Tindakan kerajaan
semenjak dua menjak ini saling tak tumpah macam reaksi orang yang hampir lemas.
Capai apa sahaja yang berhampiran, tak kira gabus botol wine ke, sabut ke,
straw mahu pun sehelai jerami padi. Asalkan tidak tenggelam ke dasar laut dan
mati.
Mula mula ustaz-ustaz
lembu cucuk hidung diperkudakan. Lalu keluarlah fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Islam Kebangsaan bahawa menghadiri
perhimpunan awam, hukumnya haram. Nasib baik tokoh-tokoh agama Buddha, Hindu
atau Kristian tidak tumpang sekaki dan turut jatuhkan hukuman bahawa it is
a sin to attend a rally.
Dalam islam, apa yang
boleh atau tidak boleh dilakukan ditentukan oleh apa yang termaktub dalam Al
Quran, jika tidak jelas dalam Al Quran, dirujuk pula kepada Sunnah Rasullullah
s.a.w. Jika masih lagi kabur, maka kita buat ijtimak ulama (bukan ular mamak). Tetapi
bukankah ijtimak ulama ini harus melibatkan ulama Islam sedunia kerana Islam adalah
satu agama universal. Bukan main buat fatwa syok sendiri aje atas titah
perintah pemimpin yang zalim.
Apa yang berdosa bagi
orang Islam di Malaysia, lantas berdosa juga jika perkara yang sama dilakukan di
mana-mana pun di alam fana ini. Jangan main ikut Pak Arab, Arab Saudi, yang
telah menfatwakan perhimpunan awam sebagai haram.
Tak cukup dengan memperalatkan
agama, karya seni P.Ramlee juga turut dinodai. Salah satu propaganda BN yang disiarkan
oleh steysen radio RTM melibatkan satu scene dalam filem Anak Ku Sazali di mana
si ayah sedang melahirkan rasa kecewanya terhadap tingkah laku anaknya Sazali.
Dalam iklan propaganda ini, dailog antara anak dengan ayah diubah kepada
kekecewaan kedua-dua anak beranak kerana perhimpunan BERSIH 3.0 telah
menyebabkan huru hara (kononnya) dan kerugian berjuta ringgit. Ini kira ok
lagi. Tetapi apa yang membuat
saya menyirap ialah apabila si anak memberitahu ayahnya, “Ayah, saya tidak akan
berkiblatkan orang yang rosak moralnya.
Uggk! alahai. Mengata dulang
paku serepeh, mengata orang awak yang lebih. Baik sangat ke moral pemimpin
pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang ada? Sekor main anak gadis bawah umur, seorang
apek di filemkan dalam adegan oral sex dengan girlfriendnya, sorang lagi
terlibat dalam politik wang (rasuah lah tu) dan yang paling buruk kelaku ialah
boss dia orang, yang sanggup sapu bini orang dan anak dara orang.
Kalau tindakan-tindakan
di atas paling tak gentleman dan keji, barua barua BN ini sanggup menyelam ke
lubuk najis dan tergamak mengheret seorang nenek ke kaca TV untuk
menangis-nangis, merayu anak derhakanya, Azmin Ali, pulang ke pangkuan
keluarga. How low can you go? Sebelum
ini, disebarkan video Azmin Ali beromen. Agaknya bila didapati, tak seberapa
impaknya terhadap masyarakat yang telah muak dengan strategi murahan BN ini,
mereka gunakan pula anak nenek, mak bapak dan sanak saudara musuh mereka.
Inikah jenis manusia yang
nak kita pilih memimpin negara, itu pun kalau mereka layak dipanggil manusia
lagi?
Hingga jumpa lagi, salam
dari Uncle B, yang selalu terfikir bahawa “Lebih banyak kemanusiaan dalam
binatang di hutan berbanding haiwan yang menyamar sebagai manusia.
Byee!!!
3 comments:
Salam sekali lagi tuan...
Untuk berlaku adil, realitinya dan saya bersetuju bahawa politic is possible of arts. Seni Serba Mungkin. Menggunakan ibu Azmin sebenarnya tidak ada beza dengan menggunakan arwah ibu Anwar yang cuma berdiri di atas pentas, menangis dan menceritakan kebaikan Anwar. Sesiapa sahaja yang sering melihat arwah ibu Anwar, pasti bersetuju bahawa arwah ibunya diusung ke hulu ke hilir berceramah menceritakan 'kebaikan' anaknya.
Isu yang sama dalam soal memperalatkan agama. Ada parti yang menawarkan tiket ke syurga untuk mengundi partinya. Ada parti yang mendewakan pemimpin setaraf ulama tersohor waima pemimpin itu tidak pernah mengarang sebuah kitab pun yang menjadi rujukan umat Islam. Islam digunakan meluas oleh parti pembangkang sejak parti pembangkang ditubuhkan. Memali, sembahyang dua imam, kafir mengkafir adalah isu agama yang digunakan oleh parti pembangkang sejak sekian lama.
Bab moral. Banyak pemimpin pembangkang dirakamkan melakukan hubungan seks atau seks oral. Pemimpin sekurangnya ada maruah dengan melepaskan jawatan dan terpilih semula. Pemimpin pembangkang? harammm..... video hanya bukti besi kata si pemimpin yang mengaku lebih Islam dari orang lain.
Akhirnya, munafiq atau kepura-puraan hidup disekeliling kita. Samada kita memilih untuk memandang satu hala, atau kita melihat memandang dari segenap sudut. Ada diantara kita, termasuk tuan sendiri, memilih untuk memandang apa yang tuan pilih dan fikir untuk pandang. Sekaligus, mengenepikan pandangan sekelian seolah-olah tuan berada dalam dunia khayalan.
Tolonglah tuan, kembalilah ke alam nyata...heheheheheh
Alan

betul tu katqa mrk tuan mcm erdendam dgn kerajaan je sb pencen supt..jgn mcm tu gunakan akal fikiran yg waras dlm membuat atau menulis sesuatu yg akan dibaca oleh ramai org..
Post a Comment