Seperti yang saya ramalkan dalam blog saya terdahulu, Mohammad Nizar Jamaluddin bukan orang yang terakhir menjadi mangsa UMNO. Kini giliran Menteri Besar Selangor pula.
Saya orang yang pertama akan menafikan bahawa wakil rakyat Pakatan Rakyat adalah malaikat. Terdapat juga ular dan biawak dalam barisan pembangkang sebagaimana ramainya sampah sarap dan najis dalam Barisan Nasional.
Saya seharusnya bangga dengan kecekapan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) Malaysia menyelesaikan kes dakwaan salahguna kuasa terhadap Tan Sri Khalid dalam tempoh 3 bulan tetapi apabila berlonggok-longgok dan bertahun-tahun kertas siasatan rasuah dan salahguna kuasa oleh UMNO mengumpul habuk dalam pejabat SPRM, timbul keraguan dalam hati saya. Apakah SPRM benar-benar bebas?
Saya tidak melihat kes MB Perak (bukan mamak Zambery), MB Selangor, dan dalam proses penganiayaan, kes MB Kedah, dari sudut peperangan politik. Saya melihat isu ini dari kaca mata seorang melayu yang 50% Bugis.
Saya sedih yang teramat sangat apabila bekas wakil rakyat atau balaci-balaci BN keturunan UMNO yang telah hilang mata pencarian atau peluang songlap duit rakyat sejak 8 Mac 2008 yang lalu, tidak habis-habis mengorek sana sini mencari pekong puak pembangkang (jika ada). Tidak boleh ke menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke 13 untuk menjadi wakil rakyat semula atau sememangnya orang-orang UMNO dah kebulur sangat sejak hilang 4 buah negeri dalam PRU ke 12 dahulu.
MCA, GERAKAN dan MIC pun kalah teruk juga dalam PRU ke 12 tetapi adakah mereka menghentam Lim Guan Eng. Adakah orang MCA, GERAKAN atau MIC menelanjangkan kurap di punggung wakil rakyat DAP atau PKR yang berketurunan Cina atau India? Anda tahu jawapannya.
Saya pasti dicap Melayu tidak sedar diri atau anti Melayu tetapi biarlah saya nyatakan apa yang terbuku di hati saya selama ini. Melayu bangsa bangsat. Saya setuju tidak semua melayu bangsat tetapi saya pasti UMNO bangsat. Saya mengatakan bangsa Melayu terutama yang berketurunan UMNO bangsat kerana walaupun telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t. dengan agama islam yang suci, perangai manusia seperti ini lebih teruk dari, dan mengalahkan orang Arab Jahiliah.
Bersekolah tak sampai ke mana tetapi majoriti memiliki ijazah PHD (Perasaan Hasad Dengki). Itu sebab bangsa melayu, walaupun ada Dasar Ekonomi Baru, ada status bumiputera, ada sabsidi baja dan pelbagai sabsidi lagi, masih merempat dan mengemis di negara sendiri.
Apa hak saya untuk mengutuk bangsa Melayu di Malaysia sebegini rupa. Saya tidak percaya kepada hak bumiputera kerana keistimewaan Melayu hanya mampu melahirkan tokoh melayu yang setengah masak, yang CGPA nya diturunkan serendah mungkin untuk membolehkan ramai melayu lesu mendapat ijazah kelas kedua.
Semasa sekolah menengah di Singapura, saya menuntut di Raffles Institution. Sama taraf dengan MCKK di Malaysia. Bezanya, kalau anda ada cable atau well connected, anda boleh masuk MCKK walaupun gred tak seberapa.
Di Raffles Institution, hanya merit yang diambil kira bukan kenalan atau keluarga. Malangnya saya memilih untuk balik ke Malaysia kerana salah anggap bahawa Malaysia dapat menerima anak Melayu yang tahu, mahu dan tidak takut berfikir dan bukan melayu burung belatok yang hanya tahu menganggok dan mengulang kembali perkataan yang dilafazkan oleh tuannya. That decision was the greatest mistake of my life.
Saya mahu jatuh bangun, kaya miskin, cerdik atau banggang, cucu-cucu dan keturunan saya, tak kira lelaki atau perempuan, adalah atas keupayaan, usaha dan kebolehan mereka sendiri, bukan kerana mereka Melayu. Saya tidak pernah dan tidak akan mengemis atas status bumiputera. Keturunan saya Bugis bukan pengemis.
FIKIR-FIKIRKAN
Lebih baik hanya tinggal 1000 melayu di Malaysia tapi menguasai ekonomi dan politik megara daripada ada 20 juta melayu yang lesu, layu, kuyu dan dalam poket Lee Kuan Yew.
Salam Semerluki dari saya.
1 comment:
nearly all men can stand adversity, but if you want to test a man character, give him power.. A.L
Post a Comment