Kali terakhir saya menulis untuk
KACA MATAKU pada 21 November 2012 lalu, timbul hasrat untuk membiarkan sahaja
blog ini mati beragan. Dalam konteks cinta rapoh hari ini, gantung tak bertali,
bakar tidak berapi. Sukar jadi blogger Mat Jenin yang berangan untuk menjadi
agent of change. Pada hal blognya hanya kadang ... kadang dilawati. Bak kata orang Negeri 9,
“menghabihkan boras jo” menulis.
Direnung kembali, KACA MATAKU asalnya lahir sebagai
rekod apa yang pernah bermain dalam fikiran saya. Justeru keperluan untuk menyambung
riwayat blog ini.
5hb Mei 2013, PRU ke 13. Melonjak
hati ingin melihat BN kecundang,, gulung tikar, bungkus. Seronok jika dapat
tahu algojo-algojo BN cari kerja kat JobStreet.com kerana tiada peluang untuk
sakau duit rakyat lagi dan Rosmah Mansor kumpul duit syilling untuk menampong
cincin, rantai, gelangnya. Maklumlah kalau dah tak jadi bini PM lagi, siapalah
sudi nak bagi hadiah-hadiah mahal. Tauke pelacur dan judi pun tak nak dekat. Lebih
baik dia orang akrab dengan pegawai polis D7. Ada juga faedahnya.
Malangnya, setelah potong sehiris
limau nipis, jampi jampi sikit dan baling dalam mangkuk ayan berisi mineral
water, saya nampak BN masih lagi melekat di Putrajaya sambil terus menerus
mengikis kering duit rakyat. Sebabnya?
Majoriti orang melayu, termasuk
yang pernah mengaji di menara gading dan dapat ijazah bergulung-gulung. masih
lagi tidak mahu melihat, mentelaah dan mengambil iktibar dari apa yang telah,
sedang dan akan terus berlaku di sekeliling mereka. Lontarkan fitnah bahawa
jika Pakatan Rakyat memerintah, melayu akan hilang di dunia, tak cukup dakwat
dan pen nak pangkah BN. Takut melayu akan hilang ketuanan, perkasa dan
kuasanya.
Macamlah selepas 55 tahun UMNO
memerintah, orang melayu ada ketuanan, ada perkasanya. Kuasa mungkin ada tapi kuasa
untuk mengembungkan poket sendiri. Bak kata satu risalah kaum Cina yang
disebarkan luas di Universiti Malaya pada awal tahun 80an dahulu, “Orang
Cina tak perlu pegang kuasa politik. Biar melayu berpolitik. Kita (orang cina)
pegang kuasa ekonomi. Orang melayu boleh dibeli dengan wang ringgit dan
perempuan. Dengan duit kita boleh tarik hidung dan pulas telinga penguasa
melayu untuk ikut rentak kita”. Ini yang telah, sedang dan pasti terus
berlaku jika UMNO terus berkuasa. Kalau dulu kerajaan UMNO yang haramkan
Hindraf, hari ini, kerajaan UMNO juga yang berunding dengan Hindraf.
Semata-mata untuk terus berkuasa.
Selepas 55 tahun di bawah
pemerintahan UMNO, juara kemiskinan antara kaum masih dipegang oleh orang
melayu. Tanah rezab melayu diambil-alih jadi Iskandar Development Region (IDR)
yang majoritinya dipenuhi oleh taikun-taikun Cina Singapura. 40% daripada
konsesi balak di Sarawak dimiliki oleh 6 Cina dan 1 melayu (cousin MB Sarawak ). Kalau BN bantu melayu, kenapa konsesi tidak
diberi kepada 6 melayu dan 1 cina. Kalau kita mahu melihat sekeliling dan
berfikir, kita akan tahu siapa yang jual siapa kepada siapa dan kerana apa.
Apapun, selepas BN berkuasa semula nanti, saya
gerenti, tarif air dan elektrik akan naik dan subsidi-subsidi akan dipotong lagi.
Akhirnya rakyat juga, yang majoritinya melayu miskin, akan menanggung beban
hutang hasil kemenangan BN/UMNO dalam PRU 13 ini.
Hingga berjumpa di Hari
Pengundian nanti, salam dari Uncle B, yang masih belum
bebal dan tidak pernah terpengaruh dengan dakyah UMNO.
Byeee!!.
No comments:
Post a Comment