Ada orang beritahu, Mark Zuckerberg mencipta Facebook
dengan tujuan untuk berhubong kembali dengan rakan-rakan yang telah lama terpisah.
Bagaimana mahu menalipon atau menulis surat
bertanya khabar kalau yang ada setakat nama sahaja. Jadi terciptalah Facebook.
Buka FB, kemudian cerita fasal diri sendiri, Siapa yang mengenali diri anda,
akan write balik dalam FB lalu persahabatan dijalin semula. Ada juga yang bertemu jodoh dalam FB. Tidak
pula pasti sama ada jodoh FB ini berpanjangan atau tidak tetapi dapatlah tidor
sekatil, sebantal, segebar, walaupun untuk semalam sahaja, bahana FB. Better something than nothing kan! After all, ada
orang pompuan kata, lebih baik bergelar janda muda daripada andartu.
Uncle
mempunyai akaun FB yang dibukakan oleh anak perempuan uncle pada tahun 2009. Mulanya,
walaupun rabun IT, uncle godek godek juga akaun FB tersebut. Manalah tahu, ada
awek lama semasa dibesarkan, belajar dan bekerja di Singapura dulu, yang masih
tergila-gila kat uncle dan nak catch up on old times. Sedihnya, sampai hari ini
Uncle masih menunggu. Macam menunggu SPAD selesaikan masalah pengangkutan awam
yang makin hari makin cekai dan lebuhraya yang makin jam giler tetapi tetap
kena bayar toll untuk kayakan kroni.
Bila
baca postings yang dibuat oleh pengikut-pengikut setia FB di Malaysia, uncle perlu
berfikir dua tiga kali. Nak terus jadi aktif FB user atau berhenti sahaja demi
kesihatan mental uncle. Last week my daughter kutuk uncle kerana gagal
appreciate usahanya untuk menjadikan uncle new
world style social communication savvy. Jadi terpaksalah uncle jengah balik
FB page uncle.
Tengoklah
macam mana. Kalau majority users FB Malaysia masih macam yang ada hari
ini, lebih baik deactivate dan tutup akaun berkenaan sahaja. Kecuali ada orang
bersedia ajar uncle untuk block posting-postings meraban dan merapu yang banyak
bergantayangan di FB. In other words, bila buka aje FB, uncle mahu terbaca
postings yang dapat mencuit minda sahaja.
Sampai
hari ini uncle masih belum dapat emphatised atau memahami jiwa kacau pengikut
setia FB yang sanggup menghabiskan masa ambil gambar mee maggee dan post dalam
FB, ‘This is what I have for lunch”. Lepas tu ada pula insan yang lagi ngok,
komen. “Eeee! Kesiannya”. Tidak kurang juga beritahu satu dunia, dia check in
di Pak Kung Hotel untuk holiday di Air Terjun Ulu Bendul atau beritahu saudara
mara yang dia dah sampai level 20 dalam Angry Birds. Common guys and girls, get
a life”. If you’re married get your hubby to XXXXX you or you XXXXX your wife.
Otherwise get your boyfriend or girlfriend to do it with you. Kalau ye pun gila
glamour, carilah cara yang berjenama sedikit untuk kenalkan diri pada dunia.
Hingga
jumpa lagi, renti-rentikanlah membuat posting koman spanar anda tu. Seperti
juga uncle, you are not an important guy in this world, so nobody wants to know
that you had assam
to keep you awake.
Byeee!!!!!
No comments:
Post a Comment