Rakan sekerja, Kenny Tan, minta saya hidupkan balik KACA
MATAKU. Katanya walaupun tak ada orang nak baca blog saya, at least, ianya tetap
satu rekod apa yang saya lihat, dengar dan fikirkan sepanjang hidup di bumi Allah
ini. Mana tahu, satu hari nanti ia akan berguna sebagai bahan rujukan,
bagaimana Malaysia
tergolek anjing di pentas dunia, jika pimpinan negara terus seperti sekarang. Anda
tahu apa yang saya maksudkan.
Kenny Tan ni anak Cina. Saya tidak pernah melihat
dia sebagai seorang Cina kecuali seorang warga malaysia dan saya percaya begitu
juga pandangan dia terhadap saya. Yang utama, kami boleh cari makan dan hidup
selesa di negara ini tanpa diskriminasi kaum kerana kemiskinan dan kekayaan
sebenarnya tidak kenal siapa melayu, cina atau india. Politik Malaysia lah yang telah mengkronikan kekayaan
tanpa mengira kaum, sebab itu kita ada kroni cina yang kaya raya, kroni melayu yang
jutawan dan kroni india yang
mampu terbang first class ke india
ikut suka hati dia untuk beli saree isteri.
Bagi Cina, Melayu dan India yang terkial-kial untuk hidup
dan menghidupkan keluarga mereka di bumi bertuah ini, isu perkauman tidak
pernah menghantui mereka. Yang tidak habis-habis mengatakan Cina curi tanah
melayu, melayu ambil hak Cina dan india tersepit di tengah-tengah, adalah
politikus-politikus melayu, cina dan india yang memomokkan kaum lain di mata kaum masing-masing,
semata-mata untuk memastikan yang mereka (politikus) terus memerintah dan kaya
raya. Di hadapan kaum masing-masing berapi-api mengutuk kaum lain tetapi di
belakang pentas, mereka berpelukkan macam abang adik sambil mengagih-agihkan
laba yang disonglap dari Cina Bukit, Melayu Kampong dan India Estet yang
mengundi mereka ke Putrajaya.
Saya telah bertanya kepada sekumpulan 10 orang staff
saya. "Katakan dalam sebuah kampong yang kesemua penghuninya adalah beruk, diadakan
pilihan raya memilih ketua kampong. Ada
dua calon bertanding. Seorang manusia dan seekor beruk. Siapa agaknya yang akan
terpilih untuk jadi ketua kampong". Secara spontan dan sebulat suara, tanpa
teragak-agak, semua menjawab. “Beruk”.
Jawapan spontan dan ikhlas ini membuat saya terfikir. Barangkali kalau 40 penyamun dalam cerita Ali Baba dan 40 Penyamun diminta memilih seorang ustaz dan seorang perompak sebagai ketua baru, pasti mereka memilih siperompak sebagai pemimpin mereka.
Justeru, kalau selepas PRU 13 nanti, beruk dan perompak yang
bersidang di Parlimen, adakah itu bermakna majoriti rakyat Malaysia adalah dari kaum beruk dan penyangak juga.
Fu fikirlah sendiri!!!
Salam dari Uncle B, peminat siri filem Planet Of The
Apes kerana ia mengajar kita berhati-hati dalam setiap tindak tanduk kita hari
ini. Jangan sampai satu hari nanti Malaysia diperintah oleh beruk,
siamang, orang hutan dan gorilla.
2 comments:
bravo uncle,back from the dead!lets hope more kritikan pedas cabai melak,padan muka depa..from harry "dirty" callahan
Welcome back sir...... kritik la sepedas mana pun, hentam sehebat manapun...... tapi tuan lebih dihormati sekiranya menjawab komen dari pengunjung blog tuan....
Alan
Post a Comment