Pagi
tadi 1 Julai 2013, saya terpandang tajuk-tajuk berita di dua akhbar tempatan,
yang jika mengikut standard saya, hanya layak jadi pengelap bontot Cina bukan
MCA dan yang satu lagi, akhbar berbahasa melayu, yang hanya layak jadi pengelap
kasut saya sahaja. Akhbar the STAR mengeluarkan cerita mengenai rumah menteri, Khairy Jamaluddin,
dimasuki perompak dan di Utusan Malaysia,
berita mengenai 5 buah motor besar langgar lori di Johor, menyebabkan dua orang
big bikers mati di tempat kejadian dan 3 cedera.
Tidak
pula saya ambil pusing apa cerita penuh kedua-dua berita tadi kerana jika
membaca kedua-dua akhbar tersebut, sahih saya melayu bodoh dan tak berakal,
walhal saya tidak. Cuma tiada sijil aje untuk membuktikan yang saya bukan
bahlol.
Mengenai
bikers motor besar, tajuk akhbar tidak pula menjelaskan sama ada yang tak mati
tu, cedera parah atau tidak. Kalau parah elok juga supaya semasa terlantar di
hospital, boleh berfikir sedikit. Mentang-mentang awak melayu kaya, mampu beli
motor besar yang harga dua kali ganda MPV Chery saya, janganlah buat jalan raya
macam atuk nenek punya dan membahayakan pemandu pesara kerajaan macam saya. Ada rakan sekerja yang
mencadangkan mungkin bikers-bikers tersebut tergolek dog kaku, sebab selalu
kena sumpah dengan pemandu pemandu lain. Mungkin ada kebenarannya, sebab saya
sendiri, setiap kali diterperanjatkan oleh bunyi engin dan lagak pemanduan
bikers bermotor besar tapi otak kecil ini, akan menyumpah. “Mampos dilanggar
lori hendaknya supaya tidak membahayakan pemandu pemandu lain”. Kata arwah
atuk, berdosa mendoakan bencana ke atas sesama manusia. Malangnya saya insan
yang lemah. Jadi apabila tertengok sahaja berita 2 bikers mati rempuh lori,
hati kecil saya bersorak, “Padan Muka”.
Mengenai
rumah Khairy Jamaluddin kena rompak pulak, alangkah baiknya kalau banyak lagi
rumah menteri menteri diceroboh, anak menteri kena kidnap atau bini menteri kena ragut handbag masa
shopping. Lagi nikmat kalau pegawai-pegawai besar polis yang masih berkhidmat jadi mangsa jenayah jalanan. Nak lebih afdal, jika
pegawai pegawai NKRA jenayah di KDN kena samun.
Bukan
apa, mereka yang seperti saya sebutkan di atas, perlu diberi pengajaran. Jangan
mudah keluarkan perangkaan bohong bahawa kadar jenayah dah turun dan bahaya
jenayah hanya persepsi rakyat macam saya, yang tak mampu nak gajikan bodyguard.
Cara yang paling baik untuk menyedarkan golongan yang suka kelentong rakyat
ini, ialah dengan mereka sendiri jadi mangsa penjenayah. Kena batang hidung
sendiri, baru tahu langit tinggi atau rendah.
Akhirnya,
saya berjaya mendengar seorang menteri Barisan Nasional berkata bahawa, “Crime
in Malaysia
is real and not a perception”. Lebih kurang macam itu lah kata Khairi.
Hingga
jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang pernah jadi part of a spin
doctoring team for the authorities, satu masa dulu.
Byeeee!!!!!!
No comments:
Post a Comment