Sharizat dah letak jawatan sebagai Menteri Jaga Wanita & Keluarga. Berkokok orang UMNO bagaimana mulianya pengorbanan Sharizat untuk parti, bangsa, ugama dan negara. Panjang cerita, tak kering dakwat akhbar arus perdana menceritakan kehebatan Sharizat. Elok kita diam aje. Bak kata pak mertua saya, “Kita iakan saje”.
Cuma jangan lupa. Sebelum tahu suaminya nak kena dakwa di mahkamah, Sharizat jugalah yang bermati-matian mempertahankan kedudukannya. Mentelah lagi ada menteri-menteri yang mempertahankan syarikat lembu suaminya. Soalannya. Isu tetap sama tetapi kenapa sekarang baru nak letak jawatan?
Masa saya dalam pasukan polis dahulu, zaman sebelum perdana menteri Malaysia kembang-kembang hidung cerita fasal Government Transformation Program atau GTP, kami pegawai-pegawai polis yang gaji tak seberapa tapi diperkuda macam kuli kang, sentiasa kena keluar duit poket sendiri untuk membeli peralatan untuk menjalankan tugas rasmi atau bahasa kampongnya, kerja gomen. Beli kertas tulislah, komputer sendiri, printer ink sendiri, sampai kulit fail kertas siasatan pun kami kena cetak dan bayar sendiri. Stor lojistik polis 24 jam tak ada stok atau kalau ada pun kena tunggu dua tiga bulan baru dapat tapi kerja nak kena siap lah ni. Nak harapkan pegawai atasan yang pangkat keris bersilang bantu kami, malam sikit. Depa (tak semualah tapi kebanyakkannya) hanya tahu mengarah dan suruh guna inisiatif sendiri untuk mendapatkan bekalan kerja yang diperlukan.
Sebab tu agaknya, pegawai rendah dan kanan polis pandai mengoleh, kowtim, cari sponsor atau dalam bahasa MACC, rasuah. Agaknya, alang-alang guna inisiatif dan tebal muka macam pengemis untuk dapatkan bekalan kerja, untuk anak pengarah kahwin atau hadiah golf tournament anjuran PDRM, elok juga tumpang tui guna inisiatif untuk tambah pendapatan cara cepat, mudah dan lumayan tapi tak betul.
Fikirkan lepas ada GTP, PEMANDU dan IDRIS JALA, benda-benda tak senonoh macam ni dah jadi bahan museum. Rupanya tidak. Petang 14 Mac 2012, kebetulan saya berada di pejabat lama saya di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman untuk satu kerja rasmi. Seorang chief clerk (yang masih lagi mengancam walaupun dah jadi nenek) mengadu kepada saya, yang dia dan anak buahnya kena tong tong (kongsilah tu) untuk beli kertas tulis.
Moral kedua-dua cerita di atas?. Dulu (bermula zaman regim Dr.M), kini dan selamanya, UMNO tetap UMNO. Cakap tak serupa bikin.
Hingga jumpa lagi, selamat mendengar cerita dongeng kerajaan dari Uncle B, yang kadang-kadang cakap dulu baru buat, adakalanya buat dulu baru cakap dan selau jugalah, yang dibikin tapi tak serupa cakap.
Bye!!
1 comment:
Luahan rasa orang kecewa yang pencen tak naik pangkat....
Post a Comment