Sehingga hari ini saya belum
menerima sebarang rayuan, sama ada melalui pesanan ringkas atau telefon, untuk
memangkah partai mereka, dari Pakatan Rakyat. Dari UMNO BN berlambak. Mula-mula
satu SMS setiap 3 hari. Sekarang sampai lima SMS sehari termasuk
panggilan telefon lagi. Kalau SMS atau panggilan dari janda atau gadis gersang,
sedap juga. Ini tidak. Dari kumpulan penyamun Ali Baba, minta uncle yakini
mereka, siap dengan tawaran sogokan-sogokan kewangan sekali. Inilah padahnya
kalau rasuah menjadi budaya hidup. Nak pilih pemimpin negara pun kena pakai
rasuah. Orang lain mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit tapi bukan uncle.
They’ve got the wrong guy.
Siapa yang anda undi adalah hak
peribadi anda. Cuma kena ingat. Pilihan anda hari ini akan menentukan masa
depan anak dan cucu cicit kita. Tersalah pilih, no hal pada kita sebab kita dah
dekat dengan kubur. Jangan sampai kerana salah pangkah. keturunan kita terpaksa
mewarisi negara bengkrap macam Greece
sekarang. Lupakanlah janji janji bohong mereka. Selepas 55 tahun memerintah,
jalan raya bertambah sesak, banjir kilat makin kerap, penjenayah makin mengganas,
belanja hidup makin tinggi. Rakyat yang majoritinya melayu, bertambah papa.
Yang terus dikayakan, tanpa mengira kaum, adalah suku sakat dia orang.
Uncle teringin sangat melihat BN
gulung tikar. Malangnya selagi orang melayu termasuk yang
pernah mengaji di menara gading dibelenggu oleh feudalistic mindset mereka,
malas berfikir dan terus menerus mudah ditakutkan dengan momok momok ciptaan,
selagi itu masyarakat melayu akan terus dikelentong dan diperbodohkan. Bukan
oleh orang Cina, atau India
tetapi oleh bangsa sendiri, orang melayu.
Salam sayang dan selamat mengundi
dari Uncle B, yang masih berjiwa melayu tetapi tak goblok. Byeee!!.
No comments:
Post a Comment