan di bawah ISA yang dikenakan terhadap seseorang boleh dicabar di mahkamah. Apabila pihak kerajaan mendapati masalah dalam mengemukakan bukti-bukti kukuh untuk mempertahankan pertuduhan-pertuduhan yang dikemukakan, ISA telah dipinda dan pertuduhan-pertuduhan dimana seseorang itu ditahan di bawah ISA tidak lagi boleh dipersoalkan.
Mahkamah Rayuan Malaysia dalam keputusannya pada 31 October 2011 telah membatalkan keputusan mahkamah tinggi pada 28 September lalu, yang telah mengenepikan (dismiss) saman pemula yang diambil oleh 4 orang undergrads UKM terhadap kerajaan Malaysia, Menteri Pendidikan Tinggi dan UKM.
Empat orang undergrads jurusan sains politik UKM tersebut, Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza telah mengambil tindakan saman pemula terhadap Kerajaan Malaysia, Menteri Pendidikan Tinggi dan UKM kerana mengambil tindakan discipline terhadap mereka atas kesalahan menghadiri kempen pilihanraya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor pada 24 April 2010. Seksyen 15(5)(a) UUCA melarang pelajar universiti daripada menzahir sokongan atau bakangan terhadap mana-mana parti politik.
Hakim Justice Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus dalam penghakiman 21 mukasuratnya antara lain menyatakan, “Section 15(5)(a) UUCA is irrational as it impedes the healthy development of the critical mind and original thoughts of students, the objective which higher learning institutions should strive to achieve. Universities should be the breeding ground of reformers and thinkers, and not institutions to produced students trained as robots. Clearly the provision is not only counter productive but repressive in nature”.
What gladdens my heart is the fact that I am finally vindicated, and not less by a judge at that. For too long I have held the believe that our universities produces robots and not thinkers and movers.
For this time, no comments from Uncle B, who was not surprised when the CEO of PEMANDU, Idris Jala, warns that Malaysia will go bankrupt in 10 years time if we are not careful, which also happens to be my believe all along when I looked at the way the BN lead government is spending the taxpayers money.
1 comment:
Apakah berpuak-puak dan berpecah belah dalam kampus kerana fahaman politik suatu yang dikehendaki dan baik di IPTA sebagai tempat pengajian? Apa relevannya parti politik dikampus dan apa hak mereka untuk mencampuri urusan dan dasar IPTA? Maka Mahkamah Rayuan perlu nampak dan jangan pura-pura tidak nampak bahawa kekangan pada auku adalah untuk menghilangkan benih yang akan menjejaskan kententeraman awam (pubic order) di sesebuah IPTA agar falsafahnya sebagai tempat pengajian dihormati. Pun begitu, politik (seperti sukan etc)sebagai sebuah kurikulum (matapelajaran) dengan buku dan artikel rujukan digalakkan.
Pendidikan haruslah bedasarkan pemikiran secara disiplin (seperti thesis) bukannya pemikiran yang tanpa disiplin dan haru biru. Mungkin pemikiran "haru biru dan kurang disiplin" adalah lumrah bagi orang politikus namun pendidikan dan dasar pengajian, pemikiran itu hendaklah berstruktur dan berdisiplin.
Kalau jaguh berfikiran, buatlah artikel dan thesis dengan metolodoginya dan sebagainya. Tanggapan bahawa berpolitik boleh merangsangkan pemikiran berdisiplin itu suatu tanggapan yang terpesong. Pendidikan itu pemikiran berdisiplin harus difahamai bukan pemikiran beremosi dan popular.
Post a Comment