Tuesday, 24 February 2009

LELAKI JENIS TAK BERGUNA


Prologue

Sebenarnya, ada ketika dan masa apabila saya terfikir, “Apakah faedahnya saya menulis blog? Adakah tulisan-tulisan saya itu boleh merubah pemikiran masyarakat atau saya syok sendiri sahaja. Tetapi apabila mendapat komen-komen yang memberangsangkan dari pembaca seperti Witty Hanafee, Yusri KRU, dll, saya teringat pula kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. Bayangkan kalau Baginda terfikir seperti yang saya fikirkan, sudah pasti Islam tidak ada untuk menerangkan dunia yang bercelaru ini.

Mungkin pandangan-pandangan saya tentang kehidupan tidak boleh diklaskan sebagai pemangkin perubahan tetapi memadai kalau saya dapat mengujudkan the ripple effects dalam kebekuan minda yang membelenggu masyarakat. Saya teringat bahawa sebuah tsunami yang boleh mengorbankan jutaan nyawa hanya bermula dari getaran air yang kecil di tengah lautan.

Untuk mereka yang telah memberi keyakinan kepada saya untuk terus menulis, terima kasih banyak-banyak. Saya akan terus menulis walaupun tiada pembaca.

Jantan Hari Ini # 1
Akhbar METRO, 24 February 2009, muka depan, mendedahkan cerita seorang suami yang membuat aduan polis kerana dibelasah oleh isteri. Menurut si suami, isterinya pernah mengacukan pisau dan serpihan kaca kepada suami apabila bergaduh. Saya tidak membaca habis cerita tersebut kerana malu. Jadi saya tidak tahu berapa lama mereka sudah berumah tangga, berapa lama si suami didera sedemikian dan cantik sangat ke atau sexy habis ke isteri, sehingga si suami tidak berani bertindak balas.

Saya tidak menyarankan isteri yang begitu dibelasah. Lelaki belasah perempuan bukan hero. Tetapi apalah punya jantan, ada kuasa untuk talakkan isteri yang nusyuz, tiada bola untuk berbuat demikian.

Cantik macam bidadari sekali pun seorang perempuan, mereka tetap emas 9, kita lelaki emas 10. Cuba fikirkan. Berapa ramai teruna berebut-berebut hendak memperisterikan wanita yang menopause berbanding anak dara trang-tang-tang yang sanggup rampas suami orang yang dah nak andropause dan yang ganyut lagi papa kedana.

Jadi kalau adik-adik dapat isteri yang macam tu, jangan fikir banyak. Jangan aibkan kaum lelaki. Humban saje isteri hantu macam tu dalam sungai. Banyak lagi awek cun yang sanggup kongsi katil dengan anda. Kalau itu pun tidak berani, potong punai anda dan baling dalam longkang.

Jantan Hari Ini # 2
Cerita fasal lelaki bacul, ini ada satu lagi cerita fasal jantan juga. Bukan lelaki tetapi jantan. Lelaki berani bertanggungjawap atas perbuatannya tetapi jantan hanya tahu main dan lari sahaja.

Jantan tak guna dalam cerita kedua ini adalah seorang ASP Polis, telah berumah tangga, isteri tidak bekerja dan mempunyai enam orang anak. Sebagai peringatan, pangkat, nama dan tempat kerja watak-watak yang terlibat bukan pangkat, nama dan tempat sebenar bagi melindongi yang bersalah.

ASP ini telah menceraikan isterinya yang telah mengandong dan melahirkan 6 orang anak hasil tidor sekatil mereka, untuk menjalinkan hubungan dengan seorang inspekter percubaan wanita yang cap jarinya masih belum kering. Mereka berdua ini bekerja dalam satu kontinjen (negeri), ASP dalam bahagian spy-menyepai dan P/I wanita dalam bahagian yang ada sangkut-paut dengan media massa.

Jantan seperti ini juga tergolong dalam kategori yang memalukan kaum lelaki tulen. Kalau macho sangat ingin menjalinkan hubongan dengan wanita muda kenapa tidak berani jadikan inspekter wanita tu isteri kedua. Isteri pertama bagi privileges sebagai senior wife dan isteri kedua sebagai junior wife.

ASP ini kalau ikut perhitungan saya, layak diberi layanan seperti isteri yang memukul suami seperti cerita di atas. Patut dihumban dalam sungai yang ada banyak buaya. Sebab dia pun spesis buaya.

Pada saya, zalim seorang lelaki yang menjanjikan cinta abadi kepada seorang gadis untuk dijadikan isteri tetapi apabila manis habis, sepah dibuang. Tinggalah ibu tunggal yang telah berumur, menyara anak sekeliling pinggang tanpa wang barang sekupang. Ke mana agaknya hilang cinta ASP ini pada isteri pertama kalau bukan terselit di celah kangkang Insp Percubaan Azila.

Moral dibelakang cerita tadi? Pertama, kalau dapat bini macam perangai isteri dalam berita METRO, ceraikan. Kedua, kalau berani nak mengatal kenalah berani bertanggungjawab dan tanggong risiko kena belasah dengan isteri pertama dan kedua.

Kepada kaum wanita, berhentilah menyalahkan lelaki jika beristeri, dua, tiga atau empat atau simpan gundek. Yang membuat lelaki gatal adalah wanita miang.

Akhir sekali kepada adik-adik yang masih belum bersuami, buat pilihan dengan akal bukan dengan hati apabila memilih calon suami. Tapi sayang dik, lelaki mithali macam abang dah hampir pupus.

Tips Untuk Lelaki
Apabila nak ajak girlfriend ke hotel, pilih hotel yang ada kelas, sekurang-kurang bertaraf empat bintang. Pilih hotel atau resort yang exclusive macam Nexus Karambunai ke atau mana-mana hotel yang boleh bikin awek lentok syahdu bila tengok lobi.

Jangan datang satu kereta atau satu flight. Pergi asing-asing. Jika kebetulan terserempak di lobby hotel, buat-buat tak kenal. Takut ada spy jabatan agama. Pekerja-pekerja hotel bukan boleh percaya sangat.

Jangan booking satu bilik. Book 2 bilik tapi yang ada connecting door. Elakkan daripada booking atas nama sendiri.

Masuk bilik secara berasingan, pada masa yang berlainan. Tiba masa yang dijanjikan, buka connecting door dan buatlah apa yang anda berdua nak buat.

Tapi jangan lupa, tanggal dan tinggalkan pakaian di bilik masing-masing. Jika jabatan agama islam datang ketok pintu, berlenggang ke bilik masing dan dengan muka selamba dog, buka pintu.

Yang penting bukti, dik, bukti. Tak ada bukti, tak ada kes.

Selamat mengamalkan tapi ingat ... masuk neraka tanggung sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

hai uncle b,
tidak semua perempuan yang berstatus isteri ke2 adalah perempuan yang miang. macm mna pula dgan perempuan yang teraniaya? isteri kedua sering dipersalahkan sebab kononnya mengganggu rumah tangga orang lain tapi mereka tidak tahu hal yang sebenarnya. saya setuju dengan uncle,buang je jantan2 tak guna ni kat sungai. biar pupus..maaf kiranya terkasar bahasa cuma saya sedikit terkilan bila uncle kata leleki takkan gatal kalo bkan sebab pempuan yang miang sedangkan saya telah teraniaya dan merupakan isteri kedua. silap saya bila saya membiarkan dia menipu saya dengan menunjukkan sikap penyayang dan berjanji untuk membimibing saya untk memeluk islam. bertahun kami bernikah tpi tiada siapa yang tahu tentang pernikahan kami