Wednesday, 25 February 2009

ELAUN, POLIS DAN SPRM


ELAUN UNTUK KULI BATAK-KULI BATAK PDRM

Lewat petang ini, saya mendapat maklumat yang menyakitkan hati daripada seorang rakan pejabat. Menurut isteri rakan kerja saya ini, seorang pharmacist dengan Kementerian Kesihatan, elaun kritikal untuk doktor dan pharmacist kerajaan telah dinaikkan kepada RM 750 sebulan sementara elaun yang sama bagi atenden dan jururawat hospital adalah 15% daripada gaji pokok.

Elaun kritikal ini dibayar kerana operational staff seperti jururawat, dikira bertugas 24 jam sehari i.e. boleh dipanggil untuk bertugas pada bila-bila masa di luar waktu bekerja melebihi 8 jam sehari.
Bermakna elaun kritikal para doktor, pharmacist dan atendan samalah dengan elaun long hours atau elaun khas PDRM kerana anggota dan pegawai PDRM juga dikira bertugas 24 jam sehari.

Bezanya, elaun khas PDRM hanya RM 200 sebulan. Itu pun baru tahun ini dinaikkan ke RM 200 daripada RM100 sebelumnya. Yang paling aku menyampah, baru naik sikit, PDRM dah canang kononnya kerajaan perihatin terhadap kebajikan warga PDRM.


Saya dah conggak. Jika Superintendent Polis tidak dianggap setaraf dengan doktor dan tidak layak menerima elaun khas sebanyak RM 750 sebulan, 15% daripada gaji pokok se-sedikit RM 5287.12 sebulan (bukan sebanyak sebab gaji polis tak banyak mana pun, setotet aje), bermakna saya seharusnya menerima RM 793.068 sebulan sebagai elaun khas PDRM dan bukan RM 200.

Itu sebab aku tak hairan dan faham kalau brothers and sisters serta anak buah aku dalam PDRM cari duit luar. Konstabel aje dah punya kuasa besar. Tahan aje pesalah lalu lintas, ada kuasa untuk tentukan hamba Allah tu bayar RM 100 sebagai kompaun atau jimat RM 50 dengan menghulur cuma RM 50 kepada tabung persaraan konstabel tersebut.

Justeru itulah, untuk menjadikan rasuah satu option yang tidak menarik, konstabel polis di Hong Kong dibayar gaji HK$ 14,000 atau RM 7,000 sebulan. Kalau ada yang gatal pungkok kata belanja hidup di Hong Kong mahal, itu cakap orang utan. Saya pernah berkursus di Hong Kong. Kalau mahal pun harga makanan, hanya beza 10 sen dua sahaja. Tak sepadan dengan beza gaji RM 6000 sebulan.

Aku malas nak komen apa-apa lagi. Kau orang fikirlah sendiri.

MEMALUKAN - PDRM TAK BOLEH URUS RUMAHTANGGA SENDIRI
Berita terbaharu dari seorang lagi rakan kerja. Setiap anggota pangkat rendah dan pegawai kanan yang hendak disahkan dalam jawatan atau dinaikkan pangkat, hendaklah mendapat clearance atau disahkan bersih dari rasuah oleh Cawangan Tatatertib Bukit Aman (CTT) dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Aku faham kalau perlu lampu hijau dari CTT tetapi kenapa perlu sijil bersih dari SPRM. Ke mana pergi maruah PDRM sebagai sebuah agensi yang autonomous?

Aku masih dapat menerima, kalau keperluan sijil bersih rasuah disyaratkan kepada semua kakitangan kerajaan, semua wakil rakyat dan menteri tetapi kenapa hanya PDRM sahaja yang dihina, didera dan dibuat sebegini rupa. Syukur Alhamdulillah, aku boleh mengaku bukan polis pada bulan Ogos 2010 apabila aku mula cuti bersara nanti.

Aku ingin tanya satu soalan. Siapa yang akan sahkan boss-boss dan budak-budak SPRM itu bersih dan bebas rasuah untuk tujuan sah jawatan dan naik pangkat. Menteri Cabinet Malaysia? Keh! Keh! Keh!

SPRM BERTARAF DUNIA
According to The Sun of 25 February 2009, the Honourable Prime Minister of Malaysia wants “A fair, professional MACC – Abdullah wants Graft-Busting Body To Be World Class”. That must be the biggest joke of the day. It actually puts a sparkle in my eye after travelling through a traffic jam to get to the office, because of a slight drizzle this morning. All this, after his (the PM) government decided to built the SMART Tunnel to alleviate the flood problems in Kuala Lumpur. This piece of news actually makes my day.

Malaysia is a world class nation once but no longer, not now and never will be, unless most of our lawmakers makes a beehive for the Petronas Twin Towers Aerobridge and jumps down from it without a parachute.

We are the Banana Republic and Court Jester of ASEAN now. As long as this country is run by the present company of gentlemen and ladies, forget about being world class or even Asia class. Let’s count ourselves lucky that Malaysia is on par with Zimbabwe and not a step below them.

A fair and professional MACC? Sweet dreams. Until doomsday, we will never be world class unless Malaysians wakes up. Until then, I am going to buy Ipoh Turf Club Lottery tickets because my chances of hitting the first prize of RM 3 million is much greater than the chances of Malaysia being on par with my adopted country, Singapore.

P/S: Pegawai dan anggota SPRM boleh claim overtime sehingga maxima 9 jam sehari. Pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia dibayar elaun perjalanan pergi balik rumah ke tempat kerja, tidak kurang RM200 sebulan.

Pegawai dan anggota PDRM juga menerima ganjaran yang sama. Kami boleh claim asap dan dibayar habok .


Salam Semerluki.

1 comment:

Anonymous said...

salam, tuan..

w/pun tuan telah bersara, tapi tuan boleh suarakan kepada pihak atasan PDRM untuk penambahbaikan PDRM sptmana komen tuan ini..

memang, betul.. siapa pulak yang akan sahkan ketelusan anggota2 dan pegawai SPRM dalam major kerjanya (RASUAH) untuk dinaikkan pangkat atau lain2 ..

secara tidak langsung, pihak pdrm sendiri yang gadaikan penghormatan orang awam ke atas pasukan pdrm sendiri..
sapa yang boleh nafikan sebilangan anggota/pegawai SPRM tidak mengambil rasuah/kutipan bulanan dari mana2 pihak spt PUSPA>>> dll agensi penguatkuasa? melalui PR tertentu?

'siapa' pula yang akan periksa akaun rakan2, ahli keluarga2 terdekat, lain2, telefon individu...

'siapa' pula yang akan menyiasat 'mereka'?

'berapa' pula jumlah sebenar yg diminta dgn title penguatkuasa jenayah rasuah?