Sayang sekali tidak ramai daripada pengundi-pengundi kita terutama mereka dari rural areas yang dapat membaca berita ini yang di siarkan oleh portal berita online, Malaysia Chronicle bertarikh 16 December 2011.
“M'sia the 4th most corrupt nation in the world but not a sound from Najib"
For the first decade of the new century, Malaysia has lost a staggering RM1.08 trillion (US$338 billion) in illicit outflows which is the fourth highest in the developing world.
In the period 2000-2009, China lost US$2.74 trillion in illicit financial outflows and was the developing country with the largest illicit outflows, according to a country ranking published in the report. Mexico ranked second, with US$504 billion and Russia third with US$501 billion while our closest-ranked regional neighbour is the Philippines, who at 13th place lost US$121 billion.
Illicit outflows can be taken as a benchmark or indication of the scale of corruption. This means Malaysia has the most corrupt set of leaders in Southeast Asia, who are also the 4th most corrupt in the world, stashing the massive amounts of money they plunder overseas.
The Global Financial Integrity (GFI) reported in January that RM930 billion flowed out of Malaysia from 2000 to 2008, growing to RM218 billion per year from an initial RM71 billion in that period. Malaysia lost RM150 billion in illicit outflows in 2009. The report elaborated further by stating that the increase was “at a scaled seen in few Asian countries” and continued added, “The volume of illegal capital flight from Malaysia has come to dwarf legitimate capital inflows into the country in recent years.”
Bribery, theft and kickbacks
The warning bells were sounded as early as January 2011 by the likes of Opposition Leader Anwar Ibrahim, who questioned the apathy shown by the government towards the problem of illicit outflow via corruption and tax evasion practices.
Corruption – bribery, theft and kickbacks – accounts for the other half of illicit flows and dominate the Middle East, North Africa and developing Europe, the report said.”
Saya cuba terjemahkan seberapa yang boleh.
"Malaysia Negara Ke Empat Paling Korup Di Dunia Tetapi Najib Sepatah Pun Tak Berbunyi."
Untuk dekad pertama kurun ini, Malaysia kehilangan RM1.08 trillion melalui pengaliran keluar wang negara secara haram. Ini merupakan pengaliran keluar wang secara haram yang keempat tertinggi di dunia di belakang Cina, Mexico dan Russia.
Pengaliran keluar wang secara haram boleh dilihat sebagai penanda tahap korupsi sesebuah negara. Ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai barisan pemimpin yang paling korup di Asia Tenggara, yang telah memunggah keluar wang negara yang disamun secara terhormat.
January lalu, Laporan Integrity Kewangan Antarabangsa, melaporkan sebanyak RM930 billion mengalir keluar dari Malaysia antara tahun 2000 sehingga 2008 iaitu peningkatan RM218 billion setahun daripada jumlah asal RM71 billion bagi tempoh tersebut. Malaysia kehilangan RM150 billion dalam aliran keluar wang secara haram pada tahun 2009. Laporan tersebut menambah bahawa peningkatan ini adalah dalam skala yang jarang-jarang di lihat dalam negara-negara di Asia. Laporan menyambung bahawa jumlah wang yang mengalir keluar secara haram dari Malaysia telah menciputkan aliran wang yang masuk ke Malaysia secara sopan, kebelakangan ini.
Seawal January 2011, pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim telah memberi amaran mengenai ketirisan ini sambil mempersoalkan sikap buat dek atau buat donno yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan terhadap masalah aliran keluar wang secara haram melalui amalan-amalan korup dan kelepet cukai.
Hasil Korupsi, curi dan tumbuk rusuk (Corruption, bribery, theft and kickbacks) merupakan sebahagian besar daripada wang yang di bawa keluar secara haram dari negara-negara Timur Tengah, Africa Utara dan negara-negara menbangun di Eropah.
Untuk cerita sepenuhnya, pandai-pandailah baca sendiri.
Sebagai satu usaha untuk mengemparkan kita, laporan di atas juga melaporkan ramalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala, bahawa Malaysia akan jatuh muflis pada tahun 2019 disebabkan ketidakupayaan Malaysia menguruskan (servicing) hutang negara yang semakin menggunung.
Kalau saya tak silap, Bank Negara Malaysia ada mekanisma untuk mengesan urusniaga kewangan yang pelik yang melibatkan bank-bank yang beroperasi di negara ini, penukar wang dan badan-badan tertentu yang bertindak sebagai pelapor kepada Financial Intelligence Unit, Bank Negara Malaysia (FIU BNM) jika mengesan sebarang transaksi kewangan yang luar biasa. Contohnya seorang ASP PDRM yang memindahkan wang hampir sejuta ringgit dari akaun banknya di Singapura ke akaun banknya di Malaysia. Yang menjadi tanda tanya bagaimana FIU BNM gagal mengesan wang yang lari malam hingga menyebabkan Malaysia jadi negara ke 4 paling korup di dunia hingga kita corot berbanding Indonesia, Thailand dan Filipina. Mana nak letak muka weh!
Adakah perkara ini berlaku kerana cerita lapok yang lazim berlaku di Malaysia iaitu ada undang-undang yang ketat macam anak dara makan jamu sari rapat tetapi tidak dikuatkuasakan atau adakah kerana penguatkuasa undang-undang di malaysia mengamalkan penguatkuasan terpilih. Orang kecik buat, dalam kain pun nampak tapi jika orang ada nama atau connections buat, mata penguatkuasa tiba-tiba ada cataract.
Salam sayang dari Uncle B, yang walaupun berkaca mata, masih boleh melihat kiri kanan depan belakang luar dan dalam.
No comments:
Post a Comment