Petang 31 Oktober 2012,
lebihkurang jam 6 petang, saya dalam perjalanan balik ke rumah dan sedang
membelok ke kiri untuk masuk ke NPE dari Jalan Abdullah Hukum, berhampiran
tapak satu lagi projek shopping complex yang akan menyesakkan lagi trafik di
Kuala Lumpur (projek KL Eco City), sebuah tren Komuter KTM bergerak laju di
sebelah kiri saya menuju KL. Tren enam gerabak yang baru nampaknya, sebab masih
terpancar lagi “newness” nya. Maklumlah di Malaysia, di mana budaya
“maintainance” adalah sesuatu yang pelik, benda baru akan tertonjol dengan
lantang di antara harta benda dan bangunan kerajaan yang tidak terurus.
Lazimnya, kalau ternampak
komuter canggih macam ni, tiada apa-apa riaksi dari saya, yang negatif maupun
positive. Maklumlah, saya tinggal di Malaysia, sebuah negara maju, yang
serba serbi canggih manggih. Ada
multimedia super corridor, ada cyber city pertama di dunia, SMART TUNNEL dan
bakal ada tren super laju dari KL ke Singapura. Lainlah kalau saya tinggal di Bandung,, yang warganya
akan terperanjat beruk kalau nampak Monorail kita.
Kali ini berbeza sedikit
apabila tren komuter ini bergerak pantas di kiri saya. Darah saya naik dan tak
cukup jari tangan dan kaki untuk mengira perkataan carut marut yang terkeluar
dari mulut saya. Bukan sengaja tetapi expletives ini terkeluar secara spontan.
Macam orang latah kena sergah.
Kenapa? ......... Sebab saya
ternampak gambar Najib Tun Razak terpampang di badan coach coach komuter tadi
dengan perkataan, “Kami Mendengar” ditulis di tepi gambar-gambar tersebut. No
komen mengenai hal ini, sebab komuter ni Khazanah punya, Khazanah, kerajaan
punya, kerajaan, BN punya dan duit kerajaan, BN fikir dia punya.
Yang saya hairan, kenapalah
saya meluat sangat dengan PM kita yang sorang ni. Najib tak pernah buat salah
dengan saya. Bahkan kami tidak pernah berjumpa pun, sama ada di alam nyata atau
alam siber. Jadi mengapa saya mesti menyampah dengan Najib hingga tengok gambar
dia pun, tak lalu.
Barangkali saya takut negara
akan bengkrap kalau Najib dan konco-konconya terus memerintah. Bimbang anak,
cucu dan cicit saya, akan mewarisi Malaysia yang tinggal abuk dan
hampas suatu hari nanti. Sedangkan suku sakat depa “lari” ke luar negara dan
hidup mewah dengan harta betul dan tak betul yang terkumpul semasa Malaysia sedang
kaya raya dan atuk nenek mereka memerintah. Entahlah!!
Hingga jumpa lagi, salam
sayang dari Uncle B, yang kini dan selamanya (bukan dulu) hidup dan matinya di
Malaysia kecuali Singapura nak terima uncle balik atau saudara mara di
Indonesia ajak temankan mereka. Byeee!!!!
1 comment:
Negara dah nak bangkrap sejak zaman Tengku Razaleigh nak lawan Tun M jadi PM. Tapi tak pernah jadi bangkrap pun.
Apa salahnya letak gambar Najib? Bukan letak gambar anak dia. Lainlah Anwar, yang confirm akan jahanamkan negara ini sampai bangkrap. Letak anak bini sendiri jadi calon pilihanraya.
PKR tak tawarkan tuan jadi calon ke? Dengar maklumat ramai 'bekas' kena offer jadi calon.....
Alan
Post a Comment